Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
14/04/2012
01/10/2011
Dr Asri Tokoh Ikon Terhebat Menjadi PM. Hadi Awang Kena Tikam Kepala (Bukan Belakang).
Oleh: HHalem.
Tokoh Ikon Terhebat Masakini
1- Sempenan 60 tahun umor PAS dan perjalanan kehadapan masih gelap kerana tidak di terima masyarakat, maka Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menasihati pucuk pimpinan tertinggi PAS sebagai pembaikpulihan dan perkembangan berterusan supaya relevan dalam dunia politik tanahair.
Antara nasihat beliau seperti dipetik oleh MInsider> ialah;
“PAS perlu mewujudkan atau gilap seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS, kalau kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan”
“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy...HEBAT...bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri ”
“PAS mesti wujudkan tokoh ikon ini ini perlu untuk ke Putrajaya. PAS perlu wujudkan tokoh di kalangan PAS sendiri ”
- rujuk Nota 1
- rujuk Nota 1
Oleh itu, sebagai rumusan,
16/09/2011
15/09/2011
Video Panas: “Saya Mahu Tempeleng Mat Sabu, Hingus Belum Kering, Biadap dan Kurang Ajar. Kita Rebus Dia Hidup-Hidup”
Oleh: HHalem.
Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar:
“Mat Sabu..Celaka Punya Orang”
“Mat Sabu mari sini, saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar..kita rebus dia hidup-hidup, dan jangan perlekeh Islam dan Melayu ”
Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar membesar sebagai budak kampung yang hidup sengsara dalam era kekejaman Jepun dan komunis bintang tiga.
1- Mat Sabu telah betul-betul menyentuh perasaan dan menaikan berang seorang yang pernah menderita semasa era pendudukan Bintang Tiga dan Jepun di Tanah Melayu. Kegeraman Dr Kamarudin diluahkan beliau semasa ‘Forum Kemerdekaan’. Kata Kamarudin, Mat Sabu menghina pejuang kemerdekaan yang terkorban semasa menentang British, dan rakyat perlu menentang kenyataan yang dikeluarkan pemimpin nombor dua PAS itu.
“Saya minta semua menentang habis-habisan Mat Sabu, komunis bukan sahaja menyerang tapi mereka seksa, tebuk perut dan mahu kita iktiraf komunis”
“Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar..kita rebus dia hidup-hidup, dan jangan perlekeh Islam dan Melayu ”
“Sekiranya berlaku pertumpahan darah ekoran kenyataan kontroversi itu Mohamad dan PAS perlu bertanggungjawab” - Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar.
2- Selepas ini kita lihat bagaimana MInsider akan telepon Mat Sabu, cucuk-cucuk meminta Mat Sabu supaya memberi respond. Jika Mat Sabu memberi respond kepada kenyataan Dr Kamaruddin Kachar, maka akan bermula satu episode baru dimana sah dan terang ‘Keselamatan Negara’ akan terancam.
Panel Forum Kemerdekaan –
“Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan"
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia/ Pengerusi Majlis Perundingan Melayu/ Bekas Naib Canselor Universiti Selangor Unisel/Bekas Pengarah UiTM:
Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar.
Anak Pengasas Umno/
Adik Bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn:
Lt Jeneral (B) Dato' Jaafar Onn
Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman:
Datuk Zulkifli Abdul Rahman
Ahli Sejarahwan:
Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.
Labels:
Mat Sabu Komunis,
Melayu Di Hina,
Melayu Di Khianati,
Sejarah
Goblok Piang:- Pak Samad Main Api Dan Pertikai Bapa Kemerdekaan.
Oleh: HHalem.
1- Pak Samad tidak mahu ketinggalan didalam kemelut isu Komunis hero Malaya yang ditimbulkan oleh Mat Sabu Komunis. Kali ini giliran Pak Samad pula mempertikaikan gelaran Bapa Kemerdekaan yang diberi kepada Tunku Abdul Rahman.
Pembaca dinasihatkan menyerap kenyataan Pak Samad dengan hati-hati sebagai ilmu kerana Pak Samad cukup mahir memainkan sentimen membangkitkan semangat anak-anak muda untuk menentang kerajaan. Jangan mudah terpesong dengan Pak Samad kerana beliau dari zaman Ahmad Boestamam lagi telah menentang kerajaan. Hari ini beliau melakukannya sekali lagi setelah kecewa dengan penghidupan.
2- Sasterawan Negara, A.Samad Said ketika bercakap di forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.
"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."
"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."
3- Pak Samad pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya beliau bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".
4- Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa;
"British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah..Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," – Pak Samad dakwa Tunku bekerja dengan British.
Prof Dr Burhanuddin Helmy -
Yang Di Pertua Agong Pas -
Siap dengan Medal Antarabangsa Geneva.
PAS dulu lain. Sekarang lain.
SEGALA JASA-JASA DAHULU TELAH TERHAKIS.
PAS ADALAH PETUALANG NEGARA.
PAS ADALAH PETUALANG NEGARA.
SEMUA ANGKARA MAT SABU KOMUNIS.
5- Menurut Pak Samad, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Dr Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.
"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British,"
Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa;
"Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah”
6- Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan. Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.
"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."
"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."
"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.
7- Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan.
Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal.
Nah !!
Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal.
Nah !!
Dengan tersendirinya Pak Samad mengakui
pemimpin kita berjaya !!
Pak Samad bermain dengan api sekali lagi semenjak dari zaman Ahmad Boestamam lagi.
8- Jika Pak Samad hanya menganggap ‘pejuang kemerdekaan’ hanya lah orang ilmuan dan sastrawan, maka yang lain-lain nya di anggap penyambut kemerdekaan sahaja, maka Mat Indera Komunis juga tidak layak juga bergelar ‘pejuang merdeka’.
Sebenarnya masing-masing mempunyai bahagian didalam kemerdekaan, tetapi tidak dengan pertumpahan darah.
9- Pak Samad pun akui sendiri bahawa, ‘waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman’ untuk mewakili semua rakyat Tanah Melayu untuk mendapat kemerdekaan, sepertimana juga, ‘waktu ini..orang yang paling munasabah’ memerintah Malaysia ialah DS Najib dibawah naugan Umno.
Sebenarnya masing-masing mempunyai bahagian didalam kemerdekaan, tetapi tidak dengan pertumpahan darah.
9- Pak Samad pun akui sendiri bahawa, ‘waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman’ untuk mewakili semua rakyat Tanah Melayu untuk mendapat kemerdekaan, sepertimana juga, ‘waktu ini..orang yang paling munasabah’ memerintah Malaysia ialah DS Najib dibawah naugan Umno.
Kes selesai dengan Pak Samad Goblok-Piang !!
Ada kah kerajaan TIDAK mengitiraf mereka-mereka dibawah !!
BUANG SERBAN TEPUK DAHI.
BUANG SERBAN TEPUK DAHI.
13/09/2011
Video:- Cerita Sebenar Jins. "Saya sedih dan kesal dengan Mat Sabu"
Oleh: HHalem.
Masuk 1.7 juta.
Pemegang Saham 300 ribu.
Pulang Bank 1 juta.
Untung 400 ribu.
Dakwaan bahawa filem Bukit kepong sebagai sebuah filem mengikut acuan UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden Pas , Mohammad Sabu disanggah sepenuhnya oleh pengarah filem tersebut, Tan Sri Jins Shamsuddin.
Sebaliknya menurut Tan Sri Jins Shamsuddin kajian menyeluruh dilakukan dalam menerbitkan Filem Bukit Kepong itu termasuk mendapat bantuan penduduk kampung, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera selain pihak Polis.
"Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia ada juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat filem ini terlalu mahal”
"Saya telah membuat penyelidikan rapi termasuk menemubual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis," katanya secara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.
Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.”
"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis," tambahnya lagi.
Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara serta penyelidikan bukan secara suka-suka hati.
Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.
Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.
"Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.
"Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya lagi.
-MediaUMNO
Labels:
Mat Sabu Komunis,
Sejarah
11/09/2011
Sebelum 31 Ogos 1957: Kenapa Polis Bukan ‘Pegawai British’
Oleh : HHalem.
Langkawi Sky Bridge - Video Di Bawah Sekali
Majlis Profesor Negara (MPN)
MPN berkata pegawai kerajaan, termasuk polis dan tentera Melayu yang bertugas sebelum kemerdekaan, bukan pegawai British dan tidak boleh dikatakan berkhidmat untuk Ratu England.
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN, Profesor Dr Zainal Kling berkata, polis dan tentera British hanya merujuk kepada anggota pasukan itu yang dibawa masuk dari luar dan mempunyai kewarganegaraan Britain sahaja.
Ini ekoran status British yang masuk ke Tanah Melayu bukan sebagai penjajah tetapi sebagai penaung kepada negeri dan pemerintahan Raja Melayu yang kekal sehingga sekarang.
"Jadi semua pegawai yang diambil pada zaman itu sampai sekarang adalah pegawai negeri Melayu yang dibayar gaji oleh negeri Melayu dan dikatakan pegawai negeri Melayu”
"Maka semua polis, tentera dan pemimpin politik kita, pada masa itu adalah pegawai negeri Melayu,"
Sehubungan itu, Zainal berpendapat pegawai polis yang berkhidmat di Johor termasuk ketika peristiwa Bukit Kepong adalah pegawai yang bekerja dengan kerajaan negeri itu.
"Oleh kerana kuasa polis kita adalah kuasa persekutuan, kuasa pemerintah adalah (bawah) pesuruhjaya tinggi British pada masa itu, jadi nak menuduh mereka itu pegawai British dan wajib dibunuh maka itu satu tafsiran yang salah, amat serong dan tidak betul,"
Zainal menjawab soalan sama ada pegawai polis yang berkhidmat untuk Ratu British sewaktu peristiwa Bukit Kepong yang berlangsung pada tahun 1950, adalah ‘polis British’.
Isu sejarah peristiwa Bukit Kepong hangat diperkatakan susulan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor mendakwa pejuang yang terlibat menyerang "polis British" sebagai wira termasuk Mat Indera.
Zainal juga berkata, dakwaan menyatakan dua pemimpin awal Umno Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah salah kerana "mereka adalah pemimpin negara".
MPN merupakan majlis bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan tahun lalu bagi memberi pandangan berhubung perkara berbangkit berkaitan sejarah. Ia dianggotai kira-kira 1,600 profesor daripada pelbagai institut pengajian di seluruh negara.
HHalem:
1- Video diatas, boleh diulang tayang berkali-kali, elok difahami secara halusi supaya kita dapat menjelaskan perkara sebenarnya kepada anak cucu kita berikutnya.
2- Dari video Zainal Kling diatas, tafsiran pegawai polis dan tentera dikatakan bukan lah pegawai British hanya berdasarkan ‘who the paymaster is’ iaitu ‘dibayar gaji oleh negeri Melayu’ dan bukannya dibayar direct dari London.
3- Apa pula tafsiran jika pegawai Bristish yang berada di Tanah Melayu tetapi dibayar dari pusat pemerintahan di Goa, India?
4- Yang lebih menarik lagi ialah ada penulisan (Buku Sejarah Tingkatan) menyatakan bahawa Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi diujudkan di Negeri Kedah oleh Penasihat British, George Maxwell, pada tahun 1910.
Kutipan hasil cukai ini digunakan untuk membayar gaji pentadbir Kedah dan juga gaji Maxwell berserta kakitangan beliau. Ia diuruskan oleh British.
Adakah Maxwell, rakyat British, ditafsir sebagai Pegawai British, tetapi disebabkan pembayaran gaji tersebut maka Maxwell ditafsir pula sebagai Pegawai Negeri Melayu kerana gaji beliau dibayar oleh duit cukai negeri Kedah?
Adakah Maxwell disandang jawatan atau dipinjamkan, dari seorang Pegawai British bertukar menjadi Pegawai Negeri Melayu?
5- Keliru bukan! Boring dengan sejarah !!
Biarkan pakar-pakar sejarah merungkaikannya.
2- Dari video Zainal Kling diatas, tafsiran pegawai polis dan tentera dikatakan bukan lah pegawai British hanya berdasarkan ‘who the paymaster is’ iaitu ‘dibayar gaji oleh negeri Melayu’ dan bukannya dibayar direct dari London.
3- Apa pula tafsiran jika pegawai Bristish yang berada di Tanah Melayu tetapi dibayar dari pusat pemerintahan di Goa, India?
4- Yang lebih menarik lagi ialah ada penulisan (Buku Sejarah Tingkatan) menyatakan bahawa Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi diujudkan di Negeri Kedah oleh Penasihat British, George Maxwell, pada tahun 1910.
Kutipan hasil cukai ini digunakan untuk membayar gaji pentadbir Kedah dan juga gaji Maxwell berserta kakitangan beliau. Ia diuruskan oleh British.
Adakah Maxwell, rakyat British, ditafsir sebagai Pegawai British, tetapi disebabkan pembayaran gaji tersebut maka Maxwell ditafsir pula sebagai Pegawai Negeri Melayu kerana gaji beliau dibayar oleh duit cukai negeri Kedah?
Adakah Maxwell disandang jawatan atau dipinjamkan, dari seorang Pegawai British bertukar menjadi Pegawai Negeri Melayu?
5- Keliru bukan! Boring dengan sejarah !!
Biarkan pakar-pakar sejarah merungkaikannya.
Jika keliru mari relax dan lihat Jambatan Lonjong di Langkawi.
Langkawi Sky Bridge
Labels:
Sejarah
10/09/2011
Video Majlis Prof: Gerakan Kiri Penderhaka. Bukan Perjuangan Merdeka.
Oleh : HHalem.
Majlis Profesor Negara (MPN)
MPN berkata bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.
Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.
"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan komunis”
"Cita-cita komunis bukan untuk membebaskan Tanah Melayu sebagai negeri Melayu, tetapi untuk membebaskan daripada pentadbiran British yang diakui oleh Raja-raja Melayu, untuk menjadikannya negeri komunis”
"Maka perjuangannya adalah perjuangan komunis. Dan segala nasionalis Melayu pada awalnya, ingin memerintah di Tanah Melayu, bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri republik komunis”
"Maka kerana itu, kita tidak menerima bahawa itu adalah perjuangan kerana mereka ingin merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate,"
Bagaimanapun, pada peringkat awal ada pejuang kiri Melayu memperjuangkan kemerdekaan daripada British, tetapi selepas itu "bercita-cita ingin menghapuskan sistem kerajaan Melayu, menubuhkan negera republik dan bersubahat dengan komunis".
Perjuangan kiri tidak diiktiraf sebagai perjuangan kemerdekaan kerana berhasrat membentuk membawa Tanah Melayu menyertai projek Indonesia Raya.
Penentangan komunis terhadap Jepun pada awalnya melalui Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) dibuat kerana "amat marah dan malu" atas penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937 hingga 1945.
"Mereka tidak berjuang demi kebebasan Tanah Melayu atau menegakkan negeri Melayu,"
HHalem:-
Gerakan Kiri Politik diharamkan dengan kuatkuasa undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu termasuk;
1- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
2- Angkatan Wanita Sedar (AWAS),
3- Angkatan Pemuda Insaf (API),
4- Parti Komunis Malaya (PKM)
Sumber utama MKini
Sumber utama MKini
Labels:
Sejarah
09/09/2011
Video Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Di Jajah
Oleh : HHalem.
Profesor Datuk Dr Zainal Kling
Malaya Tidak Pernah Di Jajah? Memang konfius.
1- Semenjak dari Standard 1 sampai dah nak masuk kubur, kita difahamkan Tanah Melayu di jajah hampir 500 tahun, tetapi sekarang kena adjust semula pemikiran.
2- Jadi sambutan 31 Ogos setiap tahun, apa maksudnya?
Kena lah kita sambut Hari Malaysia pulak.
3- Kita tunggu apa kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Profesor Datuk Dr Zainal Kling
Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.
MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan
Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.
Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.
Bagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".
"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.”
"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.”
"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik
Labels:
Sejarah
Video:- Mat Sabu Komunis Sudah Terkencing Dan Tiada Jalan Keluar.
Oleh : HHalem.
1- Setelah kalah teruk, terkencing seluar, tersepit dan tiada jalan keluar mengenai isu komunis Bukit Kepong yang beliau timbulkan sendiri, siap dengan tunjukan buku “Pengukir Nama Johor” lagi sebagai bahan bukti, akhirnya Mat Sabu akur dan mengaku kalah. Tetapi beliau masih lagi tidak mengaku ia angkara beliau yang 'mengemparkan masyarakat' dan layak di-ISA-kan.
2- Baru terima ugutan simbah asid, sudah bercakap dengan muka walfare, tunjuk sedih kononnya. Masa bercakap di luar tidak ingat dunia, berapi-api dan berkokok-kokok macam beruk makye sehingga tidak sedarkan diri akibatnya. Semasa itu beliau seronok sehingga terlupa perasaan terhadap sanak saudara Bukit Kepong yang mati dibakar hidup-hidup.
3- Beliau akan menyaman Utusan.
Ada hati juga nak menyaman Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, DS Reezal Merican kerana mendedahkan pencurian dan penipuan Mat Sabu mengenai bil perubatan yang dibiayai oleh Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang.
Celah-celah tu juga mungkin akan saman TS Muhyiddin, entah apa alasannya, Mat Sabu Komunis seorang sahaja yang faham.
4- Lagi celupar mulut Mat Sabu Komunis, maka lagi benci lah orang-orang tua-tua kampong terhadap Pas dan Dap. Kebencian ini akan berlarutan sehingga PRU 13.
5- Kepada Mat Sabu teruskan keceluparan anda sehingga PRU 13.
Labels:
DAP Komunis,
Mat Sabu,
Sejarah
08/09/2011
Ghani Othman: Kerajaan Johor Putuskan Mat Indera Sebagai Penganas.
Oleh : HHalem.
Baharom Shah bin Indera Membela Abang Beliau Muhammad bin Indera Bukan Sebagai Komunis.
1- Baharom Shah bin Indera 65, menegaskan bahawa adik beliau Muhammad Indera (Mat Indera) tidak pernah berfahaman komunis dan tidak pernah menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Chin Peng.
“Beliau (Mat Indera) selalu menafikan bahawa beliau seorang yang berfahaman komunis, beliau sebenarnya berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British”
- kata Baharom di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut. Video di bawah sekali.
2- Abangnya yang dihukum gantung sampai mati oleh British pada usia 33 tahun pada tahun 1952, dilabelkan sebagai sebahagian dari pengganas Komunis apabila bersekongkol dengan pasukan gerila yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun Feb 23, 1950. Baharom dan Mat Sabu berkata Mat Indera adalah hero dan bukannya 17 anggota polis yang terkorban.
3- Mat Indera berlatar belakangkan pendidikan sekolah agama dan merupakan salah seorang anak murid Cikgu Mat Yassin, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dihadapan rumah mereka.
4- Adakah dengan tidak pernah menganggotai Parti Komunis Malaya dan seorang pendidikan agama dan menentang British sudah melayakan Mat Indera dianggap penjuang kemerdekaan.
5- Jikalau Mat Indera diberi penghormatan, maka semua komunis di Bukit Kepong ketika itu juga perlu diberi penghormatan kerana menentang British. Melawan British untuk menakluki Malaya, bukannya untuk meminta merdeka. Maka seluruh ahli Parti Komunis Malaya yang diharamkan patut diberi penghormatan juga. Maka Chin Peng juga layak diberi gelaran hero. Mana ada lojik hukum akalnya disini.
Ikuti apa kata Kerajaan Negeri Johor secara rasmi dibawah.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman
6- Ghani Othman berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan ”
“Oleh itu ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu(Umno)”
“Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British ” - kata Ghani kepada Bernama Online>.
7- Jika Mat Indera ahli aktif PKMM dan API yang telah diharamkan oleh pemerintah waktu itu, maka jelaslah Mat Indera dipihak pemberontak. Seperti juga Parti Pas-Pkr-Dap dianggap penentang dan memberontak ketika ini. Bezanya disini Baharom katakan Mat Indera bukan ahli PKM, tetapi Ghani Othman pula menyatakan Mat Indera Ketua Regimen ke-10 PKM. Apa pun kesemua parti-parti tersebut telah diharamkan oleh kerajaan terkini waktu itu yang didokong oleh Sultan-Sultan Melayu.
8- Yang jelasnya Mat Indera adalah dianggap penganas diwaktu dan ketika ini. Hanya masa yang akan menentukan sebaliknya. Seperti mana kita sebelum ini menggangap Union of Soviet Socialist Republics (USSR) sebagai negara ganas dan kejam. Maka kita memohon supaya USSR dihancurkan oleh Amerika USA. Kita memihak kepada Amerika.
Setelah USSR hancur maka Amerika menjadi polis dunia, pembuli dunia nombor satu. Menyerang, menakluki dan memporak perandakan negera-negara Islam, maka kita terus menepuk dahi tanda menyesal. Sekali lagi kita berdoa pagi petang siang malam supaya Amerika dihancurkan oleh kuasa dunia lain yang akan muncul. Itu lah maksud masa dan sejarah akan menentukan segalanya.
9- Oleh itu didalam kes ahli-ahli PKM sebagai hero mengangkat senjata menentang British, hanya masa dan sejarah akan menentukan segala-galanya.
Bila kah masa dan waktu itu akan tiba? Mudah jawapan nya.
Waktunya akan tiba apabila PAS Komunis dan DAP Komunis memerintah dan menjadi kerajaan terkini di Republik Rakyat Malaysia.
Labels:
DAP Komunis,
Melayu Pengkhianat,
PAS,
Sejarah
06/09/2011
Video China Komunis Bukit Kepong: Cucu-Cicit Mereka Masih Hidup.
Oleh : HHalem.
Bapak Segala Komunis.
Labels:
DAP Komunis,
Sejarah
11/07/2011
REVOLUSI MENTAL :- Pak Samad Api-Api Supaya Benci Golongan Bangsawan. Pemberontakan Bangsawan Di Dalam Perancangan.
Oleh : HHalem.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
1- Datuk A Samad Said ikon sastrawan negara
dilihat umum sebagai hero yang gagal dan tumpas kerana tidak berjaya
menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada KYDYMM YDP Agong. Ini adalah kegagalan
ke dua beliau berbuat demikian dalam seminggu. Pak Samad sedar beliau harus
melakukan sesuatu untuk menebus kembali dosa-dosa beliau kerana dua kegagalan
di atas.
Pertamanya gagal apabila beliau dengan sengaja
tidak menyerah memo tersebut apabila diberi peluang berbuat demikian ketika
bertemu dengan YDP Agong pada 05July. Lihat gambar>
Kedua apabila beliau gagal masuk ke pintu
Istana Negara kerana dihalang pada 9 July. Lihat video disini>
2-
Tetapi Pak Samad tetap dengan sinar-sinar cahaya beliau apabila berkata sudah
tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui
oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan. Kata-kata
Pak Samad dibawah lebih merupakan ungkapan-ungkapan hasutan oleh seorang
sastrawan.
“Sudah tiba waktunya rakyat pula yang
berada di tampuk kuasa ” kata beliau pada satu ceramah di
Taman Melewar.
3- Pak Samad jelas merujukan tampuk kuasa
sekarang di monopoli oleh segelintir golongan bangsawan. Ungkapan ini amat
membimbangkan. Lebih membimbangkan lagi
ialah apabila beliau memberi nama-nama khusus sebagai golongan bangsawan
tersebut.
“Selagi golongan bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat
merasakan apa yang dirasai oleh rakyat”
“Sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh
golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan
Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang
mempunyai harta dan pangkat”
4- Pak Samad meniup angin bahang panas supaya
rakyat yang miskin dan tidak berharta bangun menentang tampok pemerintah yang
dikatakan bangsawan. Pak Samad sedar dan lebih arif bahawa golongan Istana juga
termasuk di dalam golongan Bangsawan. Adakah Pak Samad meniup angin revolusi
supaya bangun menentang Istana? Ini
tersangat amat merbahaya.
5- Daripada ungkapan Pak Samad tersebut,
beliau telah mula menaikan semangat pemberontakan dengan meniup angin ‘REVOLUSI MENTAL’ supaya rakyat sedar dan bangun memberontak seperti
Bersih 2.0, tetapi didalam skala yang lebih besar.
6- Sebagai persedian Pak Samad memainkan
api-api ‘Revolusi Mental’ sebagai tanda awalan kearah revolusi yang lebih besar
yang dirancang oleh Anwar dan Hadi Awang.
7- Maka tidak hairan lah jika sebelum ini Anwar
Pkr membuka opsyen “REVOLUSI BUNGA RAYA” > sebagai pemberontakan berikutnya.
Hadi Awang Pas pula belum lagi menamakan rancangan pemberontakkan beliau >.
Hadi Awang Pas pula belum lagi menamakan rancangan pemberontakkan beliau >.
8- Sedar lah bahawa golongan Istana juga
merupakan Bangsawan Aristokrat Yang Budiman>. DS Najib adalah
golongan Bangsawan Istana Pekan dan beliau bersusur galor dari Aristokrat Bugis
yang keturunan Raja Gowa ke-19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung (1667-1709)>
9- Adakah pemerintahan sekarang sedar ini
semua. Pencegahan awal oleh KDN amat lah mustahak sebelum terlambat untuk
mendiamkan Pak Samad kerana meniup apa-api dan angin pemberontakan terhadap
Istana.
Sumber
bahan Minsider, Dewan Bahasa, Kompas Asia.
Labels:
Melayu Di Khianati,
Rusuhan,
Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
-
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
-
Oleh : HHalem Ini kah Taming Sari? Keris Taming Sari Dipamerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Orang...
-
Oleh : HHalem . Chief UMB Umno Muka-muka pengendali blog-blog UMB. Lokasi: Restoran Puti Bungsu Batam, off ...
-
Oleh: HHalem. 1- Sebelum ini kita saksikan pembohongan Anwar (kita katakan Anwar pembohong berdasarkan beliau telah banyak kali berbu...
-
Oleh : HHalem. 1- Cukup menarik apabila Din Turtle melaporkan bahawa Komandan UMB Umno cukup bengap kerana mengadu bahawa mereka tida...
-
Oleh : HHalem. Gasak Jangan Tak Gasak 1- Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail bin Aziz mengasak Ambiga, walaupun belia...
-
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
-
Oleh: HHalem. “Nik Aziz Is Father Of Khafir” – Rahim Noor Apabila bekas Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor mengelar Pok Nick seba...
-
Oleh : HHalem 1- Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin mengkritik pihak yang menentang rancangan ‘perjanjian pertukaran penc...
-
Oleh : HHalem . Polis Hantar Hadi Pulang Selepas Tahanan 1- Sebaik sahaja Hadi Awang dibebaskan selepas di tahan, beliau telah nai...






























