Oleh: HHalem.
"Mustafa Yang Sebenarnya Jumpa Pemimpin Umno..Bukan Saya"
Ini Perang Besar.
..........Update with Video.........
1- Tuduhan yang dilempar terhadap Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali oleh Datuk Mustafa Ali telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Hassan. Malahan Hassan memberi gambaran jelas bahawa Mustafa lah pengkhianat sebenar dan gunting dalam lipatan didalam PAS.
"Setahu saya, yang ada ialah pertemuan yang....berulang kali antara Setiausaha Agung dengan pemimpin-pemimpun Tertinggi UMNO. Bahkan terdapat permohonan daripada Setiausaha Agung sendiri untuk bertemu seorang pemimpin tertinggi UMNO yang sehingga kini setakat yang saya maklum, belum dapat diadakan,"
- Hasan di sidang media khas di rumah di Pinggir Taman Tun Dr Ismail hari ini.
2- Hassan membidas bahawa Mustafa juga harus disiasat oleh pucuk pimpinan Pusat PAS atas dakwaan sonsang Mustafa.
"Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin UMNO di Hotel Meridien”
"Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, terpulang kepada pimpinan (Pas) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan Setiausaha Agung dan Pemimpin UMNO,"
Sebelum ini, Mustafa berkata beliau tahu bahawa Hassan mengadakan pertemuan sulit dengan seorang pemimpin UMNO di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada Ramadan lalu. Mustafa menuduh Hassan telah terjebak dalam agenda UMNO.
3- Tuduhan di atas membuat Hassan berang dan membidas Mustafa yang beliau bertindak diluar bidang kuasa dan seolah ketua perisik dalam menyiasat perlakuan ahli dan pemimpin Pas.
"Saya ingin mendapat pengesahan daripada Setiausaha Agung, sejak bila Pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat Setiausaha Agung Pas. Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,"
4- Unjuran dari itu, Hassan mendedahkan kelemahan sistem perhubungan yang diuruskan oleh Mustafa Ali kerana beliau sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat dari Lajnah Politik PAS.
"Saya bersedia bertemu pimpinan pada bila-bila masa. Panggil lepas Subuh saya datang, panggil tengah malam pun saya datang kerana saya patuh pimpinan. Kedua kerana saya memerlukan pandangan pimpinan mengenai polemik yang berlaku. Ketiga saya juga mempunyai pandangan dan input-input untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti,"
Hassan Ali akan mengambil peluang keemasan yang diberi apabila berjumpa nanti dengan Lajnah Politik PAS, untuk mendedahkan siapa kah penderhaka dan talibarut sebenar didalam PAS.
Pok Nick juga turut menghukum secara pra-matang kerana beliau telah mengkritik Hassan Ali, Nasharuddin dan Saari Sungib sebelum disiasat. Mereka dihukum bersalah, tetapi tidak terhadap Mustafa Ali dan Mahfuz Omar yang menimbulkan huru-hara didalam PAS. Kritikan dan jatuh hukum Pok Nick di sini >.
Menuduh Saari Sungib bercakap pra-matang, Pok Nick pun serupa jugak.
Menuduh Saari Sungib bercakap pra-matang, Pok Nick pun serupa jugak.
Pembongkaran terhadap talibarut Mustafa Ali oleh Hassan dinanti-nantikan oleh semua pihak. Peperangan ini diharap berterusan sehingga menjelang kempen PRU13 nanti.
Sumber AntaraPos.
Sebenarnya siapa la Dr Hassan Ali jika hendak dibanding Abe Mat Sabu dan Mahfous yg menjadi pilihan dan harapan para perwakilan PAS untuk meneraju dan memancu parti ke Putrajaya..PAS telah bertambah hebat dan matang dibawa pimpinan mereka berdua yg bakal dipilih pula sebagai sebagai Presiden dan Timb. Presiden dalam Muktamar PAS akan datang....
ReplyDelete