Oleh: HHalem.
Jadi, rumusannya, apa-apa yang bersangkut paut dengan lembu Autralia menggunakan duit rakyat, semuanya akan tinggal taik lembu.
Rasa-rasa nya tak nak lah jadi lembu, walaupun kita sokong Umno.
.............
Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin
Parlimen Malaysia. 10 November 2011
“Skandal NFC Bersabit Pertanggungjawaban Wang Rakyat, Bukan Soal Serangan Peribadi”
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang akhirnya tampil memberi sedikit penerangan mengenai kontroversi membabitkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga beliau.
Keberanian beliau itu sedikit sebanyak meredakan kemarahan rakyat yang bingung dengan pelbagai kenyataan caca merba yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional mengenai NFC setakat ini.
Namun, saya amat kesal apabila beliau turut membuat komen yang berbentuk peribadi dengan menuduh saya dan KEADILAN mahu merosakkan Wanita Umno dengan mendedahkan penyelewengan di NFC.
Isu pokok yang perlu diberi perhatian adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik keluarga beliau walaupun prestasinya tidak menepati sasaran.
Ia menyentuh nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana oleh kerajaan berbanding syarikat keluarga beliau.
Skandal NFC menyentuh soal tata kelola kewangan negara yang lemah hingga wang rakyat dibelanjakan sesuka hati.
Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin wanita untuk membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan segera.
Saya langsung tidak mempunyai motif peribadi, saya hanya melaksanakan amanah yang dipikul.
Oleh yang demikian, saya berharap Dato’ Seri Shahrizat Jalil juga kembali kepada amanah yang beliau pikul sebagai pemimpin wanita utama negara dan menerangkan sepenuhnya pelbagai pendedahan yang dibuat KEADILAN setakat ini.
Pendedahan-pendedahan ini masih belum dijawab dengan baik oleh mana-mana pimpinan Barisan Nasional.
Maka, tindakan terhormat yang perlu diambil oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah dengan mengumumkan perletakan jawatan dari kerajaan dan berundur dari politik serta merta memandangkan KEADILAN masih ada beberapa bukti penyelewengan yang lebih besar yang belum didedahkan.
Hanya tindakan berundur diri oleh beliau yang boleh menyelamatkan maruah ahli-ahli Wanita Umno yang turut terpalit dengan skandal NFC ini.
Sekian. Terima kasih.
Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Merangkap Ahli Parlimen Ampang
dedah kan la semua ..ini main sikit2 apa kejadahnya..memang dasar org politik
ReplyDeleteaku mmg tak suka kat sharizat tapi jatuh cinta dgn izzana salleh
ReplyDeleteSDRA HHALEm
ReplyDeleteMohon izin,
FEEDLOT :
Keluarga Shahrizat tak patut terlibat.
Sharizat adalah UMNO ketua cawangan ketua wanita dan juga Menteri penuh kabinet, maka ia adalah "publik figure".
Bila dah jadi publik, semua orang nampak kan, maka, kalau dah dapat projek yang di biayai olih kerajaan dan duit pembayar cukai, lagi lah tambah "public figure".
Jadi kalu dah jadi publik figger 3 kali , "there is nothing as private except what you do in the bedroom and what you do in the toilet/bath room".
Sama juga dengan RRR di Pulau Pinang.VVVIP marah orang libat kerabat dalam cerita umum.
Sama juga kalau dah mau sangat nak jadi flom dan kerabat flom kan.Bila masuk arena nasional dah jadi public figger.
Sepatut nya keluarga menteri dan menteri tak bolih, tak bolih , tak bolih ambil dengan projek tajaan kerajaan ,itu kardinal prinsiple di UK dan Amrika syrikat Ostolia EU.
apa pasal kat sini ada menteri get involved ?
Sharizat,anda kan lawyer mesti faham prinsip of konflik of interests,disclosure,macam kes kes AA MAS Khazanah EO Sime Securities Komision Ramunia dll tempoh hari?
Ada orang kata "my family worked hard", saya tanya balik "working hard ikut acuan apa ,model siapa, 24hrs-365day,japanese model korean model atau british model"?
arjuna waspada
changkat lobak.
Tuan Arjuna Waspada, Changkat Lobak:-)
ReplyDeleteSaya sign ikat kontrak seumur hidup ahli Umno, sudah tiga keturunan.
Tapi kita tidak taksub membabi buta seperti PAS dan defence kesalahan Umno walaupun 100% memang salah, conflict of interest.
Depa berak taik lembu, kita tidak semestinya defence. Saya setuju dgn Tuan 200%.
Penyokong & blogger Umno/Bn, berusaha habis-habisan untuk memenangngi PRU 13 Nanti, tetapi puak2 pemimpin atasan Umno semakin terserlah dengan sikap kerakusan & kroni, bangkai Gajah tidak bolih ditutup dgn Nyuru atau sehelai kertas, Hairan, Noh Omar & setiausaha Sulit Kananya Datuk Saiful Bahar, merujuk kpd Surat Pejabat Perdana Menteri dlm PPM(T)1052-00 JLD 9 (20) bth 12jun 2009 & surat Pejabat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani KP/MP/165 bth 6julai 2009, permohonan seorang rakyat Malaysia untuk mencari rezeki yang halal, memohon bagi mendapatkan Dana Membeli Vesel pukat tunda Zon B dgn anggaran Pimjaman RM 180K Dengan cagaran tanah 3.792hektar, hingga ke hari ini, sudah 2tahun lebih masih tiada jawapan, walau pun mereka melaporkan ke Pejabat Perdana Menteri perkara tersebut sedang dalam tindakan, adil kah ini, Keluarga Sharizat, walaupun tanpa cagaran diberi ratusan juta ringgit.
ReplyDeleteIni lah padahnya bila pemimpin yang kurap dan pakai duit rakyat untuk beli undi mendapatkan jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan sebab nak pulun harta untuk sanak saudara deme. Patutlah shahrizat menang jawatan ketua wanita..rupa2nya duit yang dia beli UNDI dengan wanita2 umno yang mata duitan tu dari hasil dana projek lembulah. Tak hairanlah kalau shahrizat menang besar dulu lawan rafidah sebab DUIT LEMBU lah. Mana2 pemimpin yang baik dan bagus prestasi kepimpinannya yang tak main DUIT KALAH. Padan dengan muka wanita2 umno kerana memilih pemimpin yang umpan duit dan korapsi jadi Ketua dan SEKARANG DAPATLAH PEMIMPIN PENYANGAK MACAM SHAHRIZAT ...si ratu lembu yang kaya atas keringat dana rakyat ...sial punya pemimpin patut dipecat dari UMNO dan kerajaan dengan segera!!!!!
ReplyDelete