Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

04/11/2011

Jkuasa Teknikal Hudud: Pendedahan Penipuan Besar Dalaman Oleh Timbalan Pengerusi Sendiri.


Oleh: HHalem.

1- Hari ini kita disajikan lagi tentang pembohongan pemimpin Pas. Yang anihnya mereka sendiri mendedahkan pembohongan tersebut. 

Umum mengetahui Pas telah menipu rakyat Kelantan selama 22 tahun dan pada 24 Oktober lepas mereka baru sahaja hendak menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), untuk mengkaji kebolehdaya laksanaan hukum hudud di Kelantan. Ini adalah pembohongan pertama selama 22 tahun, di sini >

2- Pembohongan kedua Pok Nick dan pemimpin Pas ialah pada Isnin, 24 Oktober, iaitu sebaik sahaja Mesyuarat Exco Kelantan meluluskan Jawatankuasa Teknikal tersebut. Pembohongan tersebut ialah apabila Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal menyatakan, ‘surat telah dihantar kepada DS Najib untuk memohon bertemu berbincang’. 

Pernah ditulis seperti berikut;

Keduanya, baru semalam ditubuhkan dan masih lagi tercari-cari ahli seramai 19 orang, tiba-tiba hari ini telah dibuat keputusan untuk menghantar surat kepada DS Najib untuk berjumpa. Bukan setakat ‘akan menghantar surat’  malah ‘sudah mengutuskan surat’ pun.

"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau(Najib) membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan”
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.

Bermakna semalam tubuhkan Jawatankuasa, semalam mesyuarat pertama, semalam cukup korum 19 ahli dan semalam telah hantar surat ke DS Najib. Kalau betul-betul efficient macam ni bermakna telah ada sesuatu yang tidak kena dengan Jawatankuasa Teknikal ini. Nampak benar PAS mengejar tarikh PRU13 dan satu penipuan besar. 

3- Pendedahan tentang penipuan besar pertama dan kedua Pok Nick didedah sendiri oleh Mohd Amar iaitu Timbalan Pengerusi Jkuasa Hudud, seperti berita dibawah.

Apa tidaknya, 20 ahli-ahli Jkuasa Teknikal itu sendiri baru sahaja diluluskan oleh Mesyuarat Exco pada 2 November dan belum lagi dimaklumkan perlantikan masing-masing samada setuju atau tidak melibatkan diri didalam Jawatankuasa. Jauh sekali mesyuarat pertama hendak diadakan.

Lihat sendiri cerita pendedahan Mohd Amar.

"Jawatankuasa Teknikal Hudud belum lagi buat mesyuarat kerana pihak Exco baru sahaja mengesahkan pelantikan mereka dan kita dalam proses menghantar surat”

"Kita kena tengok jawapan mereka dahulu sama ada setuju atau tidak sebelum Pengerusi Jawatankuasa memanggil mereka untuk mesyuarat," 
- Mohd Amar dedahkan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Diharap kawan-kawan Pas dan Pkr yang pintar-pintar dapat membezakan muslihat dan lidah berbelit pemimpin PAS. Mereka sendiri berbohong dan mereka sendiri mendedahkannya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Mohd Amar memang bodoh-piang, kaki sembelit atau beliau memang tidak tahu apa yang beliau lakukan tetapi dek kerana nak masuk-frame beliau terus terburu-buru mengeluarkan statement kepada press tanpa berfikir panjang.

Dan Pok Nick meletakan nasib seluruh rakyat Kelantan ditangan orang seperti ini.


......Berita dari UM.........

Kelantan lantik 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud

KOTA BHARU 3 Nov. - Mesyuarat Exco kerajaan Pas Kelantan semalam baru sahaja mengesahkan pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud yang akan dimaklumkan dengan surat pelantikan masing-masing dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, mesyuarat Exco juga memutuskan melantik Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof ke dalam jawatankuasa sebagai tambahan kepada 19 orang yang dicadangkan sebelum ini.

Namun, ketika ditanya tarikh mereka akan dipanggil untuk bermesyuarat, Mohd. Amar berkata, sebarang gerak kerja hanya dapat dilakukan setelah pihaknya menerima jawapan daripada ahli dilantik sama ada bersetuju atau tidak untuk terlibat dalam jawatankuasa tersebut.

"Jawatankuasa Teknikal Hudud belum lagi buat mesyuarat kerana pihak Exco baru sahaja mengesahkan pelantikan mereka dan kita dalam proses menghantar surat.

"Kita kena tengok jawapan mereka dahulu sama ada setuju atau tidak sebelum Pengerusi Jawatankuasa memanggil mereka untuk mesyuarat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pelantikan Siti Zailah menjadikan Jawatankuasa Teknikal Hudud bakal mempunyai dua ahli jawatankuasa wanita termasuk Senator Mumtaz Md. Nawi.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya 
Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; 
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan 
Pengarah Penjara Kelantan, PKP Hussin Johari.

Pada 24 Oktober lalu, kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar dilaporkan berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dalam kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Menurutnya, peranan jawatankuasa berkenaan antara lain mengkaji kemungkinan pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

11 comments:

  1. Kalau betul nak buat hudud baguslah, supaya Kelantan sebagai Negeri contoh, tapi puak2 Pas ne bukan bolih dipercaya sangat, dengar bolih percaya jangan, maklumlah dekat2 PRU 13 ne, apa saja bolih dibuat modal lepas tu senyap sepi seperti 22 tahun lepas, habuk pun x ada.

    ReplyDelete
  2. anon 04/11/2011 18:18,

    Abih tu kita nak dengar aiapa? Anuar Musa dan geng-geng Umno baru ke? Apa hebatnya Umno Kelantan? Ceriita sikit!

    ReplyDelete
  3. Anon 18:18, Pas Kelantan dok bohong rakyatnya dah lama, isu hudud ne pun dah lama, bukan setakat isu hudud, isu air pun Pas Kelantan x larat rot nak tangani, cuba hampa bagi dekat Umno/BN memerintah Kelantan tengok, lepas tu kita bandingkan nanti, molek ka dak, aku pernah tidur di homestay kawasan wakaf cheyeh, mula masuk bilik air aku terkejut bila buka paip airnya keluar warna macam teh tarik, apa maknanya tu?

    ReplyDelete
  4. Pembetulan, sebenarnya Anon 17:08 menjawab kpd Anon 02:21 dan bukannya kpd Anon 18:18

    ReplyDelete
  5. anon 17:08,

    Umno pernah memerintah kelantan dari tahun 1978-1990, selama 12 tahun. 12 tahun itu bermakna 2 kali rancangan malaysia. Anda buta sejarah ke? Atau sekadar pak turut membuta tuli Umno(Baru) sahaja.

    Kalaulah hebat sangat Umno ni, Kelantan dah tentu maju setidak-tidaknya setaraf dengan selangor. Mengapa Tun Hussien Onn dan TDM tidak mencurahkan peruntukan yang besar dibawah kedua-dua RMK untuk membangunkan Kelantan masa itu. Pada masa itu ramai rakyat kelantan terpaksa pergi ke Singapura menjadi buruh binaan di Singapura. Kalau umno yang memerintah kelantan masa itu hebat, tentu rakyat kelantan tidak perlu ke singapura mencari rezeki kerana Umno membawa kemajuan dan pembangunan yang pesat.

    Apabila Umno kalah dalam PRU 1990, mereka telah meninggalkan hutang dgn kerajaan pusat sebanyak RM 800++ juta. RM 800 juta pada masa itu adalah satu nilai yang amat besar. Tetapi Kelantan dibawah UMNO selama 12 tahun tetap juga mundur dan antara negeri paling miskin pada masa itu. Kerajaan Umno buat apa dengan duit RM 800 juta itu.

    Hutang tersebut dibayar balik hampir kesemuanya oleh kerajaan PAS yang ada hari ini. Bayangkan jika wang tersebut dapat digunakan untuk pembangunan yang saudara mahukan.

    Jika UMNO tu hebat, mengapa Perlis yang diperintah oleh UMNO sejak merdeka masih tak maju-maju setanding dengan selangor atau sekurang-kurangnya Melaka arau NS? Bagaimana dengan Sabah yang diperintah oleh UMNO(Baru) sejak tahun 1993 lagi? Mengapa Sabah masih lagi menjadi negeri termiskin sedangkan ia mempunyai minyak dan sumber alam yang kaya? Sure ke UMNO(Baru) reti memerintah?

    Soal hudud ni,senang je. UMNO dan BN menguasai kerajaan pusat dan beberapa negeri. Kalaulah PAS ni serba tak betul, inilah peluang UMNO nak hapuskan atau bunuh terus PAS dalam politik malaysia - UMNO LAKSANAKAN HUDUD YG SEBENAR MENURUT TAFSIRAN UMNO DI NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAI UMNO DULU! Gerenti PAS AKAN HANCUR LEBUR! Tapi mana dia HUDUD UMNO?

    ReplyDelete
  6. to anon 00:51
    lu tok sah auta lah. Yang dok kata orang semua tak betul ni puak lu. Yang dok jaja hudud dan berbohong kat orang kampung puluhan tahun sapa. UMNO ka PAS. Agama bawah negeri. Lu tok sah dok auta. dah 20 tahun tipu. Undang-undang hudud pun tak ada lagi tapi dok tipu orang kampung rata-rata. 20 tahun baru nak buat JK. sepautnya 20 tahun dulu. Lu nak compare antara negeri adalah compare yang sangat bodoh. Ukuran maju bukan semudah itu. Selangor maju siapa buat. dan sekarang selangor dah mula tungging. Sabah kalau you nak tau keluasannya separuh semenanjung ( berapa negeri). Aku pernah kerja kat Sabah. Aku tau isu dan masalah di sama. Sama macam sarawak yang keluasannya satu semenanjung. Hang dok bercakap UMNO tak majukan Kelantan tapi hang lupa yang ada kat Kelantan hari ini adalah hasil UMNO ugak. PAS buat apa 20 tahun. Hang jawab yang tu dulu. senaraikan. Sebab UMNO boleh senarai. Hang dok bercakap pasal hutang tapi hang lupa hang sendiri pun berhutang kan. Hang lupa sumbangan kerajaan BN UMnO pusat setiap tahun kepada Kelantan. Kira betul-betul dan banding dengan jumlah Hutang itu. Jumlah sumbangan itu lebih besar sebenarnya. Hutang kerajaan negeri sebenarnya untuk melaksanakan TJ kerajaan negeri. Dah hutang mesti bayar tak kira siapapun memerintah. Saya nak tanya balik kat hang. Kalau PAS hebat memerintah pasai apa sampai sekarang Puak-Puak Kelantan berselerak keluar Kelantan cari kerja kat negeri BN. Pasai apa selepas 20 tahun mereka tak balik pun kat Kelantan. Inilah yang dikata penipu. Mengata orang bukan main tapi yang dok kata tu pun 2x5 malah lebih teruk ada. Inilah yang sedang berlaku di Kedah. Hang ta percaya. Kawan baik aku sendiri orang Kelantan dan memang sokong PAS sedang bertugas di Kedah nak pencen dah bila aku tanya dia pasai apa tak balik Kelantan. tau apa dia jawab. Nak balik watpa. Kalate buka ada apo. Aku lepas pencen pun nak dok sini. Tak moh balek. Tak sangka ya itu jawapan mereka. Hang jangan lupa yang majukan Kelantan Hari Ini adalah kerajaan Pusat melalui pelbagai saluran. jangan nafi kebaikan orang lain. Jangan dok sibuk tengok dan cium taik orang sangat sebab dalam perut kita pun penuh taik.

    ReplyDelete
  7. Anon 00:51

    Aku x mahu menyentuh banyak, sebab anon 08:29 telah bagi full dekat hang, cuma yang aku nak bagi tau dekat hang, hang ne bagaikan katak bawah tempurung, cuba hang mai tengok Perlis sekarang, sapa kata Perlis x membangun, bukan setakat membangun saja, kebersihanya dijaga, bukan mcm Kelantan, kata saja Negeri orang Alim, ditepi pantai tempat perkelahan bertaburan dgn najis2 lembu, hampa x malu ka dekat pengungjung2 Negeri lain & pasai hudud pula kelantan yg terhege- hege nak buat, bukan Umno, tetapi itu bukan niat ikhlas hampa, hampa cuma pasang jerat bagi memikat orang Islam mengundi Pas, itu saja, sebab tu lah isu hudud hampa bangkit bermusim hanya dekat pilihan raya sahaja, lepas pilihanraya, hampa diam, taktik hampa ne budak sekolah rendah pun dapat menghidunya.

    ReplyDelete
  8. Anon 8:29,

    Enakmen Hudud Kelantan telah diluluskan dalam tahun 90an lagi. Sdra tak tahu ke? Tak salah sdra kerana sumber maklumat sdra hanya dari utusan malaysia dan BH sahaja.

    2. Saya amat berminat nak tahu sumbangan UMNO kat kelantan yang sdra maksudkan. Sila senaraikan.

    3. Selangor menungging? Mana faktanya? Setahu saya Ketua Audit Negara dalam laporan audit tahun 2010 memuji prestasi Selangor. Ketua audit negara tu orang PAS ke saja-saja buat cerita bohong pasal prestasi baik selangor.

    4. Memandangkan saudara pernah bekerja di sabah eloklah sdra jelaskan mengapa sabah tak maju-maju walaupun Umno mendominasi kerajaan negeri sejak tahun 1993 lagi. Keluasan sabah bukan mwnjadi alasan sebab sabah adalah sebuah negeri kaya.Apatah lagi mendapat sokongan padu dari kerajaan pusat.

    5. Siapa kata PAS tak reti perintah. Tengok lapuran Ketua audit negara bagi tahun 2010. Hasil pendapatan negeri telah meningkat. Hasil dari pembalakan juga meningkat berbanding dulu.

    6. Orang kelantan berselerak di negeri BN. Hang memang orang kelantan puak Umno baru yang buta budaya sendiri. Salah satu sifat orang kelantan adalah suka merantau dan berniaga. Kalau kita baca tulisan sejarah terdapat ramai orang kelantan yang merantau dan membuka perkampungan atau mengembara berdakwah. Antaranya ayah kepada ulamak terbilang sabah iaitu Haji Suhaili.

    ReplyDelete
  9. Anon 01:25

    Hang ne, cuba menegak benang basah, berselindong disebalik fakta ketua Audit Negara. aku ingin menjawab persoalan hang seperti berikut:

    1.Enekmen Hudud Kelantan telah diluluskan, kenapa Pas Kelantan tidak melaksanakannya,seperti Pok Nik memberitahu Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir tidak membenarkannya, Tun Mahathir telah pun menjelaskanya, habis kenapa Pas masih tidak melaksanakanya, ini menunjukan Pihak Pas sengaja memainkan isu untuk kepentingan politik, lebih terserlah lagi pemimpin2 Pas telah membuat pengakuan kepada Pakatan rakyat tiada keperluan melaksanakan Hudud.

    2.Sebelum nak disenaraikan sumbangan Umno diKelantan, aku harap hang senaraikan dulu apa yang Pas buat selama 22 tahun memerintah negeri tersebut, kerana hang bolih minta Tok Pa Menteri Perdagangan Antara Bangsa Dan Industri senaraikan apa yang Umno telah buat diKelantan, itupun,jika hang mahu mencari kebenaran.

    3.Mengenai Prestasi Selangor, yang hang maklumkan, ketua Audit Negara memuji prestasi Selangor, seperti YB Datok Mukhris Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa Dan Industri katakan Teresa Kok & Lim Guan Eng x tahu malu mengaku bawa masuk pelaburan, padahal itu adalah hasil usaha Kerajaan Pusat melalui Kementerian, kalau hang ada fakta yang sebaliknya, sila senaraikan apa kejayaan Pakatan Rakyat semenjak mereka memerintah Selangor.

    4.Jika dibandingkan Sabah dengan Kelantan, Sabah jauh lebih baik dari Kelantan.

    5.Hasil balak memang meningkat diKelantan, kerana itu saja yang mampu dilakukan olih Pas, yang lain2 harap kerajaan Pusat melalui Tok Pa.

    6.Sifat orang Kelantan suka merantau berniaga, x merantau macam mana diNegeri sendiri tiada peluang, susah.

    ReplyDelete
  10. Saudara 17.08. Hang ni memang jenis buta perut dan buta hati. Sebabnya hang langsung tak boleh lihat kenyataan yg ada didepan mata.Menang ada org mcm hang ni dan disebut pun dalam Al Quran. Cuba2 berfikir secara rasional. Memang ajaran PAS ni serupa dgn ajaran KOMUNIS yg mana dia akan asuh seseorang tu dengan cara halus seperti PAS ajar anak2 nya termasuk juga di PASTI. Sebab itulah segala kebaikan orang dia tak terima, tapi tang duit dia hentam tak kira dari mana.Pengalaman saya didepan mata sendiri iaitu duit zakat fitrah dari kalangan orang kampung yg dikutip oleh amil PAS yg tidak memberi/ sumbang kepada bukan ahlinya iaitu ahli UMNO yg ternyata berhak menerima wang itu. Islam apa mcm tu. Lu fikirlah sendiri dalam2. politik-politik , jangan jual agama untuk kepentingan politik peribadi.........

    ReplyDelete
  11. anon 15:46,

    1. Ikut suke mung la. Kalau jenih kata yang dok pegang/iktikaq kambing yang terbang katlangit tu bukan burung - tak ada faedah nak dibawak bertukar fikiran. Lantak nko la...aku tak rugi apa-apa. Kalau lingkup orang melayu, melayu jenis nko pun terlingkup sama.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive