Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

19/06/2011

Pulau Spratly-China Hantar Kapal Perang & Aggresif. DS Zahid Hamidi Mula Risau

Oleh : HHalem
1- Pulau Spratly yang terletak di Laut China Selatan> menjadi rebutan 5 buah negara, antaranya Malaysia, Filipina, China, Vietnam dan Brunei. Malaysia bertahan dengan membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani. 

2- Yang menjadi kecoh dan tegang sekarang ialah apabila China bertindak menggerakkan kapal peronda terbesar dalam angkatan tentera lautnya di Laut China Selatan sejak beberapa hari lalu bagi mengawasi perairan Pulau Spratly. Ini berikutan pergeseran antara China dengan Filipina. 

3- Sehubungan dengan itu Menteri Pertahanan, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata; 

"Malaysia tertakluk kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982 iaitu perlu berada di sekitar 200 batu nautika dan apa pun kita tetap meletakkan anggota tentera laut kita untuk mengawasi”

"Kekuatan ketenteraan perlu dielakkan oleh semua pihak sebaliknya kita menyarankan agar digunakan diplomasi ketenteraan kerana ini adalah lebih baik,” Di sini > 

4- Peristiwa melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan Vessels Ikan China dan tentangan Vietnam berlaku pada 2010 boleh di baca di sini> 

5- Petition Masyarakat Antarabangsa untuk menukar nama "South China Sea" kepada "Southeast Asia Sea" > yang kita tidak ketahui selama ini. 

Peristiwa Pertelagahan Pulau Sprattly 


Di bawah di perturunkan susunan peristiwa pertelagahan perebutan Pulau Spratly yang di tulis oleh Shah Paskal di Military of Malaysia> 

1. Insiden yang berlaku pada akhir April lepas menarik minat saya untuk membuka kamus isu-isu di kepulauan Spratly, untuk mengetahui apakah insiden itu yang menyebabkan kekuatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dikejarkan ke sana. 

2. Terdapat tanda-tanda negara China yang kini sudah mula diperkuat dengan armada laut yang canggih dan pesawat terbaru seperti Sukhoi dan J-10 sudah mula menjalankan gerakan-gerakan untuk menguatkan tuntutannya ke atas kepulauan Spratly dengan lebih agresif. 

3. Penganalisis pertahanan dan sains politik dunia sudah sejak sekian lama meramalkan konflik terbaru yang dijangka lebih hebat dari isu kepulauan Falklands akan meletus di Laut China Selatan, khususnya kerana terdapat tuntutan bertindih di antara China, Vietnam, Filiphina, Indonesia, Brunei dan Malaysia. 

4. Ia bukan sahaja kaya dengan telaga minyak tetapi merupakan sumber makanan dan ekonomi yang penting, ia mewah dengan perikanan. 

KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY 

5. Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat. 

6. Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130. 

7. Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani. 

8. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th. 

9. China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief. 

10.Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar. 

11.Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009. 

12.Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal. 

13.Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina. 

STRATEGI MALAYSIA 

14.Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau. 

15.Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly. 

16.Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China. 

17.Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam. 

18.Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan. 

19.Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes. 

20.Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain. 

21.Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah. 

INSIDEN DI SPRATLY – China vs AS 

22.Seperti yang saya katakan, kepulauan Spratly mempunyai potensi untuk merebak ke konflik yang lebih besar. 

23.Pada 8 Mac 2009, lima buah kapal milik China iaitu sebuah kapal perisik, sebuah kapal jabatan laut China, sebuah kapal pengukur laut dan dua buah kapal nelayan laut dalam telah mengelilingi dan membuat gerakan-gerakan yang menganggu perjalanan sebuah kapal milik Amerika Syarikat (AS) iaitu USS Impeccable. 

24.Insiden berlaku lebih kurang 75 batu dari selatan Pulau Hainan menyebabkan berlakunya “pertempuran” kecil dengan menggunakan meriam air (kapal AS ini tidak dilengkapi senjata api). 

25.Kelasi China turut menanggalkan seluar dalam mereka dan melontarkan cangkuk untuk merosakkan peralatan survey kapal AS tersebut. 

INSIDEN DI SPRATLY – China vs Vietnam 

26.Pada 14 Mac 1988, satu pertempuran kecil berlaku di antara tentera laut China dan Vietnam dalam satu insiden yang di namakan pertempuran di Terumbu Selatan Johnson. 

27.Terumbu Johnson merupakan kawasan yang dikuasai oleh Vietnam (umum mengetahui bahawa Vietnam pernah terlibat dalam peperangan dengan China dan kedua-dua negara ini adalah seteru di antara satu sama lain walaupun China pernah membantu vietnam dalam peperanganya memerangi AS di antara tahun 60an dan 70an dahulu). 

28.Menjelang akhir Januari 1988, Vietnam sudah mula mengesan kehadiran tentera China dan kapal perangnya di terumbu Johnson menyebabkan Vietnam turut menghantar tenteranya sebagai persediaan sebarang kemungkinan dengan seterunya itu. 

29.Pada Mac 13, kapal perang China mengesan kehadiran kapal perang kecil Vietnam dengan nombor penan HQ-604 bergerak ke kawasan terumbu Johnson dan satu lagi kapal perangnya dengan nombor penan HQ-605 bergerak ke terumbu Lansdowne Reef. 

30.Kapal perang Vietnam dengan nombor penan HQ-505 pula belayar ke arah Terumbu Collins, tiga pergerakan kapal yang dianggap sebagai pencerobohan ke dalam wilayah China. 

31.Kapal perang China sebelum itu telah pun menurunkan 25 orang askar di kawasan terumbu Johnson dan sebuah lagi kapal perang China telah mendaratkan 33 tentera marin ke kawasan itu. 

32.Kapal perang China iaitu Xiantan pula dikejarkan ke Terumbu Lansdowne. 

33.Pada 14 Mac, jam 7.30 pagi, askar Vietnam dilihat sedang cuba menaikkan tiang bendera negara mereka di Terumbu Johnson Selatan. 

34.Selepas terjadinya perang mulut di antara askar China dan Vietnam, pertengkaran itu bertukar menjadi pertempuran senjata api dan kapal perang Vietnam iaitu HQ 604 menawarkan tembakan bantuan. 

35.Akibatnya, kapal perang China yang berada di kawasan berhampiran bertindak menembak HQ 604 sehingga kapal perang Vietnam itu terbakar dan tenggelam. 

36.Di Terumbu Collins, kapal perang Vietnam iaitu HQ 505 turut musnah di tembak kapal perang China. 
Photo 3- Kapal tentera laut Vietnam terkena tembakan 


Photo 4- Kapal perang China menembak kapal Vietnam dalam insiden 14 Mac 1988 


Photo 5- Kelasi Vietnam habis dibunuh dengan menggunakan senjata anti pesawat 37mm 

37.Di Terumbu Lansdowne, kapal perang Vietnam, HQ 605 turut ditenggelamkan. 

38.Melalui kemenangan ini, China berjaya menguasai tujuh terumbu di kawasan itu. 

INSIDEN DI SPRATLY – China vs Filiphina 

39.Pada tahun 1994, insiden pencerobohan yang serupa turut terjadi di antara tentera laut Filipina dengan kapal perang China. 

40.Pencerobohan di lakukan oleh kapal perang China ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) milik Filipina. 
Photo 6-Kapal perang Filiphina dari era perang dunia, inilah yang paling besar dalam tentera laut negara itu 

41.Filipina yang diketahui mempunyai armada laut yang paling lemah di kalangan negara Asean bagaimanapun tidak mengarahkan kapal perangnya menembak atau melakukan provokasi ke atas kapal perang China itu. 

42.Ini dibuat memandangkan kesanggupan China untuk memusnah atau menggunakan kekerasan ke atas sesiapa sahaja seperti yang terjadi pada Vietnam sedangkan pencerobohan secara jelas di buat oleh China. 

43.Kapal perang Filipina kemudian melarikan diri dari bertembung dengan kapal perang China itu. 

INSIDEN DI SPRATLY – China vs Malaysia 

44.Insiden yang melibatkan kapal perang dan pesawat milik TUDM ini dilapor berlaku pada akhir April 2010. 

45.Ia tidak dilapor dalam mana-mana media tempatan dalam negara tetapi menjadi tajuk utama dalam akhbar di China. 

46.Laporan dari akhbar The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina) bertarikh 1 Mei memberitahu, sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti pelayaran mereka di kepulauan Spratly yang dipanggil Nansha oleh pihak China. 

47.Armada kapal-kapal perikanan China ini sebenarnya merupakan strategi China untuk menguatkan tuntutan dan penguasaan mereka ke atas seluruh pentas Laut China Selatan dan khususnya Spratly. 

48.Pembaca sekelian, kapal-kapal perikanan China bukanlah seperti kapal-kapal dari Jabatan Perikanan Malaysia kerana kebanyakkan kapal-kapal perikanan China ini mempunyai keupayaan untuk belayar di laut dalam dan jauh dari pengkalan mereka. 

49.Kapal-kapal ini ada di antara berat 1,400 tan sehingga 2,400 tan mempunyai besar yang hampir menyamai kapal korvet. 

50.Ada kapal-kapal perikanan laut China ini merupakan modifikasi dari bekas-bekas kapal perang China. 

51.Akhbar The Philippine Star pada tahun 2009 ada menyiarkan hasrat China untuk menggunakan kapal-kapal perikanan yang kelihatan “innocent” ini untuk berlayar di Laut China Selatan. 

52.Jurucakap dari kedutaan China di Manila iaitu Hua Ye memberitahu akhbar tersebut bahawa China tidak melanggar atau membuat sebarang provokasi di kawasan tuntutan bertindih memandangkan tidak ada kapal perang yang dihantar berlayar di kawasan yang sedang direbut oleh Vietnam, Filipina dan Malaysia itu serta beberapa buah negara lain kecuali kapal milik jabatan perikanan negara itu. 

53.Berbalik kepada siaran berita yang disiarkan oleh akhbar The Southern Daily tadi, berikut merupakan terjemahan yang dibuat oleh seorang rakan penulis : 

54.Beberapa hari sebelum 1 Mei, armada kapal nelayan China telah dihalang secara agresif oleh bot peronda milik Malaysia. 

55.Kapal-kapal nelayan China itu dengan diiringi oleh kapal agensi perikanan China sudah lama mencari ikan di kawasan yang sudah ditandai sebagai kawasan tradisi mereka. 

56.Bot peronda Malaysia dilihat bertindak agresif dan penuh provokasi apabila muncung meriam di halakan kepada kapal yang paling hadapan di dalam armada kami. 

57.Pada pukul 10.30 pagi, radio kapal nelayan China disergah dengan amaran oleh suara pegawai dari kapal perang Malaysia. 

58.”Chinese fishery fleet, we are Malaysian warships, I hope you will leave.” suara amaran dari kapal perang Malaysia. 

59.Armada perikanan China bagaimanapun telah mendapat arahan dari ibupejabat marin untuk mengekalkan haluan dan menambah kelajuan. 

60.Tiba-tiba dari jauh kelihatan sebuah kapal perang yang lebih besar dan jelas kelihatan, ia membawa peluru berpandu. 

61.Bot peronda tadi menghampiri bot bernombor 311, anak kapal China melihat kelasi kapal perang bot peronda itu sudah memakai topi besi dan meriam kapal itu dihalakan kepada kapal bernombor 300, suasana tiba-tiba menjadi tegang. 

62.Pada pukul 11.30 pagi, sebuah pesawat terbang Malaysia dilihat terbang mengelilingi armada perikanan China selama 15 minit. 

63.Kapal-kapal perang Malaysia seterusnya dilihat mengikuti armada kapal perikanan China sehingga pada pukul 22.30 malam dan keadaan ini berterusan sehingga pada pukul 3 pagi. 

64.Terjemahan seterusnya gagal difahami…..maaf setakat di sini sahajalah. 

INDONESIA CABAR CHINA, SEORANG TERBUNUH 

65.Jelas kapal-kapal China terutama kapal laut dalam mereka menjalankan aktiviti mencari ikan beribu-ribu kilometer dari kawasan negara mereka. 

66.Pada tahun 2005, sebuah kapal perang Indonesia, KRI Tanjung Dalpele berjaya memintas empat buat kapal perikanan China yang mencari ikan secara haram di kawasan lautan Arafura yang terletak di antara Wilayah Papua dan Maluku. 

67.Tiga kapal perikanan milik China itu melarikan diri tetapi sebuah lagi, MV Fu Yuan 123 berjaya ditahan. 

68.Sebelum itu, kapal perang Indonesia sudah pun memberi tembakan amaran sebanyak 3 das tetapi kapal perikanan China bertindak agresif dan melakukan manuver yang seakan-akan mahu melanggar KRI Tanjung Dalpele. 

69.Akibatnya kapal perang Indonesia itu terpaksa melepaskan tembakan dan membunuh salah seorang kelasi kapal perikanan China. 

70.Tindakan kapal perang tersebut mengundang rasa tidak puas hati Beijing tetapi pemerintah tentera laut Indonesia di Surabaya menjelaskan, tembakan itu dibuat selepas semua prosedur atau “Rules of Engangement” dipatuhi. 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

2 comments:

  1. kalau gitu adalah tak rugi malaysia beli peralatan perang yang nurul kata membazir beli kapal selam.disebabkan kapal selam dan sukhoi tu pehak cina takut sedikit kerana alat-alat yang di pakai adalah lebih canggih dari mereka,terutama alat -alat sensor dan pentempuran menggunakan teknologi barat bukan nya russia.Pehak russia sendiri telah memakai alat-alat saperti apa yang di pasang didalam pesawat mereka.

    ReplyDelete
  2. kalau ikutkan puak sakai tu semua bazir,semua buang duet rakyat,diorang ja betul,dia org ja jimat,jaga duet rakyat sedangkan hampeh,apa pun tak boleh,memalukan kaum ja

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive