Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

14/01/2011

Dato’ Seri Azizan - Akui kelemahan PAS yang tidak mampu memerintah Negeri Kedah sebelum ini. Sekarang baru mampu sebab balak dara telah ditebang.

Kena Korban Dara Rupanya Baru ada Power Memerintah.
Setelah bertahun-tahun Rakyat mempertikaikan kemampuan Dato’ Azizan serta PAS samada mampu mentadbir dan membawa Kedah kearah yang dikendaki oleh Rakyat Kedah, akhirnya terpaksa akur dan menjawab soalan yang telah dituju bertubi-tubi.

Alasan-alasan yang dilihat oleh Rakyat tentang ketidakmampuan PAS membawa Kedah menuju arah hadapan telah banyak ditulis oleh Penulis, contohnya lihat disini >>

Mampukah PAS memerintah Negeri Kedah?


Lihat apa pengakuan Dato Azizan di bawah,

“Kerajaan Negeri berjaya melangkaui paras defisit untuk tahun ini..”

Bermaknanya sebelum tahun ini memang benar PAS dan Dato Azizan telah gagal dan bermasalah. Baru sekarang Dato Azizan akuinya. Ini adalah pengakuan terang-terangan Dato’ Azizan yang dia gagal setelah memerintah bertahun-tahun.

“...pencapaian ini hasil usaha Kerajaan Negeri membuat penambahbaikan dalam pentadbiran, antaranya peningkatan cukai.”

Pengakuan di atas adalah satu lagi akuan bertulis Dato’ Azizan yang PAS telah gagal dari segi pentadbiran. Setelah pembaikan dibuat barulah dikatakan berjalan dengan betul. Bertahun-tahun dan Rakyat Kedah yang merana.

Pengakuan bertulis Dato Azizan yang menyebut, ‘peningkatan cukai’, telah dinaikan di Kedah. Naik sana naik sini, bukan setakat cukai sahaja dinaikan, bahkan budak-budak KUIN tu turut mengamok menunjuk perasaan dan menyebut, kenaikan yuran pengajian’.

Apabila wang tidak mencukupi maka lahirlah, ‘kemudahan pembelajaran tidak mencukupi’, ‘tandas kotor dan rosak, ‘belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan ‘perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan’. Bahkan gaji-gaji kakitangan pun tidak mampu dibayar, sehingga kedengaran Kedah State Link Company pun nak dihentikan operasinya. Sampah sarap tidak dipungut memang telah lumrah di Pekan Alor Setar. Jika Penang digelar ‘Bandar Sampah’ maka Alor Setar layak digelar ‘Bandar Busuk’.

Kata Dato Azizan lagi, “Sekarang kita ada duit untuk buat projek. Tak payah lagi nak berhutang. Jika Kerajaan Pusat tak salurkan peruntukan sekalipun, kita masih mampu bangunkan negeri ini,”

Jika duit hendakan membayar gaji dan mengutip sampah pun tidak mencukupi, manakan mampu melaksana projek untuk bangunkan negeri, Tuan Ostat  ooii.?  Dengar baik-baik, ‘bangunkan negeri’. Tunggu “Kedah Bankrap” saja lah. Hendak mengabui mata dan memperbodohkan Rakyat Kedah dan orang-orang Kampong boleh lah. Mungkin rakan berblog Langkawi Gunung Mat Cincang GMC berasas apabila beliau menyebut projek-projek gila babi (babi gila kot!!), sahaja mampu dibuat untuk mencukupi syarat. Saya kata projek pertanian Teloq Peliaq (orang Kedah ni bunyi kasaq sikit, macam orang Melaka Lahabau).

Dari manakah Dato’ Azizan memperolehi peruntukan jika tidak dari pinjaman Kerajaan Pusat? Jelas dan terang apabila Dato’ Azizan akui yang beliau menebang balak-balak dengan rakus sehingga menyebabkan banjir lumpur di Sik tempohari. Bayangan tingkahlaku hodoh itu diceritakan sendiri oleh Dato’ Azizan seperti dibawah,


“Pertambahan hasil itu juga didorong oleh peningkatan harga balak di pasaran yang mencecah RM18,000/hektar bagi hutan dara.” dan “kejayaan paling besar yang menyumbang kepada kestabilan kewangan negeri adalah sumber premium balak yang kini mencecah RM53 juta bagi tahun 2010, bagi keluasan sama iaitu 2,430 hektar.”

Dara babe! Sedappp lah duitnya. Bukan hutan piring, cawan atau mangkuk.

Mungkin Dato’ Azizan tidak pernah mendengar perkataan omputeh apabila hendak berniaga, maka gunakanlah duit OPM (Other People’s Money). Hatta berniaga Burger sekali pun kena pinjam juga duit kat mak pak, adik abang kakak atau simpan menabung sikit-sikit bertahun-tahun.

Memang telah sah Dato’ Azizan tak mengaji bab mentadbir. (Perkataaan tak mengaji tidak baik dan tidak molek disebut kepada orang tua-tua, tetapi dalam hal ini Tok Guru Nicky Mati-n telah menghalalkan cara, hatta berkawan dengan Jin sekali pun untuk memerangi musuh. PAS adalah musuh!). Ostat menyebut,

 “Pakatan Rakyat Kedah kini berada dalam zon selesa dan mampu mentadbir dengan baik”

Hendak mentadbir anak-anak syarikat memerlukan “ASKED” (Attitude-Skill-Knowledge-Experienced-Duit) iaitu Sikap-Kemahiran-Ilmu-Pengalaman-Duit. Perkataan ASK telah saya nampak terpampang sebentar tadi di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di Kajang. “ED” saya tambah khas untuk Dato’ Azizan. Jika Dato’ Azizan hanya mempunyai DUIT balak sahaja tapi tiada Sikap-Kemahiran-Ilmu-Pengalaman kerana pengurus-pengurus dan pengarah-pengarah telah dibuang maka pincanglah irama dan lagu tadbir. Siapa lah yang tinggal. Mampu kah dan cukup ramai kah sekarang Pak JanGoat - Pak JanGoat PAS yang boleh mengambil alih.

Ambil alih bukan ambil kalih!!

PAS kearah menjahanamkan Negeri Kedah!


............Lapuran Sinar Harian..................................

Kedah langkaui paras defisit

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri berjaya melangkaui paras defisit untuk tahun ini walaupun pembentangan Bajet 2011 pada November lalu mencatatkan defisit RM19 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pencapaian ini hasil usaha Kerajaan Negeri membuat penambahbaikan dalam pentadbiran, antaranya peningkatan cukai dan pendapatan serta perbelanjaan berhemah.

“Kejayaan ini juga melakar sejarah dalam pentadbiran negeri kerana Kedah tidak pernah mencecah paras defisit (kosong) berbanding ketika ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini satu kejayaan yang amat membanggakan,” katanya.

Azizan berkata, mungkin ramai kelak yang akan mempertikai fakta yang diumumkan ini, namun hakikatnya Pakatan Rakyat (PR) juga mampu mentadbir dengan baik.

“Waktu bentang bajet ada defisit, tetapi sebelum berakhir tahun 2010 tak ada lagi defisit. Kalau diikutkan ada surplus lagi,” katanya.

Menurutnya, kedudukan kewangan negeri juga kukuh dan Kedah kini tidak perlu lagi berhutang sekiranya mahu melaksanakan projek pembangunan.

“Sekarang kita ada duit untuk buat projek. Tak payah lagi nak berhutang. Jika Kerajaan Pusat tak salurkan peruntukan sekalipun, kita masih mampu bangunkan negeri ini,” katanya.

Azizan berkata, kejayaan paling besar yang menyumbang kepada kestabilan kewangan negeri adalah sumber premium balak yang kini mencecah RM53 juta bagi tahun 2010, bagi keluasan sama iaitu 2,430 hektar.

“Sebelum 2008, premium balak Kedah antara RM7 hingga RM8 juta sahaja, pada 2008 meningkat RM35 juta dan 2009 RM38 juta. Ini adalah hasil polisi tender terbuka dan ketelusan dalam mengendalikan sumber asli negeri serta kawalan ketat Kerajaan Negeri,” katanya.

Pertambahan hasil itu juga didorong oleh peningkatan harga balak di pasaran yang mencecah RM18,000/hektar bagi hutan dara. Sebelum ini, hanya sekitar RM1,000/hektar.

Menurutnya, kerajaan PR Kedah kini berada dalam zon selesa dan mampu mentadbir dengan baik dan berharap rakyat dapat membuat penilaian sewajarnya sebelum menyalahkan Kerajaan Negeri dalam apa jua perubahan yang dibuat.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

2 comments:

  1. Tn hhalem...sebenaqnya aku kesian kat Ostad Azizan ni..x tau pasai apa kesian..kalau dia amsuk TV lg aku kesian...x dak tanjak lgsung atau mgkn sbb x makan gambaq sama kot!!!hu3

    ReplyDelete
  2. Tuan Kota,

    Orang tua aku pesan, jangan dok kutok orng tua-tua.

    Tapi Nicky Ajis kata OK demi kebenaran.
    Jadi aku pun balun laa kaw2.

    hheehhe

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive