Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

11/09/2011

Sebelum 31 Ogos 1957: Kenapa Polis Bukan ‘Pegawai British’


Oleh : HHalem.
Langkawi Sky Bridge - Video Di Bawah Sekali


Majlis Profesor Negara (MPN)

MPN berkata pegawai kerajaan, termasuk polis dan tentera Melayu yang bertugas sebelum kemerdekaan, bukan pegawai British dan tidak boleh dikatakan berkhidmat untuk Ratu England.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN, Profesor Dr Zainal Kling berkata, polis dan tentera British hanya merujuk kepada anggota pasukan itu yang dibawa masuk dari luar dan mempunyai kewarganegaraan Britain sahaja.
British Coldstream Guard

Ini ekoran status British yang masuk ke Tanah Melayu bukan sebagai penjajah tetapi sebagai penaung kepada negeri dan pemerintahan Raja Melayu yang kekal sehingga sekarang.

"Jadi semua pegawai yang diambil pada zaman itu sampai sekarang adalah pegawai negeri Melayu yang dibayar gaji oleh negeri Melayu dan dikatakan pegawai negeri Melayu”

"Maka semua polis, tentera dan pemimpin politik kita, pada masa itu adalah pegawai negeri Melayu,"

Sehubungan itu, Zainal berpendapat pegawai polis yang berkhidmat di Johor termasuk ketika peristiwa Bukit Kepong adalah pegawai yang bekerja dengan kerajaan negeri itu.

"Oleh kerana kuasa polis kita adalah kuasa persekutuan, kuasa pemerintah adalah (bawah) pesuruhjaya tinggi British pada masa itu, jadi nak menuduh mereka itu pegawai British dan wajib dibunuh maka itu satu tafsiran yang salah, amat serong dan tidak betul,"

Zainal menjawab soalan sama ada pegawai polis yang berkhidmat untuk Ratu British sewaktu peristiwa Bukit Kepong yang berlangsung pada tahun 1950, adalah ‘polis British’.

Isu sejarah peristiwa Bukit Kepong hangat diperkatakan susulan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor mendakwa pejuang yang terlibat menyerang "polis British" sebagai wira termasuk Mat Indera.

Zainal juga berkata, dakwaan menyatakan dua pemimpin awal Umno Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah salah kerana "mereka adalah pemimpin negara".

MPN merupakan majlis bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan tahun lalu bagi memberi pandangan berhubung perkara berbangkit berkaitan sejarah. Ia dianggotai kira-kira 1,600 profesor daripada pelbagai institut pengajian di seluruh negara.

HHalem:
1- Video diatas, boleh diulang tayang berkali-kali, elok difahami secara halusi supaya kita dapat menjelaskan perkara sebenarnya kepada anak cucu kita berikutnya.

2- Dari video Zainal Kling diatas, tafsiran pegawai polis dan tentera dikatakan bukan lah pegawai British hanya berdasarkan ‘who the paymaster is’ iaitu ‘dibayar gaji oleh negeri Melayu’ dan bukannya dibayar direct dari London.

3- Apa pula tafsiran jika pegawai Bristish yang berada di Tanah Melayu tetapi dibayar dari pusat pemerintahan di Goa, India?

4- Yang lebih menarik lagi ialah ada penulisan (Buku Sejarah Tingkatan) menyatakan bahawa Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi diujudkan di Negeri Kedah oleh Penasihat British, George Maxwell, pada tahun 1910.

Kutipan hasil cukai ini digunakan untuk membayar gaji pentadbir Kedah dan juga gaji Maxwell berserta kakitangan beliau. Ia diuruskan oleh British.

Adakah Maxwell, rakyat British, ditafsir sebagai Pegawai British, tetapi disebabkan pembayaran gaji tersebut maka Maxwell ditafsir pula sebagai Pegawai Negeri Melayu kerana gaji beliau dibayar oleh duit cukai negeri Kedah?

Adakah Maxwell disandang jawatan atau dipinjamkan, dari seorang Pegawai British bertukar menjadi Pegawai Negeri Melayu?

5- Keliru bukan! Boring dengan sejarah !!
Biarkan pakar-pakar sejarah merungkaikannya.

Lain-lain video berkaitan di sini> dan di sini>

Jika keliru mari relax dan lihat Jambatan Lonjong di Langkawi.  

Langkawi Sky Bridge

Comments / Pandangan Melalui Facebook

6 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang11/09/2011, 12:25

    Salam buat tuan.

    Artikel tuan serta kupasan yang dibuat oleh Profesor Zainal berhubung pegawai polis yang berkidmat semasa zaman British telah mencerahkan kekalutan yang berlaku.

    Biarpun begitu bagi mereka yang tak dapat menerimanya apa jua alasan dan fakta yang diberikan tentunya dikuis ketepi kerana minda dan fahaman politik yang berbeza menyebabkan ukuran dibuat juga dengan acuan berbeza.

    Maka sampai bila-bila pun tidak akan sampai ke titik noktah yang terakhir. Dan inilah keretakan sesama Melayu yang hanya menanti pecah dan terbelah. Mungkinkah dibiarkan begitu ....seperti Si Luncai terjun dengan labunya....????? Walahualam.

    ReplyDelete
  2. Tuan "Pakcu Rantau Panjang":-)

    Sekali sekala Tuan datang menjengah.Terima kasih Tuan:-)

    Artikal saya, tidak lah seberapa untuk 'mencerahkan kekalutan yang berlaku'.

    Saya pernah baca di Buku Sejarah Sekolah Tingkatan 2, bab Maxwell ni. Minat saya kerana Maxwell juga mengujudkan PWD (JKR kini) di Aloq Setaq.

    Itu saja Tuan, tak lebih tak kurang. Minat saya terhadap sejarah Kedah cukup kuat, tapi belum sampai tahap 'ahli sejarah' lagi.

    'Rantau Panjang'?
    Rantau Panjang Kedah.?
    Rantau Panjang Perak?
    Rantau Panjang Pantai Timur?

    ReplyDelete
  3. relax bro.. hehe ini pendapat saya , skrg pun ada mcm tu, contohnya> byk pegawai jkr dipinjam ke kem pelajaran. Mereka berkhidmat utk KPM tp mereka adalah pegawai JKR.. hehe..

    Konsultan utk buat bangunan adalah pekerja sykt konsultan, bukan pekerja syarikat pembinaan walaupun dia pun ada di site & monitor development project. dan kontraktor kena mendengar nasihat konsultan.

    Gaji tu bkn isu pokok dijajah atau dinaungi, ia cuma penjelasan ttg operasi. Rakyat negeri melayu ketika itu, melimpahkan ketaatan pd raja2 melayu dan negeri melayu bersekutu atau negeri2 yg lain sama ada johor, kedah..bukan queen. utk contoh pegawai di goa tu, india adalah jajahan british dan ada gabenornya, dan pegawai india tu adalah pegawai british dipinjam ke tanah melayu.

    Saya sudah lama berpendapat ttg status tanah melayu adalah naungan, cuma ketika ini pendapat itu agak panas.. Dulu kalau org buat artikel dijajah lebih 400 tahun, sy anggap dia org melaka hehe

    Walau apa pun, naungan itu masih menunjukkan kita not capable to govern our own country,jadi kita perlu satu titik mula dgn memegang kuasa eksekutif ~ jouhar

    ReplyDelete
  4. Tuan Jouhar:-)

    Saya tengah relax ni Tuan:-) Tuan jangan risau.

    Tuan,
    Mamak Keling tu sebut ‘dibayar gaji oleh negeri Melayu’.
    Saya tumpang sekaki ulas sahaja Tuan:-)

    Tuan,
    Pertama sekali saya angap Tuan Perunding Jurutera Awam, oleh kerana Tuan cukup arif dengan JKR/KPM dan Konsultan:-)

    Apabila Tuan menyebut ‘kontraktor kena mendengar nasihat konsultan’, maka saya anggap Tuan tidak cukup popular dengan mana-mana kontraktor disebabkan mereka ‘terpaksa mendengar cakap Tuan’

    Relax Tuan,
    Konsultan bukan isunya disini Tuan:-)
    Isu sebenarnya ialah ‘naugan’

    Tuan,
    Saya setuju 500% dengan Tuan apabila Tuan menyebut ‘Tanah Melayu Bersekutu & Tanah Melayu Tak Bersekutu’ adalah ‘naugan British’

    Seperti Negeri Kedah dibawah ‘naugan Siam’.
    Apabila Negeri Kedah diserah kepada British oleh Siam dan terus jadikan ‘naugan British’. Maka British pun tak ganggu lah Siam kerana ia bersempadanan dengan Burma.

    Seperti Negara Islam Petani/Yala dibawah ‘naugan Siam’
    Kemudian apabila Bangkok gazeette jajahan taklok maka Negara Islam Petani/Yala terus menjadi sebahagian negara berdaulat Thailand, King Mata Guli.

    Tanah Melayu juga keseluruhannya hendak digazeette oleh British sebagai jajahan takluk seperti yang Siam lakukan terhadap Negara Islam Petani/Yala.

    Masa inilah kita sedar British mahu buat Malayan Union dan mahu buat pusing-pusing seperti Bangkok. Bangun lah jaguh-jaguh. Jika Tengku Rahman (depa kata Tengku Loman perut hijau, anak Manjalara) dan pendita-pendita kita tidak sedar, maka mungkin kita ‘dijajah’ kesemuanya.

    Tuan,
    Dan akhir sekali saya tidak setuju 500% apabila Tuan sebut, ‘naungan itu masih menunjukkan kita not capable to govern our own country’

    Selamat bercuti, Tuan Jouhar:-)
    Kedah hari ni keja, Selamat Pose 6.

    ReplyDelete
  5. hehe..saya maksudkan, naungan tu..mcm lah kita tak bole pegang kuasa eksekutif, bkn bermaksud kita tak bole perintah, sampai masa ( 1950an)tu utk kita memerintah sendiri...takpe yg penting,
    kita berdua patriotik krn tak suka bukan melayu memegang kuasa..

    Ada satu kes ~ pada 1874, Perak menyerahkan wilyah Pangkor (Dinding) kpd inggeris dan dimasukkan dlm negeri selat sbg jajahan british. Dan Sultan Iskandar telah berjaya menuntut kembali daerah Dinding itu kembali kepada kerajaan Perak pd tahun 1935 dgn membayar $86850/ bayaran utk pembangunan yg telah dibuat oleh british

    Itu peranan Sultan iskandar, sbg ketua kerajaan.. malangnya sultan kedah tak buat camtu utk tuntut Penang. Dan Sultan Iskandar Perak, membebaskan daerah Dinding tu dari dijajah British dan kembali dibawah kerajaannya.

    Selamat berpuasa Tuan moga tuan sentiasa dirahmati Allah :)

    ~ Jouhar

    ReplyDelete
  6. OK Tuan Jouhar:-)

    Haaa. Dinding! Chin Peng beranak diwilayah British. Chin Peng anak British, bukan anak Tanah Melayu. Anak British nak jadi anak Malaysia pulak.

    Kemudian 1935, Dinding jadi hak Sultan semula.
    Feninggg-lalat. Biaq pi kedia lah.

    Boleh sembang lanjut di bilik Baharanudin Ali, JKR.

    "Janji Jangan CHINA/INDIA Memandai-mandai di Tanah Melayu. "

    Selamat Tuan Jouhar.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive