Oleh: HHalem.
Mohd Najwan Halimi:
a- Bekas rakan se-UniTEN kepada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
b- Kini pembantu Anwar (bahagian penasihat ekonomi Selangor).
c- Weblog: Riwayat Hayat di NajwanHalimi.com
d- Lulusan Kejuruteraan.
d- Lulusan Kejuruteraan.
e- Bekas SK Raja Muda.
f- Pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
f- Pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
g- Pernah berkhidmat dengan Kementerian
Pengangkutan.
h- Pernah berkhidmat di Universiti Teknologi
Mara (UiTM).
Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.
...................................................
9.48 pagi: Mahkamah bermula.
11.11 pagi:
Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.
11.22 pagi:
Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.
11.24 pagi:
Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di bilik berhampiran Saiful di Uniten.
“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.
“Dia (Saiful) mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti,” kata Najwan.
11.30 pagi:
Najwan berkata beliau melihat laman sosial Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman
“Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.
11.31 pagi:
Najwan berkata, Saiful berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008.
11.33 pagi:
Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.
“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.
11.34 pagi:
Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya.
11.37 pagi:
Yusof berkata ia tidak salah mengambil gambar dengan menteri.
Saksi berkenaan bersetuju.
11.39 pagi:
Najwan menafikan apa yang dia katakan mengenai Saiful adalah spekulasi.
11.40 pagi:
Najwan berkata beliau melihat keterangan Anwar sebagai munafik (hipokrit) dalam Friendster Saiful.
‘Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar kerana dia membenci Anwar,” ujarnya.
11.45 pagi:
Yusof: Berapa kerap kamu berbual tentang politik dengan Saiful?
Najwan: Saiful berkata Anwar tidak boleh dipercayai dan kita perlu menyokong kerajaan BN.
11.47 pagi:
Menjawab pertanyaan Sankara, Najwan berkata beliau mengetahui mengenai karektor Saiful berdasarkan pengalaman beliau.
11.48 pagi:
Sumber dari Keadilan
FYI, Najwan ni sebenarnya KENA BUANG daripada Kementerian Pengangkutan. PTD, tak lepas tapisan sebab BANYAK SANGAT BERPOLITIK.
ReplyDeleteMasa masuk Kementerian Pengangkutan, semua BLOG yang dia tulis telah DIBUANG sebab takut diketahui aktiviti politik dia.
Sepandai-pandai tupai melompat, orang tahu jugak sapa dia akhirnya.
Budak ni pun boleh dipersoal kredibilitinya. Mungkin dia sakit hati kat UITM dan Kem. Pengangkutan dan ambil kesempatan ni untuk balun kerajaan.
ReplyDeleteMungkin juga dia terhutang budi/body dengan Nuar yang ambik dia lepas tak de kerja?
Mungkin juga nak lepas dendam pada Saiful sebab Nuar pilih Saiful dulu sedangkan dia yang gilakan Nuar....siapa tahu?
Alamat masaklah mamat najwan lepas ni , habis terbongkar segala rahsia diri dan latarbelakang keluarganya !
ReplyDeletelepas ini pasti akan ramai bekas rakan atau bekas girlfriend dia akan buka tajuk masing2 ...masaklah kau najwan !!
staff anwar sendiri jadi saksi misteri ?? lawaklah ..
ReplyDeletetengok muka budak ni saja kita dah tahu bagaimana dia , jenis tak boleh dipercayai !!
Salams,
ReplyDeleteOreng Ambiga ker ni.Brapa harga baju kot mammat ni?Pooraah.....
wawa
Tetiba je mamat ni jadi saksi..hairan..
ReplyDeletepatut pendakwa tanya ; adakah anwar pernah meliwat kamu?,,
ramai je yang kerja kerajaan tapi pro pembangkang.. si najwan ni kenal saiful sebelum anwar..
ReplyDeletekorang tau ke kenapa dia diberhentikan?
kita yang cakap pasal benda ni ntah tau ke tidak ape yang jadi sebenarnya...
jangan la masing2 cakap benda yang kita tak tau....
Pergilah mampos kes anuar ni. baik fikirkan masa depan negara. kadar inflasi meningkat, ada kerajaan dan pembangkang nak fikir setelusnya? penganguran meningkat, kadar kemiskinan meningkat. org2 politik ni bagi makan taik je. umno ke, pkr ke, DAP lagi macam taik. pas je boleh caya sikit aku rasa. kalaulah PKR yangmemerintah.. habisla melayu islam. sedangkan umno memerintah pun dah nak tenggelam melayu islam. inikan pulak pkr. politik malaysia kotor jijik dan busuk. Rakyat dijadikan paksi kekayaan. lancau la DAP.
ReplyDeleteSetuju, Anwar memang suka publisiti camni. Samaada benar dia liwat atau tidak tak penting bagi dia. Yang penting dia dapat masuk dalam nahkamah hentam kerajaaan, cari publisiti dengan perkataan yang popular sekarang ni KONSPIRASI. Makin dilayan anwar ni makin menjadi. Cara nak hentikan anwar ialaj dengan buat tak layan karenah dia. Anggap je dia tak wujud.
ReplyDelete