Oleh: HHalem.
Cukup Bijak -
Dalam Kampus Kena Akta AUKU -
Luar Kampus Kena Akta Perhimpunan Aman.
1- DS Najib mengumumkan di Parlimen bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik.
“Untuk menghormati hak pelajar kita yang sudah dewasa di bawah Perlembagaan kami akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mereka menjadi ahli parti politik ”
"Pindaan ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli parti politik,”
- Najib ketika membentangkan usul memansuhkan tiga deklarasi berkaitan darurat di Dewan Rakyat hari ini.
2- Ada kah ini berita gembira bagi Pelajar Universiti dan Kolej? Adakah ia berita sedih bagi ibu-bapa?
Di mana kah had-had batasannya kebenaran berpolitik tersebut? Ada kah ia bebas secara total?
Kebenaran hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja dan mereka masih tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.
Bermakna secara purata pelajar tahun 2 berumur 21 tahun sahaja boleh aktif berpolitik di luar kampus.
Kepada mereka yang kecewa dengan keputusan Najib ini, termasuk penulis sendiri pada awalnya, jangan risau. Ini kerana diluar sana iaitu diluar kampus (dalam kampus tetap haram) pelajar-pelajar umur atas 21 tahun akan menghadapi rintangan dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang tidak membenarkan himpunan haram, protes dan tunjuk perasaan di jalanan. Ini termasuk perarakan jalanan dengan tujuan dan bersembunyi disebalik menghantar memorandum kepada sesiapa pun, terutamanya kepada YDP Agung.
Serampang dua mata Najib cukup bijak, mujarap dan terserlah.
Mari kita tengok apa kata pelajar-pelajar Universiti selepas ini. Ada kah diri mereka bijak seperti yang mereka sangkakan?
Mari kita tengok apa kata pelajar-pelajar Universiti selepas ini. Ada kah diri mereka bijak seperti yang mereka sangkakan?
No comments:
Post a Comment