Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

19/04/2011

Muslihat Datuk Bashah Membuat MB Datuk Azizan Terperangkap.


Oleh : HHalem 

Kedah Regional Development Authority (KEDA) 

1- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah merangkap Pengerusi KEDA, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata KEDA bersedia membina lebih banyak rumah di bawah penempatan Desa Keda sekiranya kerajaan negeri Kedah dapat menyediakan tanah bagi projek perumahan golongan miskin itu. 


2- Soalannya kenapakah baru sekarang Datuk Bashah baru bersuara setelah 3 tahun disaat di mana Kedah tidak lama lagi memang akan jatuh kembali ke tangan UMNO? 

3- Jika pihak KEDA telah lama memohon kepada kerajaan Pas mengenai tanah tersebut untuk dibuat rumah murah dan tidak dihiraukan oleh pemerintahan Azizan, maka akan berkuburlah riwayat Pas di Kedah. 

4- Kerajaan Datuk Azizan rasakan mereka tidak perlu risau terhadap sokongan penghuni-penghuni Keda kerana ramai daripada penghuni tanah KEDA apabila telah diberi rumah oleh Kerajaan pusat melalui KEDA, akhirnya akan bercakap pandai setelah senang dan beralih menyokong Pas. 
Muzium Padi Kedah Di Gunung Keriang

5- Adakah ini tipu muslihat dan tektik perang saraf oleh UMNO Datuk Bashah untuk mengelirukan pihak lawan? Ia merupakan satu langkah yang amat bijak kerana dengan memohon tanah oleh KEDA kepada kerajaan Pas (melalui media?) diketahui bahawa proses meluluskan pemberian tanah yang sesuai memakan masa yang agak lama dan akan melepasi pilihanraya PRU 13. Maka senanglah hendak menyalahkan Pas kerana tidak meluluskan tanah yang telah dipohon oleh KEDA. Adakah Datuk Bashah telah memohonnya secara rasmi atau baru bercakap-cakap melalui media. 

6- Jika Datuk Azizan sempat meluluskan pemberian tanah tersebut sekali pun, ia akan melalui proses kelulusan kewangan kerajaan pusat dan proses pembinaannya akan mengambil masa selepas PRU 13. Pemohon tanah rancangan Keda akan berterima kasih kepada UMNO dan Kerajaan Pusat kerana membina rumah yang dinanti-nantikan selama ini. Timbul pula isu siapakah berhak meluluskan nama-nama pemohon rumah Keda. Jika Pas berhak menapis pemohon rumah Keda, maka tanah rancangan Keda akan dipenuhi oleh orang-orang Pas. Syarat penapisan ini akan ditetapkan oleh Datuk Azizan sebagai syarat mutlak kepada kelulusan tanah negeri tersebut. Ini tidak akan selesai dan tidak akan dipersetujui oleh KEDA. 

7- Walau macam mana keputusan Datuk Azizan sekali pun, nampak gayanya Datuk Bashah UMNO akan menang-menang. Yang rugi ialah rakyat dan PAS akan berkubur dan mengesahkan mereka tidak tahu memerintah. 

8- Siapa kata Datuk Bashah berfikiran lembab dan konvensional? Datuk Bashah telah menerajui dan bukan lagi menjadi pengikut. 


“ Adakah Ini Idea Datuk Mukriz yang banyak berfikir”

“Kita tunggu jawapan Datuk Azizan”


....Petikan Bernama...
Keda Sedia Bina Lebih Rumah Jika Kerajaan Kedah Sedia Tanah

ALOR SETAR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) bersedia membina lebih banyak rumah di bawah penempatan Desa Keda sekiranya kerajaan negeri Kedah dapat menyediakan tanah bagi projek perumahan golongan miskin itu.


Pengerusi Keda Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata agensi itu tidak mempunyai masalah menyediakan peruntukan membina rumah dengan kos RM33,000 seunit itu.


"Keda banyak menerima permohonan daripada orang ramai bagi mendapatkan bantuan rumah.



"Bagaimanapun tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sekiranya kerajaan negeri bersedia menyediakan tanah, Keda akan mengeluarkan peruntukan bagi membina lebih banyak rumah," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Beliau berkata desa Keda adalah kawasan perumahan tersusun yang memberi peluang kepada golongan miskin memiliki kediaman sendiri yang selesa dan dilengkapi kemudahan asas seperti padang permainan dan surau.

Sehingga kini, sebanyak 56 Desa Keda telah diwujudkan di seluruh negeri ini dengan menyediakan 4,750 unit rumah.

Selain Desa Keda, agensi kerajaan Persekutuan itu juga menyediakan kampung tradisi dan sehingga kini terdapat tujuh kampung tradisi dengan 2,600 unit rumah.

"Selain itu, di bawah Program Bantuan Rumah (PBR), Keda melaksanakan program membaik pulih rumah yang sudah usang dan membina rumah baru kepada orang miskin yang mempunyai tanah sendiri," katanya.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata Keda memperuntukkan puluhan juta ringgit setiap tahun bagi membantu golongan miskin mendapat rumah yang lebih selesa.

Beliau berkata pada tahun ini sebanyak RM2.9 juta disediakan bagi membina 900 unit rumah di bawah skim PBR itu.

-- BERNAMA
Comments / Pandangan Melalui Facebook

1 comment:

  1. Kerajaan PAS Kedah berperang dengan Kerajaan Pusat hanya kerana nakkan dilantik dua Pengarah KEDA mewakili Kerajaan Negeri, sahinggakan suatu ketika MB Kedah ugut nak tutup KEDA tanpa sedari ugutannya itu mengakibatkan kakitangan KEDA dan keluarga mereka akan hilang mata pencarian. Itu hanya kerana menuntut dilantik dua Pengarah. Satelah dilantik, PAS tuntut lagi nakkan KEDA melantik saorang Peguam sebagai Pengarah.

    Satelah PAS dapat tuntutan mereka, dua wakil Kerajaan Negri telah menjadi Pengarah. Sekarang apa yang Pengarah2 wakil Kerajaan Negeri ini buat demi melayah kemahuan rakyat yang memerlukan rumah, terutamanya rumah2 PPRT. Sahinggakan Dato' Ahmad Bashah Md Hanipa Pengerusi Badan Berhubungan UMNO Negeri Kedah terpaksa bursuara menuntut Kerajaan Negeri bagi tanah untuk Kerajaan Pusat nak bangunkan kawasan perkampungan KEDA. Peruntuka telah disediakan oleh sebanyak lebih rm2 juta. Tapi tanah tidak diberi oleh Kerajaan Negeri, projek tersebut tidak dapat dilaksanakan.

    Jadi, apa gunanya Kerajaan Negeri supaya melantik 2 wakil Kerajaan Negeri duduk jadi Pengarah?, duduk lena saja, tak dak kerja nak perjuangkan rakyat yang miskin yang amat banyak memerlukan rumah.

    Memang, jika Kerajaan Negeri tak bagi tanah, sampai matilah rakyat termiskin di Kedah tidak kan mendapatkan rumah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive