Oleh: HHalem.
1- Jika mempunyai masalah diri, ada baik nya juga balik kampong berjumpa ibubapak untuk meminta nasihat dan pandangan orang tua-tua. Termasuk untuk menenangkan fikiran. Itu pun bernasib baik jika ibubapa masih ada.
Ini lah apa yang terjadi kepada Aziz Bari yang menghadapi masalah demi masalah buatan beliau sendiri di UIAM. Akhir-akhir ini beliau dilihat berulang alik ke Kampung Sabak Bernam dan memberi kesan positif pada pemikiran beliau. Setidak-tidaknya ia memberi kesan keinsafan atau buang tebiat kearah kebaikan. Kata orang musabahah diri atau self-assessment.
Ada juga yang berpandangan bahawa Aziz Bari akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam. Lihat tajuk lain yang berasingan di sini >
2- Mari kita imbas sejenak buah fikiran Aziz Bari yang dipetik dari Mkini.
"Mungkin bagi saya ini masa untuk cari ruang atau tugasan yang lebih fleksibel,"
"Tapi apa pun, saya tidak akan lari daripada apa yang saya buat sebelum ini – rundingan, penulisan, penyelidikan dan juga untuk menganggotai (badan berkaitan)," - Aziz dari Mkini
Aziz menyedari bahawa ruang untuk mengkritik dalaman akan terbatas sekiranya beliau menyertai parti politik kerana perlu akur dengan kekangan dan dasar parti berhubung sesuatu isu. Begitu juga semasa berada di UIA.
“Setakat ini saya tidak berparti jadi saya tidak melihat masalah. Cuma, di mana-mana pun sebenarnya ada sekatan atau batasan”
"Kalau kita kekal dalam akademik pun sama juga, harus fikir apa kesan daripada kenyataan, huraian kepada universiti atau majikan”
"Kalau jadi perunding atau felo badan bebas sekalipun, saya hanya boleh sentuh perkara yang mereka boleh terima," - Aziz dari Mkini >
Penulis seperti tidak percaya apa yang diluahkan oleh Aziz Bari setelah beliau membuat penganalisan diri sendiri.
Walaubagaimana pun, jika sudah mencapai umor 53, baru hendak tegadah, maka amat susah dan berat bagi beliau mengikut dan mempraktikan apa yang beliau ungkap di atas.
Kita tunggu, Aziz Bari selepas ini akan mengkritik Perlembagaan dan Baginda Sultan Selangor seperti biasa tanpa memikir sekelumit pun mengenai orang-orang Melayu dan Islam, seolah-olah beliau lupa bahawa beliau berasal dari Kampong Sabak Bernam.
Orang tua-tua mempunyai istilah bagi orang yang tersasar seperti Aziz Bari ini.
Orang tua-tua mempunyai istilah bagi orang yang tersasar seperti Aziz Bari ini.
Bijak tapi BODOH!!
ReplyDeleteHakikat kehidupan didunia..setiap kebebasan ada batasnya.
ReplyDeleteOrang2 tua kata dah...kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Harap je jadi prof..tapi tak bijaksana.Akhirnya jadi mangsa liwat semata2.
HHalem, awat hang kena tembak juga ka, mcm Din Turtle, x nampak pun artikel hang di blog Gerakan Anti Pkr sehari dua ne.
ReplyDeleteKut ye pon Baghal jgn la ditunjuk-tunjuk..Buat malu orang Sabak je..mana ada orang Sabak Bernam TENGIN macam nih...
ReplyDelete