Oleh : HHalem
Asyik Kena Humbam Saja. Give up betul. Lebih Baik Berhenti
1- Ada lagi berita orang yang akan keluar dan menjadi x-Pkr dan x-PBB (Pekak Bisu Tuli). Kali ini CheguBard seperti diceritakan oleh Cucu Mat Kilau yang di petik oleh AidcNews.
2- Alasan yang diberi beliau, iaitu “akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu”, merupakan alasan yang tidak kukuh. Tetapi dijangkan alasan-alasan sebenarnya ialah,
- “Beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan”,
- Beliau bercita-cita tinggi tetapi terbantut oleh halangan pucuk pimpinan Pkr sendiri, lalu beliau kecewa
- Beliau sedar bahawa Pkr adalah parti penipu, tetapi apabila terkena diri sendiri barulah beliau gelabah dan mengakui.
3- Samada beliau akan menyertai mana-mana parti kita tunggu dan lihat. Jika beliau hendak melonjak dengan segera didalam politik bukanlah Umno dan Pas tempatnya kerana terlalu ramai manusia dan cantas mencantas amat kuat. Mungkin Parti KITA lebih sesuai kerana ia parti baru dan peluang untuk naik melonjak adalah cerah.
“Parti X-PKR dan X-PBB”
“Parti PKR Baru”
..Petikan...
CheguBard Akan Tinggalkan PKR
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali CheguBard dijangka akan meninggalkan PKR jika isu pemilihan parti 2010 tidak dapat diselesaikan, dakwa blogger Cucu Mat Kilau (CMK).
Kenyataan itu dibuat oleh blogger CMK hasil pertemuannya dengan CheguBard di sebuah restoran mamak dekat bandar Kuantan, pada 2 Mei lalu.
“Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu. Parti katakanya seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yang sudah berlaku, sedangkan perkara itu sebaptutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleg Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu.
“Namun sehingga kini segalanya “indah khabar dari rupa”. Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk “meninggalkan parti itu” andai jalan penyelesaian tiada”, kata CMK dalam blognya, cucumatkilau.blogspot.com.
“Ketika CMK tanya ke mana hala tuju politiknya andai keluar PKR. Chegubard beberapa kali menegaskan dia akan membuat satu keputusan mengejut berkenaan perkara itu. Namun, itu pun jika tiada tindakan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR sendiri.
“CMK merasakan, PKR bakal menerima pukulan TKO jika anak muda seperti Chegubard pula meninggalkan parti itu. Malah, dia khabarnya akan membawa bersama para penyokong dan pemimpin muda di peringkat cabang-cabang di seluruh negara. Ini satu tamparan hebat buat PKR, maka seharusnya Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut ini.
“Agak malang bila beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan”, katanya lagi.
No comments:
Post a Comment