Oleh: HHalem.
DS Najib Bergurau Senda Dengan Tun Mahathir.
1- Sebentar tadi semasa ucapan DS Najib, dikeluarkan oleh Berita TV3, kita disajikan beberapa pilihan iaitu samada DS Najib komplen, memaklumkan atau menyatakan yang hakikat bahawa beliau lebih teruk dari Tun Mahathir untuk “melaksanakan” Wawasan 2020 berbandingkan Tun sendiri. Tun mempunyai bahagian yang lebih mudah iaitu hanya “melancarkan” Wawasan 2020.
Kerja Tun cukup mudah iaitu dengan hanya berkata ‘mari kita lancar W2020’ dan ia sudah mengegarkan seluruh Malaysia seperti mana JF Kennedy lakukan.
"Semasa perdana menteri sebelum saya, Tun Dr Mahathir mengumumkan wawasan bagi negara pada 1993, Wawasan 2020, ia menggembirakan negara. Sama seperti ketika Presiden Kennedy kata, mari kita hantar orang ke bulan. Ia telah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat” – Najib dipetik Mkini >
2- Samada Najib berselorah atau tidak, ia mungkin cukup pedas bagi Tun kerana Najib menganggap beliau yang teruk berkerja untuk menjayakan W2020, wahal Tun hanya melakukan perkara mudah.
"Saya beritahu Dr Mahathir, anda buat bahagian yang mudah, anda lakukan bahagian "apa", tetapi saya perlu lakukan bahagian "bagaimana","
– Najib berseloroh semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.
(“apa” = what is W2020, “bagaimana” = how to implement W2020).
3- Dengan itu kita faham pemikiran DS Najib sekarang iaitu kenapa beliau tidak langsung begitu ghairah meneruskan “Halal Hub” dan “Islam Hadhari” dan pelbagai lagi yang dilancarkan oleh Tun Abdullah. Oleh itu persoalan yang timbul sekarang ialah kenapa Najib meneruskan W2020 oleh Tun Mahathir tetapi tidak wawasan Tun Abdullah?
Sudah pasti ia disebabkan perjanjian-serigala di antara Tun dan Najib. Perlahan-lahan dan sudah pasti Najib mulai mendedahkan perjanjian-serigala tersebut.
Sekarang mari kita lihat apa tindakbalas Tun terhadap kenyataan Najib seperti yang dilapurkan oleh Bernama hari ini.
Tun Mahathir Menjawap Gurauan/Selorah Cum Sindiran Najib.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.
“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, Najib berdepan “kesukaran” berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.
"Beliau tidak mempunyai majoriti seperti mana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran,”
Tun Mahathir berkata kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema “Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global” sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. - Bernama
Cukup jelas bahawa Tun Mahathir berkata Najib amat sukar kerana beliau tidak mendapat majoriti besar di Parlimen dan bukan salah sesiapa. Lebih parah lagi Najib perlu menguruskan krisis (Crisis Management) dengan bijak.
Sudah tentu Najib akan lebih bengang dengan Tun kerana Tun tidak langsung memberi kredit kepada beliau walaupun diakui Najib berkerja keras.
“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,”
Apa yang kita harapkan, Najib jangan lah salahkan sesiapa terutamanya Tun terhadap kesukaran atau kegagalan beliau mencapai apa-apa objektif. Kita tidak mahu perjanjian-serigala didedahkan sekarang, lebih-lebih lagi apabila PRU 13 dah hampir.
Najib baru setahun jagung memikul tanggungjawab sebagai PM. Walaupun Najib beranggapan bahawa bahagian
ReplyDeletenya menjayakan wawasan 2020 sebagai bahagian yang sukar, tetapi Tun M juga mengalami situasi yang sama ketika mula-mula mengasaskan pemodenan
Malaysia pada awal pemerintahannya dulu.
Tun M juga melakukan tranformasi dengan memperkenalkan berbagai dasar baru yang menukar Malaysia dari sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara perindustrian.
Najib takut-takut berani jer menyakat Tun M tu..
ReplyDeleteMaklum laa..perhimpunan agong Umno akan berlangsung,...kritikan Tun M tempohari terhadap
Umno dan pemimpinnya perlu dijawab.
Kalau tidak, jatuh laa saham Najib di mata perwakilan. Nasib baik Tun M memberikan pujian
atas kerja kuat Najib, walaupun sempat mengingatkan bahawa Malaysia telah pun mencapai taraf negara maju.
Tuan Rakab:-)
ReplyDeleteNajib dok menyakat salah org..
Tun kelepiak sekali, mau terpelanting sebatu Najib:-)
Tapi Najib pun seram sejuk juga sbb Tun dah pernah buat rekod ngn Pak Lah..
Apa pun, Tun x leh ulang dua kali. Kalu x, jahanam negara boleh dapat kat PKR-PAS-Dap.
tun M berslogan dan berkonsep dan bekerja keras menjayakan slogan & konsep.
ReplyDeleteNajib berslogan dan berkonsep tapi masih flip flop dan banyak ikut cakap cina & india.
Tun ikut fahaman buat yang benar & betul akan menang. Najib ikut fahaman ada bilangan undi banyak boleh menang... dan allah memberi kerajaan pada sesiapa yang dia inginkan. cuma allah inginkan pemimpin yang beramal yang benar dan menolak yang mungkar.
... hati mau baik.
Berkat Doa seluruh rakyat inshAllah bolih berjaya.
ReplyDelete