Oleh: HHalem.
1- Apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut bersuara serentak menikam Hassan Ali, bermakna kedudukan Hassan Ali memang betul-betul tergugat didalam PAS.
Mustafa Ali menganggap Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.
Mustafa juga menganggap Hassan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti dan berniat menyerang PAS dan menjadi alat Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.
"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS
"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," – Mustafa berbual dengan Harakah dan Harakahdaily >
Ia satu tuduhan yang amat berat dan ia tidak akan dikeluarkan sewenang-wenangnya jika Mustafa belum berfikir panjang dan berunding dengan pihak tertinggi PAS.
2- Tidak cukup dengan serangan oleh orang kuat Pas, Hassan Ali turut diserang oleh Mahfuz sebagai Naib Presiden. Mahfuz menzahirkan bahawa Pas tiada halangan jika Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mahu menyertai mana-mana parti politik di negara ini kerana Hassan berhak meninggalkan Pas.
"Pas bersikap terbuka, dan tidak mempunyai halangan untuk Hasan, sekiranya ingin meninggalkan parti ini, malah sebelum ini beberapa pemimpin dan ahli Pas telah berbuat demikian, kami (Pas) masih teguh untuk meneruskan perjuangan”
"Pas tidak akan memberontak atau meraih simpati jika ia berlaku, Hasan juga berhak untuk memberikan sebarang pandangan, sudah tentu beliau mempunyai pendapat sendiri, dan saya yakin apa yang diperkatakan oleh beliau bersifat peribadi, Pas mengamalkan demokrasi malah tidak menghalang sesiapa bersuara,"
- Kata Mahfuz dalam sidang media di ibu pejabat Pas >
Serangan serentak kedua-dua pemimpin tertinggi Pas ini cukup serious dan ia menunjukan bunga-bunga bahawa Hassan Ali dan Nasharuddin akan tersingkir pada pencalonan PRU 13 nanti. Kebarangkalian nya amat tinggi.
Malahan pembunuhan kerjaya politik Hassan Ali didalam Pas sudah bermula dengan tersusun rapi apabila beliau tersungkur dipancung di peringkat akar umbi dan dengan bangga di hebahkan secara pra-matang oleh Saari Sugib di sini >.
Lihat video di sini> kenapa dan salah satu penyebab Hassan Ali diserang begitu kejam.
Jawapannya rengkas je bro..kerana Mempertahankan Aqidah dan Memperjuangkan ISLAM...YANG HAQ.
ReplyDeleteAnon 11:30, Satu perkara lagi bro, Pas nak jaga hati, orang kafir DAP.
ReplyDelete