Oleh: HHalem.
Dr Sun Zhengcai
Setiausaha Agung, Parti Komunis China of Jilin Province,
1- Pas dan Mat Sabu Komunis telah hilang arah dan menyerbu TS Muhyiddin Yassin dan mempertikaikan kehadiran Muhyiddin menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung, Parti Komunis China of Jilin Province, Sun Zhengcai di sebuah hotel. Setelah tersilap langkah angkara Mat Sabu yang mengagungkan komunis, mereka cuba menuduh Umno pula sebenarnya yang mengagungkan komunis.
2- Pas cukup kurang akal kerana tidak dapat membezakan diantara menyanjung komunis yang mengangkat senjata untuk menjatuhkan pemerintah Sultan dan Raja-raja Melayu dan perbezaan berkawan untuk berdagang, ekonomi dan pembangunan rakyat. Umno bukan menyanjung idealogi komunis seperti Mat Sabu yang bersimpati dan menyokong perjuangan Komunis. Ideologi Dap Komunis memang sah telah menyerap masuk kedalam kepala Mat Sabu.
3- Mengenai isu ini, ingin diingat kepada penganut Pas, melalui kata ungkapan yang cukup sinonim dengan negeri China iaitu;
‘Tuntutlah ilmu sempai ke Negeri China’.
Tidak kah penganut Pas pernah dengar ungkapan di atas?
Jika diminta tuntut ilmu sampai ke China, apa kah maksudnya?
Berfikir lah wahai sahabat-sahabat Pas yang telah keliru dengan Mat Sabu.
Buang lah Mat Sabu dengan segera sebelum PRU 13, jika anda semua waras.
Bagi Umno pula, kehadiran Mat Sabu adalah satu rahmat dan hikmah kerana jahanam yang beliau lakukan amat serious dan mendatangkan manafaat baik sebelum PRU 13 nanti.
4- Ikuti pandangan TS Muhyiddin seperti berikut;
“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan”
“Hubungan antarabangsa adalah normal bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan dengan China kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak mereka, urusan negara mereka "
“Tiada apa-apa kaitan dengan isu Mat Sabu. Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman ” - Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran dan TPM.
5- Kecetekan pandangan Pas ini mungkin diterjemahankan kepada dasar negara jika mereka memerintah. Jika ini dijadikan dasar negara, maka habislah rakan perdagangan negara didunia ini. Mereka akan takut untuk berdagangan dengan Pas sebagai pemerintah. Satu lagi jahanam yang dibuat dengan cetek ilmu orang Pas.
6- Bukan itu sahaja, Anwar yang kehulu ke hilir dunia berjumpa Yahudi dan Komunis dan Amerika akan turut bimbang dengan Pas.
7- Lebih-lebih lagi rakan karib Pas iaitu Dap yang memang telah komunis akan turut garu kepala dengan dasar Pas dan kecetekan ilmu mereka.
Untuk penganut Pas yang cetek fikiran tahukah anda bahawa Empangan Mengkuang Bukit Mertajam akan dibina oleh China International Water and Electric Corp (M) Sdn Bhd yang berasal dari Beijing. Ia bernilai RM1.2 billion.
Minta lah Lim Guan Eng halang projek tersebut supaya Kerajaan Pusat senang buat keputusan dan berkata bahawa Pas dan Dap menolak pembangunan dan membiar rakyat Penang mati kedahagaan. Alasannya ialah Pas tolak Parti Komunis China.
Salam Tuan ...
ReplyDeleteDepa ni reti ker makna hubungan diplomatik ... bila kita jalin hubungan diplomatik ... mesti ada protokol ... janji protokol tidak bercanggah dgn syariah ... makan bersama dgn SU Agung China demi menghormati hubungan dua negara ... sama juga kita dgn Iran ... walaupun kita tidak recognize Syiah sebagai ajaran sebenar ... namun bila pemimpin depa datang ... kena sambut dgn protokol ...
Ambo nak bagi satu cerita pasal Perang Salib ... masa sengit berperang ... Salahuddin Al Ayubi dgn serta merta minta askarnya menghantar seekor kuda perang kpd King Richard apa melihat Richard jatuh dari kudanya ... ee just need to show a good example ...
Tuan Singh:-)
ReplyDeleteDid Salehuddin really do that?
How come they didn't show that part on TV.
Likewise, depa ni aspect kita putus hubungan diplomatik dgn Arab Saud, hanya kita x sokong Wahabi.
Putus hubungan dgn Parsi hanya kita tak sokong Syaiah.
Putus hubungan dgn those damn Uncle Sam kerana depa serang TimurTengah.
Depa ni Pas langsung x reti apa-apa.
kalau mat sabu jadi menteri luar/TPM macam mana lah kena gelak dari pemimpin negara lain.
ReplyDeleteSelama ini orang ramai, terutama Ahli2 Pas sendiri tidak tahu kebodohan sebenar para pemimpin Pas ini kerana diselindungi kepetahan mereka bercakap, lebih2 lagi ketika berceramah memaki & menfitnah, membuatkan sipendengar menjadi asyik, membenarkan saja apa yang dikatakan mereka.
ReplyDeleteTetapi sekarang, Alhamdulillah setelah Angau pemimpin mereka semakin membuak-buak untuk kePutrajaya, demi mengejar sokongan, mereka telah menyerlahkan lagi kebodohan mereka dengan membangkitkan Isu2 yang x lojik yang budak2 sekolah menengah Rendah pun ketawa apabila mendengar ucapan & saranan mereka, jadi mcm mana hendak memerintah Malaysia dizaman yang canggih manggih ini, jikalau pemikiran mereka macam orang zaman batu, jika mereka memerintah juga, dunia pasti akan terkejut besar, bila diketahui pemimpin Malaysia bercakap & bertindak macam orang dungu serta gila.
awat larr jadi lagu tu.....
ReplyDeletebile PM jumpa Pope kat tempat bukan gereja atas 'urusan' negara...dikatanya nak 'tukaq' agama.....tapi bila JAIS buat pemeriksaan kat 'gereja' terhadap org2 Islam yang berada di sana pada bulan pose....untuk berbuka pose....bersama dengan aktiviti agama berkenaan....dikatakan JAIS tidak bertindak secara 'bijaksana' hanya menjadi 'alat' UMNO untuk 'politiking'....dan seterusnyer kluaq lah hujah 'agama PAS' bahawa...dana itu 'halal'....dan pemberi 'dana' itu seharusnya diberikan 'pujian'....dan tak cukup dengan itu dikatakan plak pusat Zakat tak 'effektif'...tak 'amanah'...bla bla bla....(walhal berapa punyer ramai org susah tetap imannya.....dan berapa punyer ramai yang idup nyer senang tp 'murtad'...dan berpotensi songsang akidah nyer...bla bla bla....)
baguih nyer 'agama PAS' ni....di 'juai' nama Islam lepaih tu...teruih 'merapu'...'meraban'...pertahankan ahli2 'assabiyyah' depa yang lain.....tapi secara konsisten pecahbelahkan perpaduan ummah...
mmg kerajaan pemerintah yg ditunjangi UMNO ni sejak zaman sebelum merdeka lagi gunakan pendekatan 'bil hikmah'....'diplomasi' bile perlu....dll...apatah lagi bile melibatkan ekonomi...dll...tapi bila berhadapan dengan musuh nyata dan jelas...tak pernah plak depa tak vokal...atau tak berprinsip dalam mempertahankan akidah...serta membantu negara sahabat seperti Palestin...Somalia...dll
depa ni da larrr 'giler talak'....'bacul'....'kemaruk kuasa'.....'sesat dan nyesatkan'...bla bla bla....la ni nak tambah2kan lagi 'merepek'...'bangang'...bla bla bla...
gilerrrr biolll!