Oleh: HHalem.
1- Pada 22 December, kita melihat bagaimana Pok Nick mengkritik dan membidas Hassan Ali sebaik sahaja beliau keluar dari Hospital disebabkan Hassan Ali memberi pandangan yang beliau tidak menerima Negara Berkebajikan PAS melalui TV3 dan Utusan Malaysia. Teks penuh kritikan Pok Nick boleh didapati di sini >
“Saya juga menyeru kepada semua pihak (Hassan Ali) di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti”
- Pok Nick semasa di Kampung Pulau Melaka, Kota Bahru.
2- Hari ini, Hassan Ali selain dari menarik balik kritik tersebut dan menempelak Mustafa Ali sebagai pembohong sebenar di dalam Pas (di sini>), beliau turut juga tidak melepas peluang menyanggah teguran Pok Nick.
3- Ikuti sanggahan Hassan Ali terhadap Pok Nick dan kenapa beliau memilih TV3 untuk menyalurkan kritikan beliau terhadap dasar-dasar pemimpin Pas.
Hassan Ali menyanggah bahawa beliau bersekongkol dengan media 'musuh' milikan UMNO dan menegur Harakah kerana meminggirkan beliau dan pemimpin tertentu termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din.
"Bagi saya, tak ada yang dinamakan media UMNO. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk Kerajaan. Dan UMNO sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media UMNO. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.,"- Hassan di sidang media dirumah beliau.
"Bagi saya, siapa yang dapat menyebar dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas (saya akan terima). Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya, dalam konteks kontroversi ini,"
Hassan memberi contoh, artikel wawancara antara Harakah dengan Timbalan Mursyidul Am Pas sendiri, Datuk Harun Din mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap premis milik Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu, tidak langsung disiarkan didalam Harakah sehingga kini. Ini adalah kerana campurtangan pihak atasan Pas.
"Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din ada panggil pemberita untuk beri pandangan mengenai isu DUMC. Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Harun Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hassan Ali?,"
Justeru itu Hassan Ali turut mempertikaikan Pengerusi Harakah, Mustafa Ali, supaya di buang begitu sahaja kerana tidak berkesan dan tidak bertanggungjawap.
"Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama (yang) sesetengahnya telah memimpin Pas selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan keadaan ini perlu (berubah),".
MOSHE NICKKI AJIS NI IBARAT BANGSAT YG BERSELINDUNG DISEBALIK TOPENG AGAMA SEBAB MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN DAN MEMENTINGKAN POLITIK SEKUTUNYA...
ReplyDeleteTAHNIAH DR HASAN ALI KERNA MEMBAWA KEBENARAN WALAU MENERIMA KRITIKAN YG DIKUARKAN DARI MULUT MELAYU YG BANGSAT...
YANG BENAR TETAP BENAR...
PEJUANG HAMAS...
saya jugak ucapkan tahniah kepada hassan ali berani kerana benar...
ReplyDeletepok Nick = pork nick !!!Mat salleh mana?Banana
ReplyDelete