Oleh: HHalem
1- Nurrul Izzah selepas ini seharusnya bertanyakan Mama, siapa kah lelaki yang telah melamar ibunya terdahulu sebelum Papa Anuar. Siapakah lelaki tersebut di Pulau Pinang?
2- Wan Azizah menceritakan bagaimana dia tidak menyesali bersuamikan Anwar kepada Sinar Harian.
“Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain”
“..saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya...Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar”
3- Dek kerana mimpikan poster-poster tersebutlah maka Wan Azizah sanggup dibawa lari oleh Anwar untuk berkhawin di Siam tanpa restu Pak Wan Ismail.
4- Allah memberi petunjuk yang baik-baik dan jalan yang benar kepada manusia; tetapi oleh kerana kuasa, kedudukan, pangkat dan harta benda maka manusia menjadi tamak. Setiap yang buruk itu adalah buatan dan dari manusia itu sendiri.
5- Rupa-rupanya Wan Azizah tersilap terjemahan mimpi.
6- Bermimpi poster sepanjang jalan, diikuti oleh sanak saudara bersertakan escort polis sebenarnya menuju ke tempat yang lebih indah, bahagia dan syahadu. Tempat tersebut akan berakhir di Jirat Bukit China, Nirwana Memorial Park, Semenyih.
...Sumbar Iham Dari The Malaysian Insider...
KUALA LUMPUR, 27 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.
“Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.
“Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini.
“Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal,” kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.
Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.
Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung.
Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga “Datuk T” membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno.
Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.
“Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran.
“Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada,” kata beliau.
Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: “Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh.
“Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu,” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
ajijah..oh ajijah...!!!
ReplyDeleteJijah oh Jijah! Pasai tu lah ko kurus kering mcm ikan sepat kering. Ada laki pun dah tak selera dgn ko dan kaki balun blakang lak. Dia nak ko bagi gak ke? Ko tobat lah Jijah dan ajar anak2 ko pun tobat sama. Si Juburin tu rasa2 nya tak sempat tobat.
ReplyDelete