Oleh : HHalem
Mohd Zain aka Jins Shamsuddin
1- TS Dr Jins
Shamsudin! Tidak banyak yang diketahui penglibatan bekas ‘Hero Filem Melayu 60an’
ini di dalam politik Umno.
2- Sebagai Ketua
Penerangan Umno Bahagian Taiping (tapi senantiasa duduk di KL), beliau mahu
Umno mengsisihkan individu yang mencetuskan huru-hara di dalam Umno.
3- Apa kah yang
dimaksudkan huru-hara oleh beliau itu?
Adakah maksud
huru-hara itu termasuk ahli Umno yang lantang bersuara menegakan kebenaran dan
keadilan di dalam parti Umno?
Siapakah individu-individu
yang dimaksudkan oleh beliau?
4- Apabila Jins sebagai
Ketua Penerangan Umno Bahagian Taiping bersuara, penulis berpandangan bahawa
Jins bermaksudkan Umno Bahagian Taiping sekarang sedang bergelora dengan
huru-hara. Apa kah gelora yang dihadapi oleh Umno Taiping? Mungkin beliau akan
di cantas di Taiping.
5- Jika sekali
sekala muncul di Taiping dan mengeluarkan kenyataan yang tidak cukup popular
seperti filem-filem Melayu beliau, maka beliau akan menghadapi masalah besar di
Taiping.
6- Mungkin juga
Jins bermaksudkan mereka yang menghuru-harakan suasana ialah seperti Presiden Perkasa Ibrahim Ali
dan Zakhir Muhammad Big Dog. Jika mereka bukan ahli Umno bermakna mereka
terlepas dari segala tuduhan.
(RALAT. Berdasarkan orang Taiping. Umno
Bahagian Taiping hendaklah dibaca dengan Umno Bahagian Bukit Gantang – Lihat komen
Tuan AMNI TPG di bawah. Terima Kasih kepada TPG)
....Bernama...
Jins Shamsudin Mahu
Umno Sisihkan Individu Cetus 'Huru-Hara'
YAN: Anggota Umno
yang sengaja mewujudkan situasi huru-hara dalam parti merupakan individu
bermasalah yang meletakkan kepentingan sendiri mengatasi parti dan perlu
disisihkan, kata pelakon dan pengarah filem terkenal Tan Sri Jins Shamsuddin.
Jins, yang juga
Ketua Penerangan Umno Bahagian Taiping, berkata Umno perlu dibersihkan daripada
individu yang mempunyai sifat sebegini kerana kehadiran mereka hanya merosakkan
parti.
"Pemimpin
Umno perlu sentiasa bersatu padu dan saya yakin mereka tidak akan berpecah
belah hanya kerana satu atau dua individu yang mempunyai kepentingan diri.
"Undang-undang
untuk mengawal mereka memang ada tetapi perpaduan yang lahir dari kesedaran
diri sendiri lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada majlis ceramah
perdana sempena ulang tahun Umno ke-65 anjuran Umno Bahagian Jerai di sini,
Khamis.
Jins juga
menyifatkan percanggahan pendapat antara pemimpin dalam parti sebagai baik
dalam erti kata untuk mencari jalan menyelesaikan sesuatu isu, asalkan mereka
tidak bermusuhan.
Maaf kan saya , anda salah fakta bila menyebut TS Jins Shamsudin< Ketua Penerangan Umno Bhg Taiping.
ReplyDeleteFakta itu tak betul dan tepat.
Beliau adalah Ketua Penerangan Umno Bhg Bukit Gantang dibawah pimpinan Dato Hj Rosli, ADUN Trong sebagai Ketua Bahagian manakala Umno Bahagian Taiping diterahui oleh Dato Hj Ahmad Shalimin dan Ketua Penerangan nya adalah Hj Faisal Hanafiah.
Harap dapat buat pembetulan pada masa hadapan kerana kedua-dua bahagian ini tidak mempunyai gelora yang boleh menjadi tsunami hanya ombak yang memvbdaia pantai sahaja,
Sekian,
Tuan Amni TPG,
ReplyDeleteRibuan Terima Kasih Tuan.
Harap-harap BERNAMA pun terperasaan hal ini.
Maklumlah "Tidak banyak yang diketahui penglibatan bekas ‘Hero Filem Melayu 60an’ ini di dalam politik Umno"
"Ombak yang membadai pantai sahaja" :-)
ReplyDelete