Oleh : HHalem
1- Sebelum komplot
dalam komplot merancang drama kemalangan serta cubaan membunuh Anwar Pandi Kutty seperti
olahan Zahid Mat Arip (cucu Tun Ghafar
Baba) didalam mimpi beliau keluaran video Minaq Jinggo > pada 24/04/2011; memang
telah terdapat pelbagai dedahan sebelum ini.
Malahan laporan polis juga telah di buat oleh Bekas Ketua Wira PERKASA,
Armand Azha Abu Hanifah, pada 11/02/2011 yang lalu mengenai perkara yang sama.
2- Lebih tepat
dan khusus lagi apabila Armand mendedahkan perancangan drama kemalangan itu
dibincangkan secara tertutup di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
3- Yang menariknya
apabila Armand mendakwa dia memperolehi maklumat terperinci dari maklumat yang
dipercayai berkenaan perancangan Anwar itu, tetapi tidak boleh mendedahkannya
kepada pihak media.
“Polis telah memberitahu
kami supaya tidak memberitahu pihak media berkenaan perancangan itu”, katanya.
4- Dengan perangkap dan komplot buatan Anwar ini
dirasakan mesti ada nyawa orang lain yang akan terkorban. Oleh itu elok lah
jika pemandu-pemandu Anwar meletakan jawatan masing-masing supaya lebih selamat
sebelum nyawa mereka terkorban disebabkan perancangan Anwar sendiri.
Baca laporan yang
amat menarik dari AidcNews seperti dibawah.
....................................................................................................
Anwar Rancang Lari Ke Luar Negara
Armand
Azha, Ketua Wira PERKASA sedang menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di
Dang Wangi
AIDCNews
-11/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang mengatur perancangan
mendapatkan suaka politik luar negara bagi membolehkan beliau melarikan diri
daripada menghadapi kes liwat yang sedang dihadapinya sekarang.
Kenyataan
ini dibuat oleh Ketua Wira PERKASA, Armand Azha Abu Hanifah, ketika membuat
laporan polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini bagi mendesak Pejabat Peguam
Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.
“Beliau akan
meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan
diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan
Baju Merah di Bangkok,” kata Armand.
Menurut
sumber, Anwar akan melarikan diri ke luar negara dengan bantuan Turki, Australia
dan Amerika Syarikat, kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai hubungan rapat dengan
beberapa tokoh di ketiga-tiga negara tersebut.
Armand
mendakwa dia memperolehi maklumat terperinci dari maklumat yang dipercayai
berkenaan perancangan Anwar itu, tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada pihak
media.
“Polis telah
memberitahu kami supaya tidak memberitahu pihak media berkenaan perancangan
itu”, katanya.
Rancang Drama Kemalangan
Jelas
Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat
melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.
“Paling serius
perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan
membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.
“Kenapa dia
(Anwar) harus lakukan semua ini ? Adakah ini satu propaganda Anwar untuk
menarik simpati rakyat ? Untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan
?”, soalnya.
Armand
mendakwa perancangan drama kemalangan itu dibincangkan secara tertutup di ibu
pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
Ketua
Wira PERKASA itu turut berkata ‘Anwar menyembunyikan sesuatu’ dan menjadi
dalang merancang plot serta berusaha menangguhkan prosiding perbicaraan kes
liwat dalam pelbagai cara.
AIDCNews
sebelum ini pernah melaporkan Anwar telah mengadakan mesyuarat tertutup dengan
Kira-kira 60 orang dari pemimpin NGO India dan individu yang bersimpati dengan
Pakatan Rakyat (PR), selama dua jam di ibu pejabat PKR.
Dalam
perbincangan itu, banyak perkara telah diusulkan. Salah satunya supaya
berbincang dan membawa balik pengasas Hindraf, P. Uthayakumar kembali ke
Malaysia untuk mengetuai demonstrasi seperti mana yang telah dilakukan pada
tahun 2007. Klik di sini >
Pendedahan
berkenaan dengan ‘plot drama kemalangan’ turut dilaporkan di The Unspinners dan
Malaysia Instinct hari ini.
“Rakan-rakan
kami dalam PKR mendedahkan semasa perjumpaan dengan pemimpin India PKR pada 2
Feb 2011 di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Anwar menuduh kerajaan sedang merancang
untuk membunuhnya dengan cara mengatur kemalangan jalan raya.
“Nampaknya
Anwar sedang berusaha untuk halalkan bakal tindakan yang akan diambil bagi
mengelak hukuman penjara kes liwatnya”, lapor The Unspinners. Klik di sini >
Laman
Malaysia Instinct pula mendakwa lakonan drama kemalangan terpaksa dibuat kerana
Anwar kehabisan alasan untuk menunda kes liwatnya dan tekanan dalaman parti
apabila semakin ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti.
hm...anwar yg lari org lain yg akan mati..mmg perangai yahudi tul la..
ReplyDelete