Oleh : HHalem.
Anwar-Hadi-MatSabu-Ambiga cukup kecewa dengan apa yang terjadi di London. Di London kedai-kedai boleh di bakar, kenapa tidak di Malaysia.
Mereka sekarang merancang Bersih 3.0 dan akan kalahkan London Riot.
(London7.44am)
(KL02.44 pm) 09-08-2011:
Banyak perdebatan samaada polis patut
mengunakan Water Cannons untuk menandatangani perusuh. Samada tentera patut dipanggil atau tidak.
Home Secretary, Theresa May, dengan langsi dan aksi menyatakan;
“The way we police in Britain is not with water cannon.
The way we police in Britain is on the streets and with the communities”
Perusuh-perusuh di London akhirnya merebak
kebandar-bandar lain di United Kingdom. Seperti Nothingham, Birmingham,
Liverpool, Manchester. Kedai bangunan dibakar. Keenganan polis London
mengunakan meriam air ialah semata-mata menunjuk kepada dunia, yang mereka kritik sebelum ini, bahawa mereka tidak zalim seperti di Malaysia
dan di Timur Tengah. Biar semua kedai-kedai dibakar.
Anwar-Hadi-MatSabu-Ambiga cukup kecewa dengan apa yang terjadi di London. Di London kedai-kedai boleh di bakar, kenapa tidak di Malaysia.
Mereka sekarang merancang Bersih 3.0 dan akan kalahkan London Riot.
Update: 9.45am Rabu 10-08-11
Komen Pembaca Anon 09:13
“Ini adalah harga
yang perlu dibayar atas slogan hak asasi. Polis tidak boleh bertindak terhadap
perusuh kerana alasan tersebut. Akhirnya lihatlah apa yang terjadi. Perniagaan
dan aktiviti sosial dan ekonomi terhenti di tempat-tempat yang terlibat dengan rusuhan.
Bangunan dan kereta dibakar, kedai dipecah masuk dan dirompak. Pejalan kaki
disamun. Jika dibiarkan lagi pasti akhirnya ekonomi UK lumpuh.”
“Dunia sedang
ketawa menyaksikan pertunjukan hak asasi terbaik dari Britain. Sekarang bila
keadaan semakin parah barulah polis diarahkan turun padang. Malahan ada pihak
yang meminta tentera mengawal keadaan. Baca komen-komen di sini
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2024203/UK-riots-flare-Manchester-Birmingham-London-s-FOURTH-night-violence.html”
“Harap polis
Malaysia ambil ikhtibar dari rusuhan di UK ini. Jangan asyik bagi amaran
sahaja. Jangan bagi barua-barua di Malaysia ni naik tocang. Jangan takut dan
jangan pedulikan apa yang negara barat katakan bila kita bertindak mencegah
ikut cara kita sendiri.”
Lagi
gambar-gambar di sini oleh DailyMail >
Agama melarang penganutnya merusuh. Meskipun tidak berpuas hati terhadap sesuatu peristiwa tetapi reaksinya jangan lebih besar berbanding impak yang telah ditinggalkan oleh isu yang asal tadi.
ReplyDeleteJusteru, setiap anggota masyarakat harus diterapkan nilai-nilai murni/nilai-nilai agama yang betul agar setiap anggota menjadi pihak yang membina tetapi bukannya meruntuhkan.
Chinglot
Ini adalah harga yang perlu dibayar atas slogan hak asasi. Polis tidak boleh bertindak terhadap perusuh kerana alasan tersebut. Akhirnya lihatlah apa yang terjadi. Perniagaan dan aktiviti sosial dan ekonomi terhenti di tempat-tempat yang terlibat dengan rusuhan. Bangunan dan kereta dibakar, kedai dipecah masuk dan dirompak. Pejalan kaki disamun. Jika dibiarkan lagi pasti akhirnya ekonomi UK lumpuh. Dunia sedang ketawa menyaksikan pertunjukan hak asasi terbaik dari Britain. Sekarang bila keadaan semakin parah barulah polis diarahkan turun padang. Malahan ada pihak yang meminta tentera mengawal keadaan. Baca komen-komen di sini http://www.dailymail.co.uk/news/article-2024203/UK-riots-flare-Manchester-Birmingham-London-s-FOURTH-night-violence.html
ReplyDeleteHarap polis Malaysia ambil ikhtibar dari rusuhan di UK ini. Jangan asyik bagi amaran sahaja. Jangan bagi barua-barua di Malaysia ni naik tocang. Jangan takut dan jangan pedulikan apa yang negara barat katakan bila kita bertindak mencegah ikut cara kita sendiri.
PAKATAN HARAM heboh menyatakan Ratu Elizabeth turut menyokong BERSIH 2. dengan memakai baju kuning semasa menerima kunjungan DS Najib di London. Pada saya itu satu kebetulan. Tapi kalau benarlah apa yang diwar-warkan oleh PAKATAN HARAM. Inilah petunjuk dari ALLAH swt. Apa pula alasan lepas ni? Sememangnya PDRM dan ATM lebih bijak dalam menangani ancamam keselamatan dan ketenteraman awam. Selepas ini satu persatu negara eropah akan huru-hara seperti apa yg berlaku di London setelah penyakit yg sama berlaku di negara2 arab sejak beberapa bulan yang lalu.
ReplyDeleteHak asasi manusia ciptaan kita,
ReplyDeleteHak asasi Allah dan Agama dalah hak yang selayaknya
Yang sokong berSHIT tu jom le turun london, takde polis sana bagi makan free lepas buat havoc.btw respect rioters looters in london....kena hantam teruk teruk tapi takde lagi yg naik wheechail atau pakai neck brace....
ReplyDeletebritain dengan bangganya mengepalai menyokong dan mengiktiraf kerajaan pemberontak yg menentang gadafi di libya......
ReplyDeleteso sekarang....rakyat sendiri memberontak....
kuasa Allah....
KITA DI MALAYSIA MASIH RAMAI YANG WARAS.....
ReplyDeleteCUMA SEGELINTIR YANG MASIH BERDEGIL DAN TAK PANDAI MENGHARGAI KEAMANAN....
nak jadi pencacai....roSakkan negara sendiri...
ReplyDeleteHIDUP DI SINI SUDAH CUKUP HARMONI.....
bersihkan sungai dan longkang ...kalau SUKA ...
SANGAT BERSIH......
Salam Tuan Hhalem,
ReplyDeleteMohon sedikit ruang untuk berbicara disini.
1. Apa yang berlaku di Britain buat ketika ini merupakan satu mimpi manis yang di idamkan oleh Anugerah Tuhan - Anuwar. Saat yang dinantikan. Fakta asas akan di putar belitkan. Di goreng segaring-garingnya. Di rebus seempuk-empuknya.
Jika ini yang seumpamanya berlaku disini, maka perjalanan ke Putrajaya lebih memudahkan kepada puak Pakatan Haram yang akan di gendang raya oleh Anuwar Ibrahim.
Andaikata riot seperti ini berlaku dengan BERSIH 3.0 yang sedang dalam fikiran jumud Anugerah Tuhan - Anuwar maka beberapa perkara akan menguntungkan beliau.
Berlakunya huru-hara dalam negara dengan rusuhan kaum serta kacau bilau pasti akan menyebabkan suasana ekonomi menjadi muram.
Ini merupakan saat terbaik untuk Anuwar memasukan jarum-jarum halus seolah-olah negara dalam bahaya dan memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber untuk menyatukan semua bangsa secara aman.
Riot tunjuk perasaan sebegini akan dirancang dengan teliti di seluruh negara dengan hanya mengapi-apikan sentimen perkauman, ugama dan ekonomi.
Inilah keistimewaan Anuwar. Mampu mengalih pandangan , membuat tomahan, fitnah jijik serta disambut dengan ulam-ulam fitnah enak dari AMK, Dapig serta golongan PAS.
Pada hari Riot BERSIH 3.0 nanti, kemungkinan besar kita akan dapat melihat Aksi aksi Lakonan Bodoh, mati hilang, pengsan, terjun bangunan dan berbagai lagi juadah yang rakyat negara ini akan di kaburi.
2. Apa yang menghairankan sehingga kini mengapa tiada yang di tahan untuk soal siasat Bersih 2.0 ? Hari ini sudah masuk hari yang ke 30 sejak berlaku Bersih 2.0.
Sehingga hari ini tiada Akta ke yang membolehkan mereka ini semua di tahan?
3. Demonstrasi Jalanan yang di adalak di Thailand, Indonesia, Mesir, Filipina dan Britain - tidak membawa kepada kebaikan seperti yang di impikan.
Semakin majukah negara negara di Asia selepas reformasi jalanan ini?
Jangkitan kuman busuk ini hanya dari seorang yang memulakannya yang masih bernyawa iaitu Anuwar - kepala putar belit.
Pertumpahan darah, kerosakan harta benda, tercalarnya imej negara serta para pelabur akan menjauhkan diri dengan negara tersebut.
Dengan segala infrastruktur yang telah siap sedia di negara untuk memakmurkan rakyat jelata.
4. Tidak lama lagi akan terbitlah komen-komen pelbagai yang akan mencerminkan kebodohan Pakatan Haram. Demi semata-mata mahu menghalalkan demokrasi terpimpin melalui Demonstrasi Haram oleh BERSIH pertubuhan Haram yang tidak berdaftar.
5. Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa kerosakan harta benda, buang masa dan kerja yang sia-sia adalah mengikut fahaman politik yang berorientasikan kepada seorang yang mahu menjadi Perdana Menteri.
Dia akan hanya bersuara apabila terdapat ruang untuknya mendapat "credit mata ". Jikalau 50-50, maka dia akan spin dan putar agar menyebelahi dia.
6. Makan pun tidak boleh sebarang makan. Cakap pun tidak boleh sebarang cakap. Demokrasi pun tidak boleh sebarang demokrasi.
Jikalau makan boleh sebarang makan, maka makanlah batu. Jikalau cakap pun boleh sebarang cakap, maka cakaplah perkara rasis yang menyebabkan pergolakan kaum.
Jikalau himpunan Haram dilaungkan atas nama Demokrasi, bagaimana pula dengan yang tidak sokong terhadap demonstrasi jalalan kerana menganggu perjalanan kehidupan orang yang lain?
Hanya golongan yang tersesat larat sahaja akan mempercayai bahawa Bersih 3.0 itu adalah hak batil serta jalan yang terbaik untuk menyuarakan apa itu demokrasi melalyu gaya Anuwar.
ARK2
Cukup Baik Tuan ARK2:-)
ReplyDelete