1- Rais Yatim yang di anggap pakar Perlembagaan
Persekutuan akhirnya membuka suara disaat akhir dimana rakyat meminta Ambiga
dilucut kerakyatan kerana menjadi penyebab mengator rusuhan Bersih pada 9 July.
2- Penjelasan beliau agak terlewat kerana Mesyuarat
Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Beruas, sebulat suara meluluskan usul
mengutuk dan mendesak Pengerusi ‘Bersih’, Ambiga yang menganjurkan perhimpunan
haram dilucutkan kerakyatan diatas sebab ;
a- menderhaka
kepada Yang di-Pertuan Agong,
b- menyusahkan
pasukan keselamatan,
c- memecahbelahkan
orang Melayu,
d- merugikan ekonomi
negara dan
e- menerima dana
asing.
3- Rais memberi penjelasan bahawa;
a- Undang-Undang
Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menghina atau mencaci
mencerca YDP Agong.
b- Kategori perlucutan kerakyatan ialah
kerakyatan jenis pendaftaran dan tidak terhadap kerakyatan melalui operasi
undang-undang. Membawa maksud bahawa mereka yang lahir
di Malaysia tidak boleh dibuang negeri walaupun menghina dan mencaci Agong atau
merancang menentang baginda.
c-
Mereka yang lahir di Malaysia tetapi memperoleh status kewarganegaraan negara
asing baru lah boleh dilucutkan kewarganegaraannya.
“Yang menjadi persoalan hari ini ialah penguatkuasaan
yang agak lemah dan teragak-agak. Perbuatan yang
menghina Agong adalah sama seperti menghina negara"
“Melucutkan kerakyatan hanya boleh dilakukan oleh Menteri
Dalam Negeri jika seseorang itu telah menunjukkan tidak lagi menumpahkan taat
setia kepada Malaysia,” Rais Yatim>
4- Jadi sebagai rumusannya, pihak KDN Hishamuddin
perlulah membukti bahawa Ambiga menghina atau mencaci mencerca Yang di-Pertuan
Agong untuk diambil tindakan Undang Kanun Keseksaan, tetapi tidak boleh dilucut
kerakyatan.
5- Untuk melucutkan kerakyatan Ambiga, KDN
perlu buktikan Ambiga telah memohon dan mendapat kerakyatan negara asing.
6- Dengan kata lain, Ambiga tetap bebas
berjalan-jalan di Tanah Melayu, setelah melakukan kerosakan yang tidak
terbilang terhadap semua pihak. Beliau masih lagi boleh memberi amaran dengan angkohnya kepada sesiapa yang mengganggu beliau.
kena tanya lak berapa ramai orang yg berkerja di singapura telah mempunyai dua kerakyatan.
ReplyDeleteMenteri KDN berani ker?sikit AMARAN skit2 AMARAN tp takde tindakan yang betul2 diambil stakat tahan jer tak guna..Nak tunggu BERSHIT 3 baru nak mula bertindak ker?sekiranya rakyat DIUTAMAKAN,menteri KDN perlu mendengar suara majoriti rakyat bukan takot kepada penderhaka negara
ReplyDeletemnteri kdn tu mcmm barua gangster je..tu yg kne tutop mulut..wallahuallam...
ReplyDelete