Oleh: HHalem.
Lihat Tangan Yang Telah Di Potong
Di Pamirkan Di Kelayak Ramai.
Macam main masak-masak- Seronok.
Itu yang ngeri dan di anggap barbaric.
Itu yang ngeri dan di anggap barbaric.
1- Pada Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pok Nick kebingungan sekali lagi apabila katanya rakyat Malaysia rata-rata boleh terima hukum gantung, tetapi apabila bab potong tangan mereka tidak boleh terima. Pok Nick kebingungan sehingga ke hari ini.
2- Oleh itu penulis terasa terpanggil untuk memberi buah fikir kenapa terjadi demikian. Di harap ia dapat merungkai kebuntuan kepala Pok Nick dengan persepsi umum yang tidak seberapa ini.
Penulis tidak mempertikaikan hukum Allah dimana hudud adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam. Sebagai mana wajibnya zakat, puasa dan haji yang mempunyai syarat-syarat tertentu tentang perlaksanaannya.
Sebelum wajib zakat, apakah syarat-syarat yang perlu ada?
Begitu juga wajib puasa dan haji, apakah syarat-syarat yang perlu ada?
Maka hudud juga wajib, apakah syarat-syarat yang perlu ada?
Pok Nick, Pok Nick mahir cakap omputeh sebagai kondusif yang penulis rasakan ia sebagai syarat-syarat wajib perlu ada sebelum dilaksanakan hudud.
3- Ini soalan Pok Nick yang dipamir serata Malaysia dan pengikut Pas pun angguk-angguk tanda setuju.
“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandotori, bawa senjata api hukum gantung mati...hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima ...orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung...bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur...pelik sungguh Malaysia ini...gantung boleh terima” - Pok Nick di petik MInsider.
Pok Nick,
Pertama.
Seingat penulis pada tahun 50an dan awal 60an, seperti yang diceritakan oleh tok nenek, pesalah hukum gantung di Alor Setar dibawa atas lori sekeliling Pekan Alor Setar dari Jalan Teluk Wanjah melalui Jalan Langgar terus ke Lorong Mengantung Derga. Disitu pesalah akan digantung.
Hari ini ia sudah tidak dipraktikan lagi. Dan kita tidak tahu bila pesalah kena hukum dan bila beliau digantung. Sedar-sedar mati, orang ramai pun tak tahu dan hiburan menonton pun sudah tidak ada.
Pok Nick, hukuman gantung tersebut sudah tidak dipamirkan dikelayak ramai dan tidak ngeri.
Pok Nick,
Kedua
Kedua
Sekarang cuba bandingkan hukum pancung yang sedang dipraktikkan di Arab Saudi sebagai sebagai rujukan utama.
Ia dipertontonkan dikelayak ramai, kepala putus macam kepala ayam terpelanting, tergolek-golek, darah memancut-mancut macam air paip. Dan badan mengelupur macam kena sawan. Pedang pancung di pamirkan berkilat-kilat. Ia seolah-olah satu huburan semasa.
Ini semua dikelayak ramai. Akan timbul takut dan ngeri yang amat sangat. Itu lah persepsi nya sekarang tentang kaedah perlaksanaannya.
Sekarang nak sembelih ayam pun dah takutkan darah, inikan pula darah manusia. Di Eropah telah lama di haramkan sembelih ayam kecuali dipusat sembelihan bertauliah. Ini nak sembelih manusia dikalayak ramai dan bukannya di pusat sembelihan manusia.
Ngeri siooooot, Pok Nick.
Ngeri siooooot, Pok Nick.
Bukan-Islam akan pandang agama Islam penuh dengan ke-ngerian-barbaric.
Jikalau tidak percaya, pada Raya Korban ini, cuba tengok macam mana lembu di sembelih dan lihat darah memancut-mancut. Mak Lampir pun boleh kencing dalam kain sambil lari terjerit-jerit macam pontianak.
Pok Nick didalam ucapan membandingkan hukum gantung dengan hukum potong tangan. Sepatutnya kena compare durian dengan durian. Ia itu bandingkan hukum gantung dengan hukum pancung.
OK, no problem, itu perkara kecik. Orang tua-tua kita tak ambil pot sangat.
Pok Nick,
Ketiga
Hukum potong tangan apa kesalahan nya. Mencuri?
Apakah hukum atau denda orang mencuri sekarang?
Yang mana lebih ngeri, lebih-lebih lagi bila ia dilakukan dikelayak ramai?
Timbul lah pula persoalan, peluang kedua, keinsafan, mata pencarian harian dan peluang menjadi Perdana Menteri kudung yang tidak akan di persoalkan di sini.
Akhir sekali yang menjadi risau dan pelbagai persoalan nya ialah tentang persepsi kaedah perlaksanaannya. Lebih-lebih lagi jika dipersalahgunakan.
Pok Nick,
Keempat
Lihat video dibawah dengan pedang pancung bersinar-sinar dan potong kepala dikelayak ramai.
Pok Nick, tidak boleh kah ini semua dilakukan di tempat sembelihan manusia, walaupun kita tahu ia sebagai pengajaran kepada kelayak ramai.
Pengsan
Yang ini relax, sempat senyum lagi.
Kena rotan, katanya 100 kali.
Mati katanya
4- Di harap pandangan/persepsi tidak seberapa ini sampai ke Facebook Pok Nick Aziz.
saudara...sebagai saudara sesama Islam, saya nasihatkan saudara untuk berhati-hati bila memberi pendapat. sayapun jahil, jadi saya tidak dapat komen apa yang saudara nyatakan samada betul atau salah...
ReplyDeleteTAPI APA YANG SAYA INGIN NYATAKAN DI SINI,BERHATI-HATILAH BILA MEMBERI PENDAPAT, BIMBANGKAN IANYA AKAN MENYEBABKAN AKIDAH KITA TERGELINCIR...
Tuan HH,
ReplyDeleteKena tanya Pok Nik, kalau hukum dah dijatuhkan, tetiba keluar bukti dan pesalah didapati tak bersalah, bolehkah yang menghukum tu diqisas?
TIS:21:23, Aku bersetuju dgn komen anda.
ReplyDeleteTuan 20:36:-)
ReplyDeleteTerima kasih Tuan, krn memberi nasihat terbaik kpd saya. Saya akan berhati2.
Tuan TIS;-)
ReplyDeleteQisas? Ishhhh tinggi ilmu tu Tuan, saya tak mampu komen Tuan.
Qisas pembalasan mirip "hutang nyawa dibayar nyawa". Yang saya faham ia memberikan hak kepada keluarga korban untuk meminta hukuman mati kepada pembunuh.
Tapi Tuan tanya bolehkah di balas kpd yang “menghukum”. Dia tukang hukum saja Tuan. Hakim gituu. Tapi yg membunuh yg sebenar bukan tukang Hukum/Hakim.
Tinggi ilmu ni Tuan. Kita tidur dulu:-)
Selagi kita ada kuasa dan upaya untuk mengekakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, inilah masanya kita menggunakan saluran media utama seperti TV, untuk memberi ilmu dan penerangan lengkap 1 jam sehari sepertimana slot Jejak Rasul bagi menerangkan satu persatu berbentuk ilmiah mengenai hudud. Bila kita kutip pecisan dan sumber media yg merapu2, maka ia seolah menakutkan org mengenai kaedah pencegahan melalui hukum hudud. berdasarkan foto2 di atas, dalam tempoh 40 tahun hanya satu kes sj berlaku berdasarkan gambar dari lain2 negara dan jarak waktu seperti yg kita lihat. Pernah dikhabarkan bahawa zaman kahlifah othmaniyah, selama 25 tahun pemerintahan islam dan hudud sebarang jari pun tak tertanggal, tapi kes kecurian dan sebagainya hampis zero. BUKAN SEMUA YG MENCURI ITU DIPOTONG TANGAN. Yg mencuri duit melalui tender tertutup usah lah bimbang, sebab ianya sukar dikesan kerana kemahiran tersebut sukar digugat oleh hukuman apapun kecuali Allah SWT sj yg nampak. So sama-sama lah kita mendalami ilmu hudud agar kita tak nampak bangang sangat, sedangkan kita org Islam dalam negara yg diistiharkan Islam, tapi hukum sendiri pun masih malap. Dah tu memalapkan lagi org yg langsung tak ambik tahu kerana mereka bukan Islam. Kita rasa komen kita dah nampak la cerdik atau antarabangsanya kita, tapi sebenarnya merendahkan martabat sendiri. Pastu kita pulak marah kalau ada agama lain cuba menghina agama kita. Berdosa tau tak?
ReplyDelete