Oleh : HHalem.
1- Penganut-penganut Pas, tidak kira di
Malaysia atau di luar negara, cukup gah dan seronok semenjak dua menjak ini
selepas rusuhan Bersih 2.0. Apa penentangan yang di lancarkan, mereka tetap katakan ‘mereka telah berjaya’ dan tidak
pernah gagal. Bersih 2.0 yang sah gagal dan kecewa kerana tidak dapat
menghantar Memo kepada YDP Agong pada 9 July pun dikatakan ‘mereka telah berjaya’. Penghantaran pulang William Bourdon, peguam
Suaram, ke Perancis pun mereka katakan ‘mereka telah berjaya’
2- Bak kata, semuanya ‘mereka telah berjaya’ dan tiada yang gagal. Malah Mat Sabu yang terbukti
menipu pun dikatakan mereka telah berjaya juga.
3- Ajaran berjaya dan tidak pernah gagal ini
diajar dan ditiru oleh anak-anak mereka di luar negara, apabila penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa
di Mesir dikatakan berjaya mencatit sejarah.
4- Gerakan
Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), membuat tuduhan bahawa sejarah
pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia
(JPMK) di Mesir. Malah mereka turut mencemar dan mengaibkan beberapa nama
individu dengan tuduhan melulu.
"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah
seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan
pihak mereka”
"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang
merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa
yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,”
"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan
mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,”
5- Apa hak mahasiswa yang ada untuk di cabul?
Belajar dan makan minum pun dengan duit mak bapak dan duit kerajaan, apa yang
mereka ada untuk dicabuli?
6- Tidak sedar kah diri mereka bahawa jika terjadi apa-apa
musibat di Mesir dan Arab Saudi, maka orang yang dituduh mencabul itu lah
pertama sekali mereka akan berlari-lari meminta bantuan, perlindongan dan pertolongan? Menangis dan
melutut-lutut minta ampun untuk diberi pertolongan. Ini kah yang dikatakan
kebebasan bersuara? Maka lebih baik anak-anak muda berfikir dua kali sebelum
menyesal.
7- Adakah ini ajaran mak bapak mereka di
Malaysia. Tanyalah ibu bapak yang pernah menjadi pelajar ditahun-tahun 70an,
80an dan 90an yang pernah memberontak, dimana seluruh
manusia dan dunia disekeliling mereka semuanya salah dan tidak kena, malah
mereka sahaja lah yang betul di dunia ini. Apa
kesudahan nya hidup mereka? Pulang ke pangkal jalan?
8- Ingat kah kita kepada 6 pelajar yang telah
di cabul oleh MB Azizan Kedah? Sehingga kini, setelah lebih 2 bulan, mereka
masih lagi dicabul oleh MB Azizan, lengkap dengan video dan gambar cabul di sini >
No comments:
Post a Comment