Oleh: HHalem.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri.
Kata Tunku Abdul Aziz, beliau juga tidak percaya rakyat sanggup menganggap Guan Eng seperti 'tokong' melainkan di kalangan penyokong fanatik beliau sahaja.
"Ketika pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk bercakap dengan saya."
"Beliau merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga terpaksa menggunakan 'budak suruhan" katanya kepada Utusan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menafikan menggunakan perkataan 'sombong' dan 'angkuh' terhadap Guan Eng.
Bagaimanapun Mansor mengakui nmenggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng yang bermaksud 'sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.'
(HHalem – Setahu penulis gelaran “tokong” kepada seseorang oleh orang Melayu/Islam adalah satu penghinaan yang amat sangat. Semua orang-orang Melayu/Islam di Penang dan Kedah mengetahui perkara ini.
Jika Datuk Mansor berkata perkataan ‘tokong’ yang diberi oleh beliau kepada Guan Eng merupakan gelaran sanjungan tinggi dan penghormatan kepada Guan Eng, maka Datuk Mansor adalah orang yang paling dusta di Pulau Pinang.)
Kenapa Tunku Aziz pada awalnya teringin dan syok sangat
menyertai DAP.
Kemudiannya, menyesal tak sudah.
Kemudiannya, menyesal tak sudah.
Kita sedang menunggu penyesalan tak sudah dari Aspan dan Dato Arif.
Beberapa bekas pemimpin DAP sebelum ini turut menyifatkan DAP kini dipimpin oleh golongan yang sombong.
Berhubung tindakan Mansor itu, Tunku Abdul Aziz melahirkan rasa kecewa kerana menyifatkan beliau tidak berani berhadapan dengan Guan Eng.
Malah beliau turut berkeyakinan terdapat 'rahsia' tersirat sehingga menyebabkan Mansor menggelar Guan Eng sombong dan angkuh dan mencabar Mansor mempertahankan kenyataan itu jika berasakan ia benar.
"Mengapa perlu takut dengan Guan Eng? Mengapa perlu melabelkan beliau seperti tokong”
"Janganlah bagi alasan yang tidak dapat diterima umum seperti ini. Saya pasti Guan Eng tidak dapat menerima tamparan apabila Timbalannya sendiri menggelarkan beliau seperti itu sehingga 'drama' penafian tersebut terjadi," jelasnya.
Pada masa sama, Tunku Abdul Aziz menegaskan, sebagai seorang pemimpin berkarisma Mansor seharusnya memiliki keberanian untuk berhadapan dengan apa jua situasi.
"Beliau harus lantang, mungkin beliau benar-benar menganggap Guan Eng itu sombong, maka pertahankan apa sahaja apa yang sebetulnya, saya pasti rakyat menghargainya termasuk mereka yang berada dalam pakatan pembangkang." katanya.
Sumber Utusan.
No comments:
Post a Comment