Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

19/05/2012

Konsensus Majlis Pimpinan PR Membawa PAS Ke Arah “Parti Syaitan” dan “Parti Ajaran Sesat”. Dengan Persetujuan Hadi.


Oleh: HHalem.

Mengenai hukum hudud, nampaknya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berseorangan dan menentang arus melawan Hadi Awang dan Pakatan Rakyat. Harun menyuarakan bahawa setiapkali berbincang dengan PR mereka akan terus meniup dasar perjuangan dan agenda PAS termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Harun menekan kan bahawa Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan hukum hudud.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR”

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang” – Harun dipetik Sinar Harian.

Harun dengan berani dan tidak berfikir panjang terus membuat kenyataan bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti Pas, walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat.


Dengan kenyataan Harun ia cukup memalukan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan menakutkan dan mengegarkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa membuat mesyuarat dan konsensus tergempar.

Dengan mesyuarat dan permuafakatan semula yang diadakan, maka tamat lah riwayat dan mimpi-mimpi indah setiap penganut PAS untuk melaksanakan hukum hudud (termasuk di Kelantan) selagi mereka bersama Pakatan Rakyat.

Presiden Pas, DS Hadi Awang dan ketua-ketua Pas memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti Pas menolak pandangan Harun kerana ia tidak mencerminkan kedudukan Pas tetapi adalah pandangan peribadi Harun.

Malahan, “apa-apa perubahan dalam polisi PR mestilah melalui satu proses konsensus bersama DAP-PKR terlebih dahulu”

Maka rancangan untuk muzakarah-muqabalah-mujadalah-haramjadah (terutama penyatuan umat-umat Islam dan Melayu) hanya tinggal kenangan dan mimpi siang untuk di politikan, selagi PAS bersama Pakatan.

Yang paling menarik sekali, Hadi dan pemimpin PAS bersama-sama Anwar turut juga bersetuju bersama Kit Siang untuk “memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia”. Jelas ia bermaksudkan hak-asasi ciptaan manusia berpaksi Amerika, ya ini Lesbian Bisexual Gay Transgender yang menjadi kegemaran Anwar.

Adakah penganut-penganut PAS tahu semua ini tentang apa yang dikelentong dan dimainkan oleh pemimpin mereka? Bahawa PAS telah diikat di belakang oleh Lim Kit Siang, tetapi dihadapan bergegar-gegar seperti hero.

Tidak di ragu-ragu lagi dan tanpa was-was, memang benarlah jika dikatakan bahawa Pas adalah “Parti Syaitan>” dan “Parti Ajaran Sesat”.

Lihat konsensus dan permuafakatan semula yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang dan dipersetujui oleh Hadi dan Anwar seperti di bawah.


MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat di antara mereka dalam polisi umum sebelum atau selepas PRU13 dan apa-apa perubahan dalam polisi PR mestilah melalui satu proses konsensus terlebih dahulu.

Majlis Pimpinan PR hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti utama iaitu PKR, Pas dan DAP sama ada sebelum atau selepas PRU13, yang termaktub Kerangka Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, pengenalan Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011.

Sepertimana yang termaktub dalam Kerangka Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam dalam Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan akta dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Perlembagaan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan mana-mana di negara ini dan melindungi hak-hak istimewa kaum Melayu dan orang asal di mana-mana termasuklah negeri Sabah dan negeri Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain berdasarkan peruntukan Artikel 153.

2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja-Raja Berperlembagaan.

3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu berdasarkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) disamping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.

4. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.

5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia. (note: Lesbian-Bisexual-Gay-Transgender).

6. Menjamin semangat federalisme dan perhubungan yang saksama di antara negeri-negeri Persekutuan dan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.

Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada polisi-polisi PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses konsensus di antara ketiga-tiga parti komponen PR.

Hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR di mana parti DAP mempunyai pandangan bahawa pengimplementasian hukum tersebut bercanggah dengan semangat Perlembagaan. Walau bagaimanapun, parti DAP menghormati pandangan parti Pas di atas isu tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti Pas walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pagi tadi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua-ketua Pas yang lain memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti Pas menolak pandangan Harun kerana ia tidak mencerminkan kedudukan Pas tetapi adalah pandangan peribadi Harun.

Lim Kit Siang,
Penasihat DAP dan Ahli Parlimen.
14 Mei 2012


Comments / Pandangan Melalui Facebook

2 comments:

  1. nampaknya hukum hudud menjadi barang dagangan pas untuk ke putra jaya. kepada rakyat akar umbi dinyatakan hukum hudud adalah perjuangan termurni pas. kepada pimpinan pr dikatakan hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya mereka bersetuju. alahai nwar berahi nak sumpah laknat pun tak mahu, karpal singh suruh langkah mayat dia dulu, nak bunuh karpal singh kerana nak jalankan hukum hudud kena bunuh pimpinan pas yang akan mempertahankan karpal singh. bercelaru sungguh pas kini. inilah akibatnya kerana mengikut fatwa bersahabat dengan iblis. di tipu oleh iblis hidup-hidup lepas tu menipu rakyat sampai mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS = PARTI AMANAT SYAITAN

      Delete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive