PAS-PKR Bercumbuan Dengan Komunis DAP seperti orang Buta. |
Ingatkan nak berehat dua tiga hari untuk kemaskini lapuran yang telah siap, tetapi berbelog ni berhantu, akibat gatal mouse, gatal jari, gatal otak maka terpaksalah snippet gambar dibawah dari Pakcik Yahoo. Bak kata ‘Kata Kama Bakar’, kekadang ber-blog ni syok sendiri sahaja. Kata Ayanda Tun pula beliau terpaksa aktif dan berbelog untuk terus survive.
OK. Lihat gambar di bawah.
Apakah yang anda lihat didalam gambar diatas?
Sudah semestinya anda melihat seekor Burung Helang bertenggek di atas Pagar, dibelakangnya lebih kurang 1 meter terdapat 2 pohon Pokok dan Padang yang rumputnya hampir kekeringan dan berlatarbelakangkan awan mendung yang tidak keharuan. Selebih dari itu mungkin anda tidak nampak atau awal-awal lagi anda telah mengetahuinya apa yang tersembunyi.
Begitulah jika anda seorang bloger pro-BN, pro-UMNO atau pro-establishment, maka anda harus lihat jauh kebelakang apa yang telah Parti PAS, Parti PKR dan Parti Komunis DAP telah tonjolkan dihadapan mata yang pada hakikatnya kelihatan cantik; seperti DAP menyebut ayat-ayat Al Quran dan dipuji oleh PAS; masuk kedalam Masjid; menderma Rm500 kepada orang tua-tua di Penang, TETAPI hakikat dibelakangnya tersembunyi seribu satu muslihat yang tidak dapat dilihat.
Sahabat-sahabat yang tidak sehaluan, memberi pandangan bahawa ia adalah persepsi negative semata-mata. Tetapi persepsi kawan-kawan pro-UMNO adalah berdasarkan fakta-fakta sejarah yang telah dipelajari dan dihalusi. Telah terbukti bertahun-tahun dan berulangkali bahawa lidah PAS/PKR/DAP adalah berbelit.
Contohnya menambahkan kelulusan lesen arak di Kelantan yang mana dahulunya sesiapa yang berkerja menuang arak, memberi sewa premis, memberi lesen atau memungut hasil adalah ditafsirkan bersubahat. Maka jatuh haram lah juga dia. Sekarang telah diubahsuaikan fatwa untuk halalkan segala-galanya. Untuk memutarbelitkan hukum, maka hendak diujudkan akaun yang berasing pulak. Untuk memungut atau uruskan duit arak tadi hendak diserahkan kepada DAP ka atau Pak JanGoat yang urus sendiri?
Contohnya menambahkan kelulusan lesen arak di Kelantan yang mana dahulunya sesiapa yang berkerja menuang arak, memberi sewa premis, memberi lesen atau memungut hasil adalah ditafsirkan bersubahat. Maka jatuh haram lah juga dia. Sekarang telah diubahsuaikan fatwa untuk halalkan segala-galanya. Untuk memutarbelitkan hukum, maka hendak diujudkan akaun yang berasing pulak. Untuk memungut atau uruskan duit arak tadi hendak diserahkan kepada DAP ka atau Pak JanGoat yang urus sendiri?
Sama-samalah kita menghuraikan satu persatu muslihat yang tersembunyi dibelakang PAS/PKR/DAP untuk tatapan pembaca yang masih lagi tidak nampak jalan dan cahaya.
Kepada bloger sehaluan yang masih tidak nampak juga, seperti mana tidak nampak benda disebalik gambar diatas, jangan risau kerana omputeh cakap, ‘practice make perfect’ atau mak bapak cakap, ‘alah bisa tegal biasa’.
Back to hibernation.
......Jawapan untuk gambar di atas ada dibawah..............
Lelaki Pakai Baju Kung Fu. Hidung Tajam Sebab Mat Salleh Lukis. |
......Arak dari Cucu Tok Wan bernama The Flying Kick................
Maksudnya: Dari Abdullah Bin Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda :
‘Siapa yang minum minuman keras di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya ini, Maka ia tidak akan memperoleh nya nanti di akhirat.’
(Riwayat Bukhari)
.............................................................
.............................................................
Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya."
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
.....................................................................................
" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan."
(Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)
Salam Tuan,
ReplyDeleteMohon link ke blog Tuan utk berkongsi perjuangan
TQ
Ok Tuan,
ReplyDeleteSama-sama kita memaut.
Nampak gaya Tuan pakar dlm bidang hentam PAS.
Specialist Hentamology :-)