Oleh: HHalem.
1- Masih ingat kah kita pada 17 June 1994, The Asian Wall Street Journal pernah melapurkan bahawa Khalid Ibrahim (sekarang Selangor Menteri Besar) telah membeli 5% saham Guthrie dengan nilai RM125 million?
Ramai-ramai yang tertanya-tanya dimana kah beliau mendapat wang sebanyak itu. Masa itu kita tidak kisah dimana beliau mendapat wang kerana kita berbangga dengan anak Melayu yang telah berjaya di dunia korporate. Hari ini cukup berbeza kerana kita mahukan kesemua jawapannya kerana Khalid sekarang menjaga kepentingan rakyat.
Kemudian separuh soalan kita terjawap dari mana Khalid memperolehi wang apabila Bank Islam menyaman Khalid untuk memperolehi saki-baki hutang RM66 juta yang beliau pinjam.
2- Hari ini, kita mendapat separuh lagi jawapan bahawa sebahagian wang RM125 juta dibayai oleh jutawan Lim Kim Hong empunya I-Bhd.
Untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut, hari ini Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor terpaksa memberi projek mewah di Selangor bernilai berbillion kepada Lim Kim Hong.
Siapa kah yang mendedahkan nya?
Tidak lain dan tidak bukan, orang PKR yang sangat teramat benggang dengan Khalid dan ingin merampas kuasa dari Khalid iaitu Azmin Ali. Cerita ini sampai ke telinga Raja Petra dan di muatkan di dalam blog beliau The Malaysia Today. Orang-orang Azmin berebut-rebut mengejar projek di Selangor dan amat kecewa dengan Khalid dan memaksa Anwar campurtangan untuk meleraikan keadaan.
Cerita Azmin Ali tidak sebulu dengan Khalid memang tidak dapat disangkalkan lagi. Dan kita sekarang mengetahui siapakah yang membiayai Khalid untuk membeli Guthrie pada tahun 1994.
Itu lah kerja PKR-PAS-DAP di atas sana apabila mereka berkuasa, tidak ada bezanya langsung, malah lebih rakus kerana mereka menunggu saat-saat sebelum digulingkan oleh BN. Dimanakah yang dikatakan membela rakyat.
Orang-orang dibawah membela PAS-PKR habis-habisan, tetapi diatas sana mereka kaut harta dan wang rakyat secukup-cukupnya. Kaedah mencuri nampak bersih dan tertib, tetapi yang kaya hanya lah Khalid Gagap dan Azmin Ali yang berebut-rebut merampas harta.
Sumber utama FreeMalaysiaToday>
Sumber utama FreeMalaysiaToday>
"TIDAK ADA BEZANYA LANGSUNG"...dengan?...Tahu takper. Baik undi Amanah
ReplyDelete:-)..Amanah..Kena daftar dulu..
DeleteAmanah itu parti saya ....PARTI CAP AYAM. Kokooookook
ReplyDelete