Oleh : HHalem
1- Presiden, Seniman Paksi Rakyat (Paksi),
Che Shamsuddin Othman atau dikenali Dinsman
berkata beliau sedih apabila seniman lain hanya membiarkan Pak Samad Said diperlakukan
sehina rupa apabila Pak Samad ditangkap untuk soal siasat kerana hanya
kesalahan membaca puisi “Unggun Bersih” pada majlis pelancaran Himpunan Bersih
2 0 pada 19 Jun lalu.
2- Dinsman menyesal kerana seniman lain
sepatutnya mempertahankan Pak Samad. Baca apa yang di merepekan oleh Dinsman;
“Kalau orang biasa itu tiada masalah
tetapi ini sasterawan sendiri. Mereka sudah ada nama. Kenapa tidak bangkit membantah...beliau
merupakan aset dan khazanah yang perlu dimuliakan serta
dibanggakan...Dia tidak patut dipersoalkan ”
3- Dinsman beranggapan bahawa disebabkan
Pak Samad seorang ‘sasterawan negara,
bukan orang biasa dan sudah ada nama’; maka Pak Samad immune dan kebal dari
segala kesalahan menjangkaui batas dan undang-undang hasutan negara. Dengan
kehendak Dinsman seperti di atas, adakah beliau seorang yang waras fikiran?
4- Dinsman juga merepek lagi apabila
beliau berkata disebabkan Pak Samad ‘merupakan
aset dan khazanah negara maka dia perlu dimuliakan serta dibanggakan dan tidak
patut dipersoalkan’. Tiada kata seindah cacian yang perlu dilontarkan
kepada Dinsman kerana kecetekan fikiran beliau.
6- Jika mendengar tajuk puisi ‘Unggun
Bersih’ sudah membuakkan semangat untuk turut serta di dalam rusuhan Bersih,
ini kan pula bila mendengar isi kandungan sajak tersebut. ‘Unggun’ merupakan
‘Api’ menghasut fikiran rakyat untuk bangun menentang pemerintah. Ia di luahkan
dipentas yang cukup membahayakan dan hadapan perusuh-perusuh negara. Pak Samad
merupakan sasterawan negara oportunis yang tidak mahu melepaskan peluang untuk
memehat nama di dalam sejarah pembentukan sebuah Republik Rakyat Malaysia. Jika
ini pun Dinsman sengaja buat-buat tidak nampak, maka Dinsman layak diberi
gelaran golongan yang PBB.
7- Tetapi yang amat malang sekali ialah PAKSI
kerana ia di Presiden-kan oleh seorang yang betul-betul berfikiran tidak
panjang dan lebih teruk dari Mahfuz Samdol Pas dan Johari Bedul Pkr. Ini kerana
Dinsman sudah terlupa bahawa;
‘Mata pena, puisi, sajak, gurindam jiwa
itu adalah lebih tajam dari mata pedang, malah ia lebih beracun dari ber-blog,
walaupun puisi jarang dipakai sekarang berbanding dengan ber-blogging’
8- Sepelupa mana sekali pun Pak Samad, beliau
tidak lah secetek fikiran Dinsman. Pak Samad masih lagi merupakan ‘Orang Tua
Tua Waras’ yang sukakan publisiti tetapi kali ini dilandasan yang salah. Ini
kata beliau terhadap seruan Dinsman;
“Saya tidak kisah mereka tidak membantah.
Kalau perjuangan mereka selari dengan saya mereka memberi sokongan. Jika tidak,
tidak mengapalah ”
9- Dinsman harus ditangkap dan di soal
siasat kerana terang-terangan menyeru kumpulan orang ramai untuk menyokong Pak
Samad yang juga terang-terangan menghasut untuk menjatuhkan pemerintah secara
rusuhan ala-ala Mesir.
Siapakah
Dinsman? Bio-data beliau di sini>
Sumber rujukan utama The Malaysian Insider>
apa BODO nyer kau ni din SEMAN OOIII..
ReplyDeleteKALAU DAH ADA NAMA kentut dia harum KE????
Kalau tiada keamanan selama ini mampu ke para seniman menempa nama........... Jangan harap golongan ini akan selamat jika pakatan memerintah kerana apa sumbangan mereka kepada pakatan jika hanya untuk membaca puisi berapi untuk memberontak sahaja!!!!... ketika berguna untuk jatuhkan kerajaan maka berguna lah...
ReplyDeleteHahahha.... mkn pun duit kamsen kerajaan yg ada skg. Poraahhh!!!Kalu kerajaan yg sediada tak iktiraf mereka2 tu ntah jadi ..... Pada penulis2 yg konon bertaraf sasterawan ke, angkasawan ke... jgn bangga dirilah krn korang pun manusia biasa, mkn nasi.
ReplyDeletekesian pak samad dan dinsman, siapa suruh cari penyakit? elok-elok hidup sihat, aman damai gi cari unggun api yg dah tinggal asap, kan pedih mata dibuatnya!
ReplyDeleteOrng tua yang dikatakan Sastrawan negara tu.. bagus dia duk rumah mengaji dan tambah amalan.. sok² kena menghadap tuhan rugi tinggal janggut panjang isi tadak!
ReplyDelete