Oleh : HHalem.
Wartawan Sinar Harian RISWANDI RAZAK
berpeluang menemui enam blogger yang mewakili BN dan pembangkang baru-baru ini.
Namun atas sebab-sebab tertentu, identiti mereka tidak dapat didedahkan. Ikuti
wawancara itu.
Dalam laporan media baru-baru ini terdapat beberapa
blogger didakwa menerima bayaran oleh individu tertentu?
RBF :: Saya tidak mengetahuinya. Blogger mana yang dimaksudkan juga saya
tidak tahu. Saya jawab bagi pihak saya dan rakan-rakan saya sahaja. Kami semua
tidak ada majikan. Apabila tidak ada majikan, sudah tentu tidak timbul soal
gaji atau sebaliknya. Oleh kerana kami tidak ada majikan, atas sebab itulah
kami bebas mengkritik mana-mana pihak. Dalam hal ini pihak anda boleh melihat
sejarah penulisan di blog saya. Mana yang tak betul semuanya saya kritik.
Begitu juga dengan blog rakan-rakan saya.
SHARPSHOOTER
:: Itu kemungkinan besar blogger UMNO yang menerima
upahan bulanan.
Bagaimana anda menerima respons atau kritikan yang
diberikan oleh pembaca?
SAHABAT
GUNUNG :: Sebagai bekas wartawan, saya rasa etika
kewartawanan juga boleh diguna pakai dalam persoalan ini. Dalam hal ini, kita
wajib menerima pandangan dan kritikan, tidak kurang juga yang memaki hamun
namun sebagai seorang yang blogger, kita harus profesional dan matang terhadap
segala kritikan dan pandangan pembaca blog. Saya sama sekali tidak akan
membuang tulisan, pandangan dan komen yang negatif termasuk yang maki hamun,
kerana itulah ‘pandangan’ pembaca yang membaca blog kita. Tidak semua pembaca
yang akan menerima 100 peratus tulisan dan pandangan kita dalam blog kita.
MILO
SUAM :: Bagi saya, ruangan komen memberikan saya
gambaran penerimaan pembaca terhadap artikel-artikel yang saya keluarkan.
Daripada itu saya dapat gambaran kasar secara ringkas apa yang mereka mahukan,
dan artikel bagaimana yang perlu saya keluarkan. Saya cuba memuaskan hati semua
pihak, tapi saya sedar saya tidak akan mampu berbuat demikian, maka apa yang
saya lakukan adalah memuaskan hati seberapa banyak orang yang boleh. Saya
menggalakkan kebebasan bersuara di ruangan komen, namun begitu terdapat sistem
aduan automatik yang akan memadam sebarang komen melampau yang kurang
menyenangkan majoriti pembaca.
Bagaimana seorang blogger menjadikan satu isu biasa
bertukar menjadi sensasi sehingga mendapat perhatian pemimpin negara?
PAPA
GOMO :: Ia terpulang kepada kreativiti seseorang
blogger menjadikan isu tersebut hangat, sebagai contoh isu ADUN yang didakwa
ditangkap khalwat dalam gerabak kereta api yang mana saksi telah meny:ebut
penuh nama ADUN tersebut. Blogger memainkan isu ini serentak. Sebab itu topik
tersebut menjadi hangat dan mendapat liputan daripada masyarakat. Ada juga isu,
sebenarnya hangat namun apabila tidak ada kerjasama daripada blogger, ia tidak
mendapat perhatian.
NOTA
MERAH: :Blogger juga seperti wartawan, bukan sahaja
bebas, malah mempunyai sumber maklumat eksklusif mengenai ‘kawan’ dan ‘lawan’.
Yang berbeza, wartawan ada majikannya dan ada sesawang rasmi, blogger
sebaliknya. Pun begitu, hampir tiada media yang bebas sebab media itu adalah alat
propaganda, sama ada bias pada pemerintah, oposisi atau pelabur/pemegang saham.
Blogger dalam hal ini lebih bebas melaporkan mengikut kehendaknya sendiri dan
kebebasan ini mungkin menjadikan persembahan kewartawanannya lebih sensasi,
kontroversi, kontemporari dan yang paling penting adalah eksklusif. Gaya
penulisan yang longgar dari disiplin kewartawanan juga mungkin lebih menarik
minat rakyat belakangan ini.
Benarkah blogger mengenali antara satu sama lain kerana
identiti mereka tidak didedahkan?
SHARPSHOOTER :: Ia bergantung
kepada di mana tempat tinggal blogger tersebut. Sekiranya blogger tersebut
tinggal di Pulau Pinang sebagai contoh, sudah pasti blogger senegeri itu lebih
rapat dan kerap bertemu jika mahu dibandingkan dengan blogger yang tinggal jauh
dari Pulau Pinang.
RBF :: Ada yang rapat dan selalu berjumpa atau membincangkan isu semasa.
Contohnya jika di Lembah Klang, blogger dalam satu kumpulan yang selalu
berjumpa ialah, saya sebagai Ruang Bicara Faizal (RBF), House PK, Gerakan Anti
PKR, Info Corner, Papa Gomo dan beberapa orang lagi. Manakala di Pulau Pinang,
mereka mempunyai kumpulan mereka tersendiri. Contohnya, Pisau, Minda Intelek
Melayu, Media Permatang Pauh dan beberapa orang lagi.
Di Perak mereka ada kumpulan sendiri pula,
begitu juga di negeri-negeri lain. Sekiranya ada sebarang majlis atau forum,
kebiasaan kami semua akan bertemu di majlis tersebut. Ada juga yang berhubung
menerusi Internet sahaja kerana berada jauh atau tidak mahu dikenali.
Contohnya blogger Unspinners, sehingga kini
saya dan rakan-rakan blogger tidak mengenali siapa mereka, cuma kami difahamkan
mereka ada empat orang dalam satu kumpulan.
Untuk menjadi blogger dikenali, adakah memerlukan masa
yang lama?
MILO
SUAM: Saya ibaratkan membina sebuah blog seperti
membuka sebuah warung menjual nasi lemak di dalam hutan. Perkara hampir
mustahil untuk menjadikan warung ini laris kerana ia dibina di dalam hutan
belantara, ditambah persaingan warung yang sudah lama bertapak dan dikenali
serta lebih mudah dikunjungi. Promosi daripada akhbar dan laman web terkenal
banyak membantu saya menjadi blogger dikenali.
Jangka masa untuk menjadi blogger dikenali
bergantung kepada promosi. Semakin hebat promosi diterima, semakin singkat
tempoh seseorang blogger itu dikenali ramai.
Memandangkan blog ‘Milo Suam’ sering kali
menerima publisiti secara langsung dan tidak langsung daripada laman web dan
akhbar terkenal seperti Harakahdaily dan Malaysiakini, barangkali ini telah
membuatkan ‘Milo Suam’ dikenali ramai dalam masa singkat.
SAHABAT
GUNUNG :: Saya sendiri membuat blog sahabatgunung.
blogspot pada 2004, namun tujuan buat blog sekadar suka-suka Namun pada 2006,
saya mula aktif, mahu jadi blogger dikenali. Dalam hal ini, bukan masa menjadi
penentu tetapi isu dan penampilan blog
tersebut. Jika isu dan penampilan blog kita
menarik, selain pandai mempromosikan blog kita dengan ‘menjengah’ ke blog-blog
lain, komen di blog lain. Ianya sedikit sebanyak membantu mempromosikan blog
kita. Dalam masa sama, kita juga harus bergantung kepada blog yang sudah ada
nama atau dikenali kerana ia juga sedikit sebanyak dapat membantu.
Adakah wujud satu pertubuhan rasmi berdaftar dalam
kalangan blogger?
PAPA
GOMO :: Kami tidak berpersatuan, namun wujud dalam
kumpulan tertentu seperti kita dapat lihat logo-logo di blog mempunyai maksud
tersendiri. Blogger Pembela Negara, Blogger Nyamuk, yang sudah ada nama atau
dikenali kerana ia juga sedikit sebanyak dapat
membantu.
Adakah wujud satu pertubuhan rasmi berdaftar dalam
kalangan blogger?
PAPA
GOMO :: Kami tidak berpersatuan, namun wujud dalam
kumpulan tertentu seperti kita dapat lihat logo-logo di blog mempunyai maksud
tersendiri. Blogger Pembela Negara, Blogger Nyamuk, Nadi Rakyat dan sebagainya.
Walaupun berbeza kumpulan namun jika wujud sesuatu isu, kami akan bergabung
membincangkan isu tersebut. Jika ditanya pada hari ini, blogger prokerajaan
ataupun propembangkang tidak pernah bersatu di bawah satu bumbung melainkan
kumpulan Blogger United diterajui oleh blogger-blogger awal sebelum kewujudan
kami.
NOTA
MERAH :: Dahulu tidak ada pun organisasi blogger
propembangkang . Perang siber oleh blogger propembangkang tetap hebat terutama
ketika menjelang ‘tsunami politik’ kerana waktu itu ada mood menolak UMNO-BN.
Sekarang? Pemimpin pembangkang seakan hilang kreativiti untuk mencipta mood
atau imaginasi yang mampu menggarap rakyat bersama arus perubahan, tetapi,
blogger-blogger juga dipersalahkan. Sebab itu, blogger merasakan tidak
bersatu pun tak mengapa kerana yang penting
adalah memainkan peranan masing-masing sebagai agen semak dan imbang bagi paksi
kerajaan dan oposisi.
Adakah semua yang ditulis oleh blogger itu benar dan
boleh diterima oleh pembaca?
NOTA
MERAH :: Dunia media baru hari ini bukan lagi
mempersoalkan mengenai kebenaran berita atau isu; dilihat benar sudah memadai
sebenarnya, kerana rakyat di abad ke-21 berpegang dengan persepsi. Yang lebih
penting bagi rakyat antaranya adalah soal persepsi atau sisi pandang kedua
mengenai satusatu isu/perkara. Contoh yang baik, blog Tukar Tiub umpamanya tidak
pun melaporkan berita mengikut kewartawanan formal, dengan “kah kah kah” di
setiap berita media arus perdana yang di’copy & paste’ serta analisis
spontan mengenai seseorang yang dekat dengan perdana menteri telah menjulang
namanya ‘Tukar Tiub’ di persada siber.
PAPA
GOMO :: Jika di tanya pada saya, maka saya adalah
blogger prokerajaan yang menyatakan setiap isu yang dimainkan oleh kami, adalah
benar dan sahih walaupun kadang kala ianya tidak cukup bukti dan hanya
berpandukan pada fakta yang ringkas. Kami kebiasaannya akan menyiasat sesuatu
maklumat itu dan membincangkan hal tersebut dalam kalangan blogger bagi
mendapatkan hasil keputusannya. Sebagai contoh isu kes liwat Saiful Bukhari
Azlan yang mana dinyatakan oleh pihak pembangkang adalah satu konspirasi
semata-mata namun apabila kami mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak
termasuk Saiful sendiri, kami mendapati tidak ada langsung unsur konspirasi
malah jauh sama sekali dakwaan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur oleh pihak
pembangkang.
Adakah kumpulan blogger ini mempunyai pemimpin tersendiri
atau proksi tertentu untuk mengukuhkan atau menidakkan sesuatu isu politik di
negara ini?
SHARPSHOOTER
:: Katakan jika ianya benar walaupun pahit, rakyat
negara ini perlu dipacu dan diarah dengan era politik baru yang berani berkata
benar. Pemimpin politik wajib berani berkata benar jika ada ahli pimpinannya
melakukan penyelewengan bukannya menyapu ke bawah permaidani indah. Rakyat
sudah muak dengan amalan menyapu ke bawah permaidani kerana rakyat mahu pemimpin
yang bersih dan besar harapan rakyat mahu melihat perubahan besar ini.
RBF :: Setakat hari ini saya tidak ada pemimpin tersendiri atau proksi,
tetapi saya ada pemimpin- pemimpin tertentu yang saya minati. Untuk mengukuh
atau menidakkan sesuatu isu, pandai-pandailah cari sendiri sumbersumber
tertentu yang berkaitan dengan isu. Ianya lebih kurang sama dengan cara
wartawan bekerja. Namun perlu diingat, kebanyakan yang ditulis adalah pandangan
peribadi. Blogger juga rakyat dan ada kalanya kita juga tidak bersetuju dengan
sesetengah keputusan yang kerajaan lakukan. Mana yang kita rasa tak betul dan
tidak puas hati kita akan kritik. Bukannya apabila saya selaku blogger
prokerajaan maka saya akan bersetuju dengan apa sahaja yang kerajaan lakukan
dan menyokongnya membuta tuli. Itulah bezanya antara blogger prokerajaan dengan
blogger propembangkang.
Mengapakah blogger enggan identitinya diketahui? Adakah
kerana artikel atau diri individu itu sendiri?
NOTA
MERAH :: Blog tanpa identiti ini mungkin disebabkan
mereka ini mahu memelihara keikhlasan mereka dalam berdakwah menerusi blog.
Budaya ini memang wujud dalam orbit penulisan blog proPas, contohnya gelaran
Penarik Beca, digunakan sebagai simbol perjuangan rakyat yang ikhlas dan
bukannya populariti semata-mata. Blog tanpa identiti ini mungkin disebabkan
penulis blog itu masih tidak ada nama atau tidak masyhur.
Maka, blogger tersebut bersandar pada suatu
identiti lain yang masyhur. Sebagai contoh, usaha beberapa blogger proUMNO
membangunkan sesawang Anwar Ibrahim Dot Com yang menumpang pada populariti
Datuk Seri Anwar Ibrahim demi membunuh karakter Ketua Pembangkang itu serta PR
yang dipimpinnya.
PAPA
GOMO :: Ini adalah satu soalan yangpaling menarik.
Kenapa ada blogger tidak mendedahkan identiti? Untuk makluman isu yang dibawa
oleh kami adalah isu isu yang panas dan pastinya isu tersebut boleh
mendatangkan masalah kepada yang terlibat dalam artikel kami. Atas faktor
keselamatan diri dan keluarga maka profil diri kami tidak didedahkan.
Sebagi contoh isu ADUN yang dibongkar kumpulan
Nadi Rakyat yang mana akhirnya Azmy Awang Kelana mendapat ugutan bunuh agar
tidak memainkan isu tersebut. Satu lagi perkara pokok yang menyebabkan kami
tidak menonjolkan diri adalah kerana kami bukan pemimpin ataupun ahli politik yang
mempunyai kepentingan dalam karier politik. Ada yang kenal dan ada yang tidak
namun matlamat kami tetap sama iaitu menangkis dakyah fitnah dan propaganda
pembangkang dan menjelaskan kepada rakyat akan kepincangan pembangkang.
Para blogger patut merahsiakan identiti, tetapi wajib jujur & bertanggung jawab diatas segala laporan & pendedahan,jika ada yang ingin menaja terima saja anggaplah sebagai rezeki selagi penaja tersebut tidak mengarahkan blogger yg dibayarnya membuat kerja2 jahat.
ReplyDelete