Oleh : HHalem
1- Wawancara khas AIDC di Parlimen dengan DS Zahrain Mohd Hashim apda 23 Jun 2011.
2- Beliau ditanya oleh Aidc apa yang di maksudkan bahawa Pkr sekarang dah hancur. DS Zahrain juga mengulas mengenai pemecatan 29 orang kuat PKR. Beliau juga mengulas mengenai Isu Kristain China Penang mahukan PM dari golongan orang Kristain.
Aidc: (Pkr) Hancur?
Dah
hancur. Saya bagitahu awal dulu, hujung tahun ini PKR akan hancur. Akan tutup
kedai.
Tapi
nampak sekarang ni, dok jadi. Satu..satu
Baru-baru
ni, Johnson Chong. Dia dipecat oleh parti. Pecat sebab mempersoalkan dan
bertanya. Johnson Chong banyak pengorbanannya untuk parti.
Aidc: Datuk kenal dia (Johnson) ?
Kenal.
Saya kenal dia. Dia terlibat dalam jentera parti masa pilihan raya, masa
ceramah, masa perjumpaan parti dengan rakyat dan sebagainya, dia turun padang.
Dia banyak kerja untuk parti.
Dia
pernah jadi Timbalan Setiausaha Agung pun.
Orang
seperti begini, tidak diendah dan terus dipecat daripada parti. Bermakna, apa
nak jadi kepada PKR ni?
Kalau
PKR hanya dikelilingi oleh pemimpin yang taksub kepada Anwar, yang anggap Anwar
idola yang terlalu hebat… PKR ni jadi ‘parti tokong’ lah. Parti idola, ‘parti
tokong.’
Jadi,
tak relevan. Dan kalau PKR tak relevan dan Pas pun kucar-kacir, yang akan
berkuasa ialah DAP. Jadi, ini akan berlaku.
Anwar,
dia tak kisah. Sebab dia.. DAP pun tahu, depa nak memerintah, depa perlu satu
Melayu yang boleh jadi kuda tunggangan.
Dan
hari ini, bukan Anwar yang berkuasa. Anwar hanya kuda tunggangan DAP untuk
berkuasa di negara kita.
Sebab
itu, isu-isu sensitif terhadap orang Melayu..orang Islam, diperkecilkan oleh
DAP.
Isu tentang Kristian, nak kata benda tu tak berlaku, memang
berlaku. Di mana mereka berdoa, berjanji dengan satu kumpulan yang meminta
Perdana Menteri Malaysia, (supaya) datang daripada kalangan orang Kristian.
Ini
main kurang ajar.
DAP
tak peduli. Dia menentang Melayu. Ini jelas. Dia tak boleh terima, Melayu
sebagai yang ada hak kepentingan di negara ini. Dia mendesak supaya semua kaum
sama.
Jadi,
kalau Anwar boleh tidak endahkan isu ini, sebab ketagihan nak jadi Perdana
Menteri, sanggup bekerja, bersengkokol dengan DAP, bagi saya, pengkhianat
bangsa lah.
No comments:
Post a Comment