Oleh : HHalem
1- Hari ini setelah perbicaraan terhadap Datuk
T di jalankan, maka keputusan dibuat oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani
bahawa ketiga-tiga tertuduh di dapati bersalah.
2- Kita telah biasa disajikan dengan
perbicaraan kes Anwar yang berlarutan bertahun-tahun, ditunda-tunda dan di
putar belit dengan hal-hal teknikal oleh Karpal Singh; maka kali ini kita amat kecewa kerana perbicaraan
Datuk T berakhir dengan begitu cepat sekali dengan pengakuan bersalah.
3- Mungkin ramai juga rasa gembira kerana
tiada putar belit dan tidak payah menungu berbulan-bulan. Juga gembira setelah
Datuk T di denda dan di hukum seperti berikut;
Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3 000 atau penjara
3 bulan.
Datuk Shuib Lazim didenda RM1 500 atau penjara 2 bulan
TS Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1 000 atau penjara 1
bulan
4- Bagi penulis apa yang mustahak ialah bukan Seksyen
109 dan Seksyen 292 ( a) Kanun Keseksaan yang ingin diketahui, tetapi rumusan
perbicaraan hari ini telah mendedahkan perkara-perkara berikut. Perkara ini
tidak akan didedahkan kepada umum jika tidak kerana perbicaraan hari ini.
a- Datuk Eskay
menyatakan dengan berekod bahawa pelakon
didalam video bukan lagi menyerupai Anwar, malah ia adalah sebenar-benar Anwar.
b- Laporan Profesor
Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New
Hampshire, Amerika Syarikat, pada 4 Jun, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki
dalam klip video itu, apabila dibandingkan dengan foto Anwar berdasarkan
analisis pengenalpastian wajah. Kata pendakwa;
“99.99% menunjukkan persamaan bahawa En. X (lelaki dalam
video tersebut) adalah Anwar Ibrahim,”
c- Mendedahkan
Anwar kepada pendakwaan kerana membuat laporan palsu.
d- Yang amat
menarik sekali apabila pendakwa memberitahu mahkamah bahawa polis telah
memperolehi rakaman CCTV dari pangsapuri di Ampang, mengesahkan bahawa Anwar dan
Datuk Eskay berada di lobi pangsapuri tersebut pada 21 Februari, hari yang sama
video seks itu dirakam. CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di
lokasi itu pada waktu dan ketikanya.
5- Selepas kes hari ini, kemanakah kita
selanjutnya? Yang kita harap-harapkan ialah supaya Anwar menerima hukuman
secepat mungkin dan tidak lagi memberi peluang kepada Anwar untuk membuat
tuduhan ‘pre-emptive’ dengan mengelilingi negara.
“Boleh Tengok Laporan 99.99 Untuk Di Hebohkan”
“Dedahkan CCTV Anwar/Eskay Di Lobi Untuk Di You-Tube-kan”
No comments:
Post a Comment