Oleh: HHalem.
Sikap semulajadi. Nasha diseru supaya dihukum PAS. DAP pula galakan Karpal Bergaduh.
Perkembangan terkini iaitu perang antara pembangkang diantara bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyerlahkan sikap sombong dan bongkak DAP dan sikap PAS yang suka memukul orang sendiri yang amat ketara.
DAP membiarkan Karpal bergasak dengan Nasha, manakala PAS pula serta majoriti pengikut mereka mahu Nasha dihukum oleh Majlis Syura PAS.
Ini menonjolkan sikap semulajadi orang-orang Melayu kerana semenjak dari kecil lagi telah diajar demikian rupa.
Berlainan sekali dengan DAP kerana mereka bukan sahaja tidak menasihatkan Karpal supaya berhenti bertikam lidah dengan Nasha, malah untuk mengambil tindakan terhadap Karpal memang jauh sekali kerana kesemuanya seram sejuk dengan Pengerusi.
Ini kerana DAP mengeluarkan statement supaya membiarkan Karpal sendiri bergasak dengan Nasha. Nasha dituduh mendakwa Karpal anti Islam dan tidak menerima Hudud. Kerana itu Nasha akan diheret ke mahkamah oleh Karpal. Nasha pula sanggup bertembong dengan Karpal.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, Karpal perlu selesai sendiri pergaduhan dengan Nasha. Malahan DAP tidak berhak untuk membuat apa-apa keputusan.
"Biar dia jawab isu itu. DAP tak boleh jawab”
"Kita tak ada hak nak jawab, bagi Karpal yang buat penyataan sendiri," katanya pada sidang media Isnin.
Dengan kenyataan tersebut ia akan membuat Karpal naik angin dengan Guan Eng kerana beliau dibiar sendirian tanpa sokongan DAP, seolah-olah ia isu peribadi Karpal. Karpal adalah Pengerusi DAP, maka setiap tutur kata, perbuatan, malahan jika beliau meludah ditepi jalan sekali pun ia akan melambang sikap dan perangai buruk DAP.
Berbalik kepada Nasha, jika Majlis Syura mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau hanya kerana mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan dengan DAP, malahan menyeru supaya PAS keluar dari Pakatan, maka ia menyerlahkan lagi betapa bebal dan sengalnya perangai pemimpin tertinggi PAS.
Ini kerana habis kesemuanya pemimpin-pemimpin lantang PAS dibuang. Apa yang tinggalnya. Itu sebabnya pemimpin tertinggi PAS dikatakan bebal.
Pemimpin PAS perlu memberi semangat kepada Nasha, biar beliau menentang sesiapa sahaja yang tidak mahu umat Melayu/Islam bersatu. Lawan Karpal yang menolak hudud ala-ala-Pas di Kelantan. Bukannya dengan membuat cadangan menghukum atau membuang beliau seperti mana PAS menghukum Hassan Ali.
No comments:
Post a Comment