Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

28/09/2011

GILA Hapus Quota 30%: Najib Merepek, Cari Pasal Dan Penyakit Sebelum PRU13.


Oleh: HHalem.

Blunder Terkini Najib Yang Akan Menjatuhkan Umno-BN.

Penghapusan Quota 30% Bumiputra

1- Jika betul terjadi seperti yang di uar-uarkan ini, maka DS Najib sedang mencari penyakit dan membuat pasal sebelum PRU13.

Seperti ISA 1960, dimana kita dipaksa menerima keputusan Najib, tetapi naib baik telah disediakan alternatif dengan 2 akta terbaru sebagai penganti. Akta terbaru itu pun belum pasti lagi keberkesanannya dan dapat membendung penghuru-hara negara.

Adakah penghapusan quota 30% Bumi kelak, entah bila tarikh berkuatkuasanya, akan digantikan dengan sistem bantuan sokongan yang lebih baik. Setakat ini memang tidak nampak jalan dan DS Najib tidak mendapat sokongan 100% dari penulis kerdil ini.

Apa kah yang lebih baik dari 30 % quota Bumi?

2- DEB yang didasarkan oleh Tun Razak dan dilaksanakan besar-besaran oleh PM di zaman Tun Dr Mahathir.

Setelah melalui zaman perlaksanaan Tun Mahathir, maka pada zaman Najib ia sepatutnya dilakukan pembaikpulihan dan perkembangan berterusan (continual improvement)  sistem kuota 30%.

Jika ia dikatakan oleh Najib sebagai "tidak membawa apa-apa makna" dan menyekat perkembangan usahawan bumiputra, maka segala usaha hendaklah kearah pembaikpulihan dan pengkuatkuasan sistem yang longgar sekarang dan bukan penghapusannya sama sekali. Najib silap perhitungan kali ini.

Tidak boleh kah, segala cadangan-cadangan Najib digabungkan dengan sistem kouta 30% sekarang sebagai improvement, bukan hapuskan langsung. 




3- Lihat alasan-alasan yang diberikan oleh Najib ketika sesi soal-jawab di Forum Megatrends Khazanah 2011.

Najib berusaha mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota 30% Bumiputra yang dikatakan tidak berkesan.

a- Najib berkata Kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang”

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka,"

b- Najib berkata penetapan kuota 30%  "tidak membawa apa-apa makna".

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka),"

Langkah afirmatif pilihan sebagai ganti kuota 30%

3- Najib maklumkan Kerajaan akan mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.

"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju,"

TERAJU ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Dengan menyokong "bumiputera bijak", Najib berharap ia akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat, juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.

Sekali lagi Najib cukup phobia dengan orang-orang China dan segala yang dilakukan semata-mata untuk mengembirakan kaum asal pendatang ini. Najib cukup celaka didalam hal ini.

Najib mahu merombak norma budaya masyarakat iaitu budaya "mengenali seseorang” (know who)  ditukar kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

4- Meritokrasi.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi”

"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang,"

5- Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada rakyat.

6- Harus diingat bahawa PAS dan PKR akan mengambil peluang kesilapan Najib ini dan meraih undi ahli-ahli Umno-BN yang tidak puashati dengan tindakan terkini Najib.

"Harapan Hancur Lulur Berkecai, Berderai"
Comments / Pandangan Melalui Facebook

14 comments:

  1. najib mencari nahas. meritokrasi melayu di kawasan luar bandar boleh bersain dengan di bandarsedangkan 60 peratus melayu tinggal di luar bandar atu di kampung. rangkaian perniagaan retail sudah bertahun di monopoli oleh cina - bolehkah melayu bersaing.? bahan binaan hampir 90 peatus di kontorl oleh cina sedangkan tender kerajaan mengambil terendah bolehkah kontraktor melayu mendapat harga belian rendah dari pembekal cina? cuma najib yang boleh jawab apabila dia menjadi ketua pembankang di parlimen!

    ReplyDelete
  2. HH,
    Kawan sokong hapus kuota 30% TETAPI hendaklah ditukar kepada berasaskan nisbah. Kalau Melayu ada 50% maka haknya 50% dan begitulah seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Tuan TIS;-)

    Cukup baik cadangan Tuan.

    Melayu Bumi skrng 64%, maka kita dapat 64%.

    Negeri kita sendiri, kita cuma ambik 30%, cukup x masuk akal.

    ReplyDelete
  4. salam bro, TerimaKasih kerana SEGERA menyatakan kebimbangan, saya ingat nak kena ditiup angin cina selatan ketengah laut .....

    Kita kena fikir secara praktikal dan realistik untuk langkah seterusnya .... sekadar yang kita mampu...

    ReplyDelete
  5. Power saya satu undi.najib nak buat apa buatlah,,,pru 13 dah dekat dah!!! 1 undi 1 Malaysia tumbang

    ReplyDelete
  6. njib nie nyanyok ker?? oh si bibir merah, kata2mu sgt manis di hadapan khalayak, tau x bau najis akan membontoti kamu sehingga mati, khianat perjuangn melayu, ko berpaling tadah.. ape fungsi PM dpd UMNO ?? P.M = pengkhianat melayu.. aku da frust giler dgn PM kite ni.. ape lg hak2 melayu yg nk dihapuskn atas dasar keadilan ala PKR ??????????????

    ReplyDelete
  7. Lt Kdr (B) Kasim bin Awang28/09/2011, 08:45

    Najib perlu diganti dengan orang lain sebelum nasi menjadi bubur. PERKASA perlu didaftarkan sebagai parti politik. Semua orang Melayu perlu undi PERKASA dankita kena pastikan wakil PERKASA perlu lebih ramai di dewan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Sesuai dengan orang melayu yang tak tahu berterima kasih. mungkin dengan langkah ini akan menyedarkan bangsa melayu bahawa selama ini kerajaan sudah memberi berbagai bantuan dan menjadikan orang melayu tidak sedar diri.

    ReplyDelete
  9. Perkasa x tubuh parti politik xpe, tapi brahim ali kena tubuh BARISAN ALTERNATIF, calonkan semua calon2 melayu totok yang sayang agama dan bangsa, sementara calon bukan melayu, ambik dari calon bebas yang jujur dan telus.

    ReplyDelete
  10. Najib boleh berambus dari keturunan Melayu pasnie

    ReplyDelete
  11. Setuju dengan Tuan Komander, N401995 :-)

    ReplyDelete
  12. Tumpang Sekaki29/09/2011, 01:48

    Saya dapat tahu perkara ini dah lama, dari kawan2 yg bekerja dlm industri kewangan dan terlibat dlm sesi perbincangan dgn DS Najib sendiri.

    Dari logik akalnya, idea DS Najib ada baik dan benarnya, tapi disegi realitinya nak bersaing macam mana kalau terpaksa bersaing 'atas padang yg tidak rata'?

    Cuba bagi contoh dalam bidang atau industri apa yg Melayu ada rangkaian2 yg berkesan yg boleh bantu membantu antara satu dgn yg lain dan bersaing secara sihat dgn bukan Melayu? Semuanya tiada, kerana dari segi ekonomi segala2nya telah dimonopoli oleh bukan Melayu terutamanya bangsa Cina.

    Paling tidak kuota 30% ini jika diteruskan akan dapat juga mempertahankan equiti bumiputera dlm ekonomi, walau pun tidak mencapai tujuan seperti yg diharapkan, tapi menolong menempatkan jumlah orang Melayu dlm satu2 sektor ekonomi walaupun dlm sesetengah bidang pencapaian bumiputera sememangnya tidak langsung dapat dibanggakan.

    Dlm bidang pekerjaan sektor swasta pula umpamanya, dgn quota 30% inilah pekerja2 Melayu banyak yg ditindas - dibebankan dgn kerja, diberi gaji yg minima, bonus sekadar ambil nama; sedangkan pekerja bukan Melayu dilayan sebaliknya; supaya yg Melayu ini akhirnya tidak puas hati dan dgn sendirinya 'angkat kaki'. Bayangkan jika sistem kuota sudah tidak ada lagi.

    Apa2 pun yg jadi PM dan punya kata pemutus adalah DS Najib, kalau dia rasa ini menguntungkan bangsanya, kita lihat sajalah hasilnya bila penghapusan kuota ini dikuat-kuasakan nanti.

    ReplyDelete
  13. Najib sama macam Pak Lah, suka pendekatan populis, nak popular dalam politik tapi berkecamuk dalam realiti. Najib perlu mengambil iktibar beberapa negara yang sekarang ini diambang muflis kerana tindakan populis ini. Greece, Ireland, Portugal dan bebarapa negara lain sedang keadaan bergelut untuk elakkan negara mereka dari muflis dan 'dilelong' oleh IMF atau Bank Dunia.

    Pada hemat saya pemansuhan kuota 30% untuk bumiputera adalah tidak munasabah dalam keadaan sosial di negara ini. Di mana-mana negara pun, penduduk majoriti atau peribumi mendapat keistimewaan tertentu, kalau lihat di Thailand, penduduk bangsa Thai diberikan bantuan untuk tinggal di Selatan Thailand untuk memudahkan asimilasi, begitu juga di Filipina bila penduduk Kristian dari Luzon berhijrah beramai-ramai dengan sokongan kerajaan Filipina ke Mindanao hingga kini di kebanyak kawasan di Mindanao, orang Islam telah menjadi minoriti bukan majoriti seperti sebelumnya. Di China pun sama, orang-orang Han digalakkan dan diberi macam-macam peluang untuk meneroka dan menetap di kawasan orang Mongolia, Tibet, atau Kawasan Sinkiang, ini adalah lumrah di mana penduduk peribumi atau majoriti mendapat keistimewaan tertentu.

    Najib jangan kemaruk sangat nak kejar undi Cina kerana berdasarkan perkembangan semasa, kalau dilonggokkan emas, intan berlian kepada setiap penduduk Cina sekali pun, mereka nampaknya akan menyokong DAP daripada Barisan Nasional. Patutnya MCA dan Gerakan perlu disergah supaya kerja kuat, bukannya UMNO pula yang bersusah payah untuk MCA dan Gerakan sedangkan kedua-duar parti itu goyang kaki sambil sibuk nak perkuatkan diri dalam parti masing-masing. UMNO jangan jadi macam PAS, ibarat anjing suruhan saja, MCA dan Gerakan rileks saja, sebabnya UMNO yang lebih-lebih nak bantu MCA dan Gerakan sedangkan sokongan bumiputera pada UMNO mungkin boleh terjejas kerana UMNO ibarat sibuk menyusukan kera di hutan tapi membiarkan anak di rumah kebuluran.

    Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon patutnya berhempas pulas nak kembalikan sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan Gerakan, tapi mereka dua itu goyang kaki saja, sebabnya Najib dan jadi balaci kepada Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon, semua benda Najib yang buat untuk dapatkan kembali sokongan Cina supaya sokong MCA dan Gerakan, apa kejadahnya Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon jadi Presiden MCA dan Gerakan? Lebih baik mereka berdua letak jawatan dan balik rumah tidur sajalah, kalau tak reti buat kerja, apa sibuk-sibuk nak rebut jawatan? Lebih baik tidur sajalah sambil tunggu masa nak mampus.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive