Oleh: HHalem.
Masuk 1.7 juta.
Pemegang Saham 300 ribu.
Pulang Bank 1 juta.
Untung 400 ribu.
Dakwaan bahawa filem Bukit kepong sebagai sebuah filem mengikut acuan UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden Pas , Mohammad Sabu disanggah sepenuhnya oleh pengarah filem tersebut, Tan Sri Jins Shamsuddin.
Sebaliknya menurut Tan Sri Jins Shamsuddin kajian menyeluruh dilakukan dalam menerbitkan Filem Bukit Kepong itu termasuk mendapat bantuan penduduk kampung, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera selain pihak Polis.
"Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia ada juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat filem ini terlalu mahal”
"Saya telah membuat penyelidikan rapi termasuk menemubual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis," katanya secara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.
Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.”
"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis," tambahnya lagi.
Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara serta penyelidikan bukan secara suka-suka hati.
Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.
Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.
"Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.
"Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya lagi.
-MediaUMNO
Mat Sabu jeles sebab Tan Sri tak nak buak kesah dia ditangkap khalwat di bilik 121. tu yang dia marah tu
ReplyDeletekita hormati sejarah bukit kepong versi Jins tapi sejarah juga adalah subjektif dan berbeza mengikut perspektif masing2.apa yg diutarakan oleh Mat Sabu adalah soal Mat Indera samada ia pejuang atau pengkhianat dan bukan soal komunis.semua sudah sedia maklum bahawa komunis itu kejam.tak timbul soal sokong komunis atau tidak...kita bersimpati dgn balu polis yg terbunuh dlm peristiwa tersebut tapi dlm masa yg sama kita mahu sejarah yg jujur dari pandangan semua pihak.Selama ini sejarah yg diperolehi ditulis oleh british utk kepentingannya..salam..
ReplyDeleteTuan 22:56:-)
ReplyDeleteCerita penglibatan Mat Indera dgn Komunis Rejimen 10 tercatit banyak didalam sejarah. Tuan boleh cari didalam net tulisan Mat Amin yg memang komunis yg masih hidup.
Pada 21 May 1949, satu temasya diadakan di Kem Kerdau, Pahang di mana Chong Chin Nam @ Haji Hashim mengumumkan penubuhan Rejimen ke 10.
Tuan,
Kemudian Tuan kena tahu pada 2 Disember 1989 di Lee Gardens Hotel, Hadyai, komunis letak senjata. Cina Malaysia 402 orang, Melayu Malaysia 77 orang
7 Tuntutan utama Komunis di Hadyai sebiji macamana Mat Sabu tuntut sekarang.
Tuntutan in dicatit oleh Major General Kitty Ratanajaya, dari pihak Thailand, bukan kita reka-reka sendiri, Tuan.
Tuan,
Pabila berbincang mengenai Mat Indera, kita tidak boleh lari dari cerita komunis keseluruhan, kerana Mat Sabu yg mulakan. Mat Indera secara langsung aktif terlibat dgn PKM Rejimen 10.
Sokong Mat Indera bermakna sokong komunis pengkhianat keseluruhan. Mat Sabu (PAS) sokong pengkhianat bermakna Mat Sabu pengkhianat. Siapa yg sokong Mat Sabu pengkhianat bermakna mereka juga pengkhianat.
Maaf cakap Tuan, jika Tuan sokong Mat Sabu yg sokong Mat Indera pengkhianat, bermakna Tuan juga pengkhianat. Saya harap tidak begitu, Tuan.
Malah Mat Sabu mengangkat Chin Peng sebagai hero dlm ucapan terkini beliau, tetapi entah kenapa bloggers tidak pick-up dn highlight. Cuma 1 blogger sahaja yg perasan & ulas.
Terang-terang Mat Sabu sokong Mat Indera pengkhianat, jikalau tidak beliau tidak akan timbulkan isu ini, Tuan.
Jadi tak timbul lagi Mat Indera sebagai pejuang.
TQ Tuan.