Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

28/03/2012

Tender Semula. DS Najib Akhirnya Akur Kepincangan NFC.


Oleh: HHalem.

....start berita Bernama...
Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Fidlot Nasional.

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini)”

"Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," – Noh Omar ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

-Bernama

....end berita Bernama...

HHalem:-

Dengan pengumuman DS Najib sebelum ini meminta supaya projek NFC diteruskan dan dengan susulan oleh Noh Omar sebagai menteri berkaitan, terbukti lah sudah bahawa kerajaan akhirnya akur dengan apa yang terjadi dengan pengurusan dan salahguna pentadbiran NFC.


Walaupun DS Najib berkali-kali berkata, Shahrizat dan pengurusan NFC tidak bersalah selagi mahkamah belum membuat keputusan, tetapi tanggangjawap moral terhadap kewangan rakyat amat jelas di sini.

Memang benar, anda tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Itu undang-undang dunia, tetapi hukum moral adalah mustahak pada akar umbi yang akan menentukan jatuh bagunnya Umno-BN. Ia tidak harus dipandang ringan.

Pengajarannya cukup jelas didalam kes lembu NFC ini, iaitu:-

Pertamanya. Setiap laporan oleh Ketua Audit Negara 2010, jangan lah diambil mudah dan proses pembaikannya haruslah dipercepatkan supaya kepincangan pentadbiran Umno-BN tidak menjadi ketara. Kes NFC jelas dilaporkan oleh Public Account Committee (PAC) bahawa syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007. Kenapa kita perlu berada didalam “mode-tidak-mengaku” atas segala kepincangan yang dilaporkan?

Oleh itu kenapa kah kita perlu membela mati-matian hanya kerana ia diperbesarkan dan diambil kesempatan oleh pembangkang atas kelemahan kita sendiri. Jadikan lah ia sebagai pengajaran dan proses pembaikan berterusan oleh pentadbiran sedia ada.

Keduanya.  Dengan pengistiharan Noh Omar diatas, jelas menunjukan Najib akur tentang kepincangan NFC, walaupun mengambil masa yang agak lama. Begitu juga dengan panggilan tender semula untuk mengambil alih NFC, bunyinya cukup cantik, tetapi harus diingat bahawa penglibatan pemilik asal Dr Mohd Salleh Ismail tetap ada dan tidak boleh dibuang 100%. Yang pasti “full controlling power” terhadap kewangan dapat dibenteras. Lahir lah check-and-balance di dalam pengurusan NFC dan ini sepatutnya dilaksanakan dari awal lagi. Kenapa ini tidak dilakukan dari awal penubuhan dan dibiarkan anak beranak sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Ketiganya. Kita selalu menyebut bahawa penganut-penganut PAS senantisa taksub, tidak kira betul atau salah, dengan apa yang dikeluarkan dari mulut Pok Nick dan pemimpin tertinggi PAS. Apa yang lahir dari mulut Pok Nick dianggap paktua dan diikuti berduyun-duyun ke kiri atau kemudiannya berduyun-duyun ke kanan mengikut rentak Pok Nick.

Begitu lah juga, dimana kita mengkritik, betapa taksubnya pengikut bekas banduan Anwar, dimana apa yang lahir dari mulut beliau di serap 100% sebagai betul, tidak kira beliau meliwat atau tidak. Tidak kira Anwar homoseksual atau tidak.

Oleh itu, perlu kah kita menjadi seperti penganut PAS dan pengikut PKR, dimana kita sendiri begitu taksub membela segelintir manusia yang terlibat didalam NFC?

Kita (penulis) adalah pengikut tegar Umno, tetapi cuba mengelakan diri dari membuta tuli taksub kepada Umno, sehinggakan apa yang dilakukan perlu di lindungi 100%, mati atau hidup.

DS Najib akhirnya akur kepincangan NFC. 

Hidup Umno !!

Comments / Pandangan Melalui Facebook

3 comments:

  1. Ada berita ker najib ckp mcm tu.nilah dia kalau dahbtak ada idea.parti sendiri pun nak hentam.bg aku x perlu kacau mereka ok.diam2sudah.biar mahkamah menentukan.kalau ko bg statement mcm ni,pembangkang tgk beb.sedap lah mereka spin

    ReplyDelete
  2. entah....bodoh punya HH...NFC ni political damage ke??bangang ke ape nko ni HH...

    ReplyDelete
  3. Saudara HHalem, biarlah depa kata bangang, tetapi bagi aku, Isu NFC, perlu pemutihan & kerajaan bertindak bijak, bagi menyelesaikan Isu ini, sebagai kerajaan, membiarkan isu ini tanpa bertindak sesuatu, pada hal sudah nampak dihujung terowong permasaalahan sebenar, akan menyebabkan pembangkang lebih selesa menuduh kerajaan BN menyeleweng, cuba menyelamatkan Kroninya, tiada rugi apa2 disegi politik, isu ini sudah lama dimainkan, malah heronya telahpun kemahkamah, malahan ketelusan Kerajaan dibawah pimpinan DS Najib, nampak semakin menyerlah jika bertindak sedemikian.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive