Oleh: HHalem.
Silap-silap haribulan India Seremban yg kena
tangkap dah buat pengakuan yang beliau terima arahan dari Anwar-Azmin-Chegu Bard.
...mStar...
Pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dijangka akan dikenakan tindakan pada Selasa berhubung perhimpunan Bersih pada 28 April.
Pemimpin pembangkang dan Timbalan Presiden PKR dijangka akan didakwa kerana melanggar perintah mahkamah yang menyekat orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari itu.
Mereka berdua adalah orang pertama didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman yang baru.
Menurut satu writ saman yang disampaikan kepada Azmin, dia dituduh melanggar Seksyen 188, 109 dan 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen 188 merujuk kepada "keingkaran kepada perintah yang telah diisytiharkan oleh penjawat awam", manakala Seksyen 109 dan Seksyen 34 kerana bersubahat dan hasutan.
Notis kepada Azmin menyatakan dia bersama lima yang lain telah berpakat dengan R Tangam, G Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan melanggar benteng di sekitar Dataran Merdeka.
Satu notis berasingan menyenaraikan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, menyatakan Azmin yang mengambil bahagian dalam protes jalanan dengan niat melanggar perintah mahkamah oleh Zaki Asyraf.
Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan kedua-dua mereka telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi, Selasa.
Anwar dan Azmin telah dituduh menghasut orang ramai melanggar benteng selepas klip video muncul menunjukkan kedua-duanya memberi isyarat antara satu sama lain di hadapan tapak bersejarah.
...Sinar Harian...
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.
Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.
"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.
Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."
"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.
Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa;
"bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."
Agaknya kali ni berapa tahun pulak dia nak tunda kes? Alasan kes dulu akan digunapakai lagi (itu pun kalu kapal sinki umur panjang).
ReplyDeleteapa-apa pun UMNO kena cermin diri sendiri, cuba tengok betul-betul dalam cermin tu, mesti nampak wajah si babi aljubs, itulah dia UMNO, sama je ngan si albontoti !!! corrupt=UMNO=ANWAR=BABI !!!
ReplyDelete