Oleh: HHalem.
TPM TS Muhyiddin Yassin, agak terkejut dengan pelawaan MB Kelantan, Pok Nick yang tiba-tiba sahaja bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno walaupun perkara tersebut telah dan pernah disuarakan oleh Umno sebelum ini, tetapi ditolak keras oleh Pok Nick.
"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata UMNO tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah..Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah,"
Kata Muhyiddin diatas dipetik oleh Bernama selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama TPM.
Rasa-rasa nya TS Muhyiddin tersasar kerana Pok Nick terkenal dengan tipu helah beliau dimana sekali lagi kita dapati Pok Nick tidak lah ikhlas dan beliau hanya bertujuan politik semata-mata.
Apa tidaknya, TS Muhyiddin sungguh ikhlas dengan menyambut seruan Pok Nick untuk bermuzakarah. Muhyiddin pandang dari segi kebaikan ummah, masyarakat Islam dan secara automatik nya penyatuan dan kekuatan orang-orang Melayu.
Wahal Pok Nick pula sebaliknya. Ini adalah kerana beliau telah meletakkan awal-awal lagi syarat-syarat untuk bermuzakarah dengan Umno atau mana-mana NGO’s. Seperti biasa Pok Nick loyar buruk untuk mengalih pandangan dan bersedia untuk memburukkan Umno.
Lihat loyar buruk Pok Nick selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di Kota Baru, Rabu.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,..Tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat..”
Pok Nick meletak tajuk bersyarat “isu kenapa ada orang hendak tolak Islam”.
Siapa yang menolak Islam..Ada kah Umno? Jikalau tajuk seperti ini, sampai Pok Nick mati dua kali pun tidak akan selesai. Tajuk seperti ini sangat sesuai untuk berdebat dengan Karpal Singh dan Ambiga, bukannya dengan Umno. Pok Nick mahu memperbodohkan semua orang!!
Apakah niat sebenarnya Pok Nick membangkit isu ini dan isu ini adalah kegemaran Pok Nick setiap kali beliau tersepit seperti anjing, seperti kata Mufti Perak, TS Harussani Zakaria.
“The situation of PAS is like a cornered dog. Even if we help them, Nik Aziz will bite. We gave advice to help, but he has challenged us,” Harussani di petik akhbar.
Di mana kah tersepitnya Pok Nick sekarang?
Nama PAS, Pok Nick dan Hadi Awang adalah ditahap yang paling rendah sekarang dan ini ialah helah Pok Nick untuk menarik perhatian dan mengalih semua-semua isu kepada Umno.
a- Karpal Singh DAP menghentam Hadi Awang yang beriya-iya benar hendak mengubah Perlembagaan, jika mereka takluk Putrajaya, dengan mencorakkan Islam yang lebih Ad’din.
b- Kemudian perbalahan DAP Karpal sekali lagi dengan Dewan Ulamak PAS yang tidak sudah-sudah dengan hudud. Model contoh yang iya-iya benar ingin dilaksanakan di Kelantan tidak langsung nampak jalan sehingga kini.
c- Juga, Pok Nick pening dan malu dengan penetapan semula Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu “permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat di antara mereka dalam polisi umum sebelum atau selepas PRU13 dan apa-apa perubahan dalam polisi PR mestilah melalui satu proses konsensus terlebih dahulu. Antaranya ialah,
“Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.”
Bab-bab Gay-Lesbian ini cukup memalukan Pok Nick, tetapi beliau terpaksa bersetuju, akur dan tandaterima penetapan semula tersebut yang ditetapkan sebulat suara oleh Anwar dan Karpal dan juga Hadi Awang.
d- Pok Nick juga risau dengan perkembangan terkini DAP Melayu yang bergolak didalam DAP dengan perletakan jawatan oleh Tunku Aziz. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi kepada Pakatan yang rapuh, kerana Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada DAP.
Dengan kedudukan PAS dan DAP ditahap memalukan sebelum PRU13, maka Pok Nick mendendangkan rentak lama iaitu mahu bermuzakarah dengan Umno, sebagai teknik mengubah perhatian.
Akhir kata, diharap TS Muhyiddin dan Umno tidak termakan dengan tipu muslihat oleh orang yang sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis untuk menjatuhkan Umno-BN.
Sumber dari UtusanMalaysia-DetikPerubahan-MalaysianDigest.
saya past TPM tidak tpedaya, cuma beliau mbalas kenyataan nik ajis. Sekarang tggu tindakan pas pulak utk langkah seterusnya jika mereka ikhlas (which they are not). Semua dah tahu, sandiwara lapuk ini.
ReplyDeleteSemua tektik politik ajer tu... Pok Nik saja nak gertak DAP. Maklumlah setiap kali PAS sebut islam, hudud dsbnya DAP cepat sgt membalas. Jadi sekali sekala gertak sikit Pakatan..Memang pemimpin PAS nak sgt respon dari pemimpin UMNO rupa2nya TPM yg tak berapa cerdik yg menjawab... tujuan sebenar bukan nak muzakarah tapi nak saja nak tunjuk kat PR yg PAS masih laku..cuba takde mana2 pemimpin UMNO yg layan...gelabah beruk la jawabnya...
ReplyDeleteBukan gelabah berok, kalau berok boleh la juga garu ponggong tapi gelabah kora kora mana boleh garu.
DeleteNik Aziz ingat TPM tiada peluru, dia tak tau yg peluru TPM lebih bersar dep dia punya.
ReplyDeletemohon share, terima kasih.
ReplyDeleteAda keikhlasan ke atas muzakarah yang nik ajis ajak ni, kalau setakat jumpa nak kritik tak payahlah buang masa, baik nik ajis ni muzakarah dengan pemimpin2 pas kelantan kenapa tak maju2 lagi kelantan, buat malu diri sendiri je bila hadi secara tak lansung mengaku kelantan itu miskin, lepas orang2 kelantan terpaksa mencuri sebab kemiskinan..sebab hadi kata lepas ni semua selesai baru nak jalankan hudud, kali terkakhir kenyataan nik ajis, kelantan akan dibuat di kelantan dahulu.
ReplyDeletetapi macam biasa lah 22 tahun punya cerita 2 tahun lepas baru nak kaji, lagi 20 tahun tu sibuk jaja cerita je, pastu bermusim pulak, bila ada pilihanraya baru keluar pasal hudud, kalau tak dorang ni sibuk dengan keja "kaunseling rumah tangga" pasal rakyat tolak tepi dulu.
Usah nak belit la nik aziz oiii.dari tajuk muzakarah pun dah tahu nak belit.orang melayu berugama islam dlm UMNO tak pernah tolak islam.buat la tajuk MELAYU UMNO dan MELAYU PAS mesti bersatu.
ReplyDelete