Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

28/08/2012

Ummi Meletup Lagi. “Azmin Dan Azwan Ini Anak Derhaka. Lupa Diri”


Oleh: HHalem.
“Kedua-dua abangnya ini dah lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim. Jika Azmin dalam sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1malaysia dia jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.”
 ............
Mana letaknya maruah Azmin dan Azwan Ali, sehingga sanggup menghina, mencaci malah memaki ibu sendiri, Mak Tom. Adakah ini sikap mereka yang harus dipandang dan diangkat sebagai seorang pemimpin, kalau ibu sendiri pun tidak mereka hormati, apalah lagi orang lain, ujar adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali.

“Mereka ini anak derhaka. Sanggup memperlekeh, memaki dan mencaci ibu sendiri semata-mata untuk menjaga hati dan kepentingan idolanya, Anwar Ibrahim. Apa kaitannya Mak Tom dengan UMNO, apa kaitannya Mak Tom dengan Datuk Seri Najib, hingga sanggup mereka berulang-ulang kali mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Najib.”

“Ini soal maruah keluarga, ini soal masalah keluarga kami. Ia tidak ada kena mengena dengan soal politik sebaliknya Azmin bagaikan cacing kepanasan bila pendedahan Mak Tom dalam TV3 baru-baru ini bakal mengugat kestabilan dan masa depan politiknya. Jika ianya tidak mengugat Azmin, tidak mungkin dia akan melenting dan membabitkan Azwan termasuk dalam memburuk-burukkan dan memaki hamun ibu mereka sendiri,”


Ujar Ummi mengulas kenyataan Azmin yang mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Datuk Najib selain kenyataan jahat dan jijik Azwan dalam twitternya sejak kebelakangan ini.

Tambahnya,

“Kedua-dua abangnya ini dah lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim. Jika Azmin dalam sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1malaysia dia jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.”

“Anak jenis apa Azmin ini? Kenapa pula Azmin dan Azwan nak marahkan TV3, atas laporan yang mereka siarkan baru-baru ini. Mereka hanya melaporkan sahaja. Azwan pula nampaknya sudah terlupa, di mana dia bertapak sebelum ini sebelum menempa nama yang gah dalam industry hiburan tanahair. Dia terlupa, TV3 lah yang banyak memberikannya peluang untuk menempa nama selain mengautkan keuntungan. Kini hari-hari dia mengelar TV3 dengan gelaran-gelaran yang jijik dan kotor.”

“Siapa lebih jijik dan kotor? TV3 yang menyiarkan kisah-kisah masyarakat ataupun mereka (Azmin dan Azwan), anak derhaka yang langsung tidak menjenguk makan-minum dan kebajikan ibu sendirinya. Di mana moral mereka sebagai seorang manusia? Jadi sebelum memburukkan dan menghina orang lain, baik mereka menilai diri mereka sendiri, tanya diri mereka sendiri di manakah kategori yang layak untuk mereka yang derhaka pada ibunya sendiri,” - ujar Ummi mengakui Azmin sudah sekian lama tidak menjenguk ibu mereka, Mak Tom.

Sehubungan dengan itu, Ummi menasihatkan orang ramai dan masyarakat agar menilai dulu siapa Azmin ini sebelum terpedaya dengan lagak alim dan baiknya yang hanya berpura-pura sekadar untuk meraih sokongan politik semata-mata.

“Banyak yang ingin saya perkatakan mengenai kedua abang kandung saya ini, namun demi menjaga nama baik keluarga, biar saya pendamkan dulu. Biar masa menentukan, jika mereka terus memperlekehkan dan menghina Mak Tom, saya akan dedahkan lagi kata-kata nista yang mereka lemparkan kepada ibu kandung mereka sendiri,” tambahnya lagi.

(UMNO-Online)
Comments / Pandangan Melalui Facebook

1 comment:

  1. Dalam chef celebrity lah si bapok tua azwan selalu cuba menipu orang ramai dengan mengatakan dia menghormati ibu nya dengan memberi beberapa nama masakan yang dibuatnya menggunakan nama Mak Tom dibelakangnya contoh "Rendang Mak Tom"...tapi..rasa meloya dan geli gelemang melihatkan telatah bapok tua ni dalm astro...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive