Oleh: HHalem.
1- Lepas satu, satu lagi. Karpal terus mencari pelbagai helah membuat onak untuk memalukan sistem kehakiman. Kali ini ialah tuduhan terhadap seorang Hakim Mahkamah Rayuan yang dikatakan telah membuat Plagiat Penghakiman.
Ingatkan si capek ni buat hal dengan kes Saiful dan kes sapina Najib/Rosmah. Lega rasa.
Apa benda ni plagiat? Yang selalu kita tahu ialah thesis atau lapuran projek yang selalu di plagiat oleh pelajar-pelajar univeristi. Plagiat pelajar biasanya boleh di check atau dikesan dengan software berbayar yang bersepah boleh didownload. Contohnya “Turn-It-In” >
Ini Plagiat Hakim !
Sekurang-kurangnya ini lah kali pertama penulis mendengarnya.
2- Malaysiakini tidak menyiarkan nama Hakim tersebut mungkin takut di saman disini>.
Hakim tersebut ialah Abdul Malik Ishak. Kesalahan plagiat tersebut dituduh dilakukan oleh Malik di Johor pada tahun 2000.
Kesalahan Malik ialah meniru keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura dan tidak memberi sebarang rujukan kepada kes hakim tersebut.
Beliau didakwa memplagiat sebahagian daripada satu keputusan yang disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, GP Selvam.
3- Seramai 60 Ahli Parlimen Pakatan yang dikepalai oleh Karpal telah menuduh Malik dan memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul bagi merujuk Malik sebagai Hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman.
Article 127 of the Federal Constitution membenarkan perbincangan tingkah salahlaku Hakim jika ¼ Ahli Parlimen menyokong usul.
Jumlah Ahli Parlimen sekarang ialah 222. Jika 60 menyokong bermakna Tribunal Hakim akan diluluskan. Malik akan menghadapi masalah besar.
Siapa Abdul Malik Ishak?
“According to the judiciary website, the Johor-born Abdul Malik was appointed to the Court of Appeal on July 16, 2007”
“A law graduate from the University of Singapore – graduating in 1974 , Abdul Malik was appointed as a Judicial Commissioner on Oct 1, 1992, and subsequently, as a Judge of the High Court of Malaya on Aug 17,1994”
“Prior to that he had served as a magistrate, deputy public prosecutor, state legal adviser, senior Sessions Court judge and advisory board chairman at the Prime Minister’s Department”
Kes yang cukup menarik.
No comments:
Post a Comment