Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
Showing posts with label
Ummi Hafilda
.
Show all posts
Showing posts with label
Ummi Hafilda
.
Show all posts
28/08/2012
Ummi Meletup Lagi. “Azmin Dan Azwan Ini Anak Derhaka. Lupa Diri”
Oleh: HHalem.
“Kedua-dua abangnya ini dah lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim. Jika Azmin dalam sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1malaysia dia jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.”
............
Mana letaknya maruah Azmin dan Azwan Ali, sehingga sanggup menghina, mencaci malah memaki ibu sendiri, Mak Tom. Adakah ini sikap mereka yang harus dipandang dan diangkat sebagai seorang pemimpin, kalau ibu sendiri pun tidak mereka hormati, apalah lagi orang lain, ujar adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali.
“Mereka ini anak derhaka. Sanggup memperlekeh, memaki dan mencaci ibu sendiri semata-mata untuk menjaga hati dan kepentingan idolanya, Anwar Ibrahim. Apa kaitannya Mak Tom dengan UMNO, apa kaitannya Mak Tom dengan Datuk Seri Najib, hingga sanggup mereka berulang-ulang kali mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Najib.”
“Ini soal maruah keluarga, ini soal masalah keluarga kami. Ia tidak ada kena mengena dengan soal politik sebaliknya Azmin bagaikan cacing kepanasan bila pendedahan Mak Tom dalam TV3 baru-baru ini bakal mengugat kestabilan dan masa depan politiknya. Jika ianya tidak mengugat Azmin, tidak mungkin dia akan melenting dan membabitkan Azwan termasuk dalam memburuk-burukkan dan memaki hamun ibu mereka sendiri,”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
25/06/2012
Pengakuan Zaliah Zakaria. Perempuan Misteri Anwar Telah Muncul.
Oleh: HHalem.
Zaliah Zakaria 56. - Bekas toke Lumba Kuda.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Zaliah Zakaria, 56
, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat
Wira Tangkis Sdn. Bhd.
Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik”
"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.”
"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
23/06/2012
Gambar Pompuan Simpanan Anwar Akhirnya Di Ketahui (Video).
Oleh: HHalem.
Ummi Hafilda turut memberitahu belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan identiti wanita itu (pada umum), setelah melapurkannya pada SPRM.
Tapi bagus punya dok tanyang
>
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu.
Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua.
Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir.
‘‘Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu”
Separuh dari Utusan Malaysia (pencetus segala kerungkaian dan misteri).
Terbaca juga didalam blog
Siamangbukit
, seperti berikut.
“Saya ada ketemu beliau tiga hari dulu. Tapi beliau sekarang dalam sekadar berumur dalam lingkungan 56 tahun dan kini mempunyai PhD.
Bersara dan kini berniaga dalam penghotelan di Negeri Sembilan.”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
22/06/2012
Umi Dedah Perempuan Simpanan Anwar Kepada SPRM. 5 Jam Di Soalsiasat.
Oleh: HHalem.
Ummi Hafilda mendakwa mempunyai bukti baru dalam mengaitkan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar RM3 bilion.
Beliau berkata demikian setelah disoal siasat selama lima jam dan mengemukakan bukti baru ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Ahli perniagaan ini turut mendakwa seorang wanita misteri yang memiliki 62 hartanah mewah
kebanyakannya di Pulau Pinang
ini cukup dikenali oleh Anwar.
"Saya disoal siasat selama
lima jam
malam tadi oleh tiga pegawai SPRM”
"Mereka teruja dengan bukti-bukti baru ini malah mengesahkan tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai wanita ini atau
62 hartanah
terlibat,"
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
17/06/2012
SPRM Minta Ummi Serah Bukti Baru Anwar & Azmin Songlap RM3billion.
Oleh:
HHalem.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, sebelum ini pernah menyuarakan bahawa siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun oleh Anwar dan Azmin Ali akan dijalankan,
jika bukti baru yang berkaitan dikemukakan.
Kemudian pada Selasa lalu, Ummi Hafilda menyatakan beliau ada menyimpan
bukti-bukti baru yang kukuh
berhubung kes wang 20 akaun yang di songlap oleh Anwar dan abang beliau Azmin Ali dan bersedia menyerahkannya kepada agensi SPRM,
sekiranya diminta berbuat demikian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/05/2012
Penjual Ikan Mendedah Aksi Lucah Azmin Kepada Mak Tom. Adakah Beliau Agen Kepada Orang Umno?
Oleh:
HHalem.
Penjual Ikan Agen Umno.
Minggu lepas kecoh siri-siri bergaduh Azmin Ali disebabkan gambar lucah beliau dan Azmin dicop sebagai anak derhaka kerana Azmin tidak pulang-pulang menjengok Mak Tom, ibu kandong beliau, (
di sini>
) (
di sini
>) dan (
di sini
>).
Azmin menuduh pendedahan derhaka oleh ibu beliau sendiri adalah perbuatan Umno dan “fitnah Umno”. Dengan menuduh pendedahan Mak Tom sebagai ‘fitnah Umno’, secara automatik Azmin telah mengheret ibu beliau ke kancah pergaduhan politik.
Azmin percaya, Ummi Hafilda lah yang mengheret Mat Tom supaya berbuat demikian. Dan umum semua mengetahui bahawa Ummi Hafilda sanggup bertanding dengan abang beliau, Azmin Ali, dimana-mana sahaja kawasan pada PRU13 nanti jika dibenarkan oleh pentadbiran Najib.
Soalan nya, adakah benar Ummi Hafilda mengheret Mak Tom supaya mengadakan sidang media mengutuk Azmin.? Atau adakah Penjual Ikan yang menolong Mak Tom menyamar dan agen kepada Umno.?
Ikuti kisah benar, apabila AidcNews, bertanyakan hal tersebut kepada Ummi.
...AidcNews...
AidcNews menghubungi Ummi Hafilda untuk mendapatkan cerita sebenar berkaitan dengan sidang media ibunya itu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
07/05/2012
Ummi Menempelak Dan Menerkam Balas Terhadap Azmin Yg Menyalahkan Umno & Najib.
Oleh:
HHalem.
“Dia masih lagi nak salahkan UMNO, nak salahkan Najib sebab tak pulang ke rumah?” - Ummi
Ummi Hafilda Ali hari ini kecewa apabila abangnya, Azmin menyalahkan pihak lain seperti UMNO dalam usahanya untuk mengaburi dan mengalihkan tumpuan masyarat yang sedang hangat mempertikaikan tindakannya mengabaikan ibu mereka.
Malah beliau menyifatkan Azmin telah melakukan satu pembohongan dalam reaksinya berhubung kenyataan ibu mereka, Che Tom Yahaya baru-baru ini
Ummi Hafilda berkata, sikap Azmin yang cuba berdolak-dalik itu menunjukkan dia masih lagi mahu menipu masyarakat dengan penafian palsunya itu
“Kisah ibu sendiri yang kecewa dan hancur hatinya terhadap seorang anak, tidak ada kaitan dengan politik atau digunakan oleh UMNO” - Ummi
“Bulan 5 ni, genap 11 bulan dia tidak pulang ke rumah menjenguk ibu sendiri.
Dia masih lagi nak salahkan UMNO, nak salahkan Najib sebab tak pulang ke rumah?
- Ummi
Bagi Ummi Hafilda, hati ibunya sudah terlalu lama hancur dan kecewa dengan sikap Azmin dan tiada langsung niat untuk memburukkan nama anaknya sendiri.
Lantaran itu, kata Ummi Hafilda, ibunya sendiri yang ingin tampil agar anaknya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
“Ibu bukan mahu burukkan nama anaknya sendiri, tetapi selama 14 tahun, sudah terlalu lama ibu memendam rasa kecewa.”
“Seorang ibu tidak boleh dibeli, pada masa yang sama seorang ibu juga tidak boleh dihina,”
tegas Ummi.
Sumber MyNewsHub
Kenyataan terbuka Azmin yang salahkan Umno dan PRU Najib,
di sini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
02/05/2012
Ummi Hafilda Sahkan Gambar Azmin 99.9% Betul.
Oleh: HHalem.
"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," - Ummi
Mungkin juga Ummi Hafilda boleh sahkan dimana ‘rumah-hangap’ yang terbabit. Siapa kah yang begitu mudah mendapat kemudahan keluar masuk rumah-hingap Azmin sehingga boleh memasang CCTV, jikalau tidak kawan karib atau orang kepercayaan PKR sendiri. Adakah orang Umno boleh berbuat demikian?.
Kalau Mak Tom, ibu Azmin, sahkan sendiri lagi bagus.
Shamsidar pula dikatakan menyebut,
“saya tak kisah pun dengan video tu, yang penting hidup saya bahagia”.
Adakah ini bermakna selama ini Shamsidar mengetahui perempuan simpanan Azmin. Adakah selama ini Azmin dan Shamsisar berpegang konsep,
“engkau simpan jalang, aku pun boleh buat juga, asalkan kita bahagia”.
...Ikuti berita Bernama...
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
16/04/2012
Ummi Hafilda Mahu Berhempas Lawan Azmin. Apa kata Najib?
Oleh: HHalem.
1- Ummi Hafilda Ali, adik Azmin Ali, Timbalan President PKR berkata bahawa beliau bersedia untuk merebut mana-mana kerusi yang dipertandingkan oleh adik beliau pada PRU13 nanti, ini seperti yang dilaporkan oleh The Mole.
“Sudah tentu saya akan hanya bertanding, jika DS Najib memberi peluang kepada saya. Saya tidak akan menolak tawaran untuk bertanding melawan abang saya di Kawasan Gombak” – Ummi Hafilda,
The Mole
>
Ini ada lah respond oleh Ummi kepada khabar berita yang dibawa oleh blog
The Unspinners
>,
yang menyatakan besar kemungkinan Ummi akan menentang Azmin pada PRU13 nanti.
2- Kita mengharapkan permintaan dan harapan Ummi untuk bertanding di mana-mana sahaja kawasan untuk menentang abang beliau di dengari dan dipertimbangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, DS Najib.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
10/04/2012
Ummi Nak Londeh Dan Dedah Semua Sebelum PRU13. Mak Tom Akan Ke Press.
Oleh: HHalem.
...mStar...
Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
03/04/2012
Ummi Mahu Dedahkan Gambar Samsidar/Anwar Berpelukan Atas Ranjang.
Oleh: HHalem.
1- Cerita ini diambil dari blog
MyNewsHub
>
yang mengkhabarkan bahawa blog
SuaraPakatanRakyat
>
melaporkan yang Ummi Hafilda mempunyai gambar isteri Azmin, Shamsidar berpelukan dengan Anwar diatas ranjang.
Cerita ini merupakan titik permulaan yang lebih besar dimana gambar tersebut masih terang dan jelas, walaupun sudah melebihi 12 tahun.
MyNewHub melaporkan juga yang Ummi Hafilda Ali tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan gambar yang dikatakan mampu mengoncangkan karier politik Anwar Ibrahim dan abangnya sendiri, Azmin Ali.
2- Pada hakikatnya, Ummi masih lagi teragak-agak untuk mendedahkan gambar tersebut seperti kata beliau;
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
06/01/2012
Ummi Hafilda Hendak Melondehkan Atau Ummi Terlondeh Kain.
Oleh: HHalem.
Ummi Hafilda lagi !
Bergegar-gegar tapi tidak ada apa yang berlaku.
Jika orang-orang kanan Anwar yang telah insaf dan lari terjun dari kapal beramai-ramai, seperti YB Zul Kulim dan Datuk Nalla yang telah nampak cahaya dihujung terowong, telah mendedahkan pelbagai rahsia peribadi Anwar, tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan kredibiliti Anwar.
Menjelang tibanya 901, ramai bekas-bekas penyanggak yang menyanjung Anwar sebelum ini, kini melompat untuk mendapatkan kredit sebelum keputusan pada 901 dibuat di Mahkamah mengenai kesalahan Anwar.
Minggu lalu, Raja Petra telah melondehkan pelbagai rahsia Anwar (
di sini
>), tetapi tidak sedikit pun mengoyangkan Anwar.
Hassan Ali juga semalam tumpang semangkok memberi tumbukan rusuk kepada pemimpin-pemimpin PAS dan PKR,
video di sini
>
Semalam Ummi Hafilda sekali lagi menyanyikan lagu-lagu lama beliau yang sedikit pun tidak menghairahkan seperti awal-awal dahulu.
2- Mari kita lihat dendangan Ummi Hafilda yang dipetik dari Sinar Harian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
09/12/2011
UMMI MEMANG PANAS: Ummi Sanggup Bertanding PRU13. Calon Permatang Pauh?
Oleh: HHalem.
1- Berita menarik hari ini apabila Ummi Hafilda Ali berkata beliau sudi bertanding pada PRU13 nanti jika dicalonkan.
Bagaimanapun menurut Ummi, keputusan sama ada bertanding atau tidak terletak pada DS Najib untuk menentukan nya.
“Kalau pucuk kepimpinan merasakan saya layak, layaklah. Kalau pucuk kepimpinan kata saya tak layak pun tidak mengapa”
“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk membantu kerajaan mendedahkan pekung pembangkang dan siapakah mereka ini. Saya akan terus menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah bagi tujuan itu,”
- Ummi di petik dari Sinar Harian semasa ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, semalam.
Dalam pada itu, Ummi menegaskan, usaha untuk membongkar hipokrasi pembangkang akan diteruskan selagi pimpinan utama dalam pakatan itu tidak sedar akan kesalahan mereka.
Usaha tersebut, ujarnya, hanya akan dihentikan selepas mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
2- Kita sokong 200% Ummi bertanding.
Tok Najib mesti dengar request Ummi kerana beliau sudah declare sanggup bertanding. Pening juga Najib, jika permintaan Ummi diambilkira, kerana Ummi akan dianggap calun 'payung terjun'.
Walaubagaimanapun Ummi adalah lebih dari ‘calon boleh menang’ jika diikutkan populariti beliau. Apalagi kriteria yang perlu ada sebagai calon selain calon popular?
Layak atau tidak, Ummi sebagai pemimpin, itu tidak mustahak dan bukan persoalan. Kita pandang dari segi ‘
asalkan Anwar jahanam masuk lubang cacing
’ untuk menyelamatkan negara.
Kawasan mana? Mesti la kawasan Anwar Al-Bontoti !!
Comments / Pandangan Melalui Facebook
08/12/2011
Ekslusif Ummi: Saya Di Tuduh Sebagai Pelacur..Saya Tidak Akan Maafkan Mereka Dunia Dan Akhirat.
Oleh: HHalem.
Berikut cerita Ekslusif Ummi Hafilda Kepada MyNewsHub di atas kejayaan Ummi membuktikan beliau telah di fitnah oleh PAS dan Harakah. Tahniah !
................
EKSKLUSIF: Saya Takkan Ampunkan Mereka Dunia Akhirat!
Begini lah raksi Ummi Hafilda Ali yang menang dalam kes samannya di mahkamah semalam.
“
Saya dituduh sebagai pelacur
, saya dituduh macam-macam tanpa disertakan bukti, saya difitnah dan semalam Alhamdulillah kebenaran akhirnya terbukti. Walaupun kemenangan di pihak saya, namun saya
tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah saya itu di dunia dan akhirat!,”.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/09/2011
Ummi Hafilda 100juta: Peguam Ummi Memang Sampah Dan Mengaibkan. Gagal Lagi.
Oleh:
HHalem.
1- Peguam Ummi Hafilda Ali dengan sungguh memalukan menarik balik buat kali ke 2 saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd, selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas, disebabkan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapan Hakim.
2- Ummi hanya terdapat satu peluang terakhir sahaja lagi untuk mengfailkan saman beliau semula.
Kesilapan Kali Ini.
3- Peguam Zulhelmi Wagiman menarik balik tindakan saman itu selepas pihaknya mendapati writ saman itu tidak teratur:
a- Nama Nor Azman yang dinyatakan dalam saman itu berbeza dengan namanya di dalam kad pengenalan.
b- Saman itu tidak dihantar di alamat terakhir Nor Azman di Kapit Sarawak tetapi dihantar ke alamat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.
4- Hari ini, pendengaran perbicaraan penuh kes dan semua saksi bersedia di mahkamah namun mahkamah mempersoalkan mengapa Ummi Hafilda sebagai plaintif tidak hadir pada prosiding pagi ini.
Zulhelmi mengakui kesilapannya
kerana beliau beranggapan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan sahaja dan bukannya untuk perbicaraan penuh saman itu
5- Peguam Ummi cukup lemah dan memalukan. Kenapa Ummi melantik peguam sampah seperti Zulhelmi Wagiman. Peguam tiada kelas langsung buatan cap ayam dan jenis makan maggie mentah semasa belajar dahulu.
Kemudian Zulhelmi kebas duit guaman dari Ummi sebanyak RM5 000 sebagai kos pengangkutan dan kos guaman. Lonkang dan sampah punya lawyer. Buat kerja tidak seberapa dan tidak mendatangkan hasil tapi siang-siang sudah kebas duit.
6- Malaysiakini dan Baginda Minda sekarang sedang ketawa terbahak-bahak diatas kebodohan Zulhelmi Wagiman, peguam Ummi.
Di harap Ummi mencuba kali ketiga dan melantik peguam yang ada otak dan biarkan Malaysiakini dan Baginda Minda murtad terkincit.
Note:
To all my lawyer readers, no offences/displeased/anger/ dispelasure intended.
Sumber utama MInsider.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
05/09/2011
Kecoh Ketika Raya: Azmin Ali Di Halau Ibu Supaya Bertaubat. Kakak-kakak Semua Di Gelar Betina Sundal.
Posted by: HHalem.
Sebelum ini diceritakan kekecohan dirumah ibu Azmin Ali ketika
berhari raya>
, kali ini, ini cerita kecoh yang dipetik dari PerakToday yang ditulis oleh Tun Tuah.
Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.
Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal.
Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…
“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?”
- soal Azmin pada ibunya.
“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..”
- balas ibunya.
“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”,
- Azmin memotong cakap ibunya.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
19/08/2011
Video:- Baginda Akhirnya Muncul Dari Lubang Cacing Menyerah Kepada Ummi.
Oleh :
HHalem
.
Calm and composed.
Satu perkembangan yang menarik.
Bagaimana kedudukan Malaysiakini.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
16/08/2011
PANAS. Ummi Lafaz Sumpah:- Tiada Seks Dengan Baginda
Oleh : HHalem.
1- Ummi Hafilda melafazkan sumpah laknat dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.
2- Sumpah dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan ingkar terhadap Baginda hari ini.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...
“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.
“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.
3- Ummi mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu. Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.
“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,”
-
Mohd Khairul Peguam Ummni.
4- Pada 25 April, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
5- Dalam saman ke 2 Ummi berkata Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi. Ia bertujuan untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.
6- Mkini Dotcom Sdn Bhd pula disaman kerana telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
7- Ummi menuntut gantirugi am
RM100 juta
dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.
Sumber utama Mkini
Comments / Pandangan Melalui Facebook
01/07/2011
TERKINI:- Baginda Minda Lari. Ummi Akan Hentam Malaysiakini Sampai Berkubur Tutup Kedai.
Oleh : HHalem
1-
Dalam keputusan mahkamah pagi ini (1/7/11), Hakim Singham memerintahkan supaya saman kepada Baginda Minda itu dibuat melalui penyampaian gantian iaitu iklan di surat khabar. Sehingga hari ini, Baginda Minda tidak muncul di mahkamah, walaupun warta mengenai kes saman fitnah yang dibuat oleh Ummi Hafilda ke atasnya sudah menjadi pengetahuan umum.
2- Kita telah lihat siapakah pendusta dan pengecut sebenarnya kerana Baginda Minda telah lari ke lubang cacing. Besok-besok dia akan tiba-tiba muncul dengan fitnah terbaru iaitu dia menerima ugutan bunuh dari Umno-BN, maka sebab itu lah beliau lari bersembunyi.
3- Bagi Malaysiakini pula yang telah tersepit, ini kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam peribadi Ummi Hafilda;
“Dalam mahkamah pagi ini, peguam Malaysiakini hanya lapor apa yang dikatakan oleh Baginda Minda. Malaysiakini tidak boleh membela diri tanpa kehadiran Baginda Minda, kerana penama itu adalah saksi utama.
“Jika Baginda Minda secara terus menerus menghilangkan diri, mereka (Malaysiakini) telah
menawarkan diri untuk berkompromi
”,
Maksud kompromi adalah penyelesaian di luar mahkamah berkenaan
ganti rugi
yang sewajarnya dibayar kepada Ummi Hafilda.
AidcNews>
4- Jika wang bukan lah matlamat perjuangan seperti apa yang selalu di uar-uarkan oleh Ummi Hafilda, maka tiada ruang untuk Malaysiakini berkompromi. Ummi perlu menyaman Malaysiakini sehingga mereka tutup-kedai.
5- Tetapi jika Ummi berkompromi dengan apa juga alasan sekali pun dan menerima wang ganti rugi, maka Ummi tidak ubah seperti pembangkang yang hanya mementingkan wang. Kita akan berpersepsi bahawa Ummi seperti juga Azmin Ali adalah opportunis yang hanya menunggu peluang merompak dan memeras ungut apa sahaja jika berkesempatan dan membiarkan Malaysiakini bebas.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
16/05/2011
Video:- Bloger Terkenal Jatuh Cinta Dan Menyayangi Ummi. Beliau Merayu Akan Melindungi Ummi Dari Bahaya Dan Buaya.
Oleh :
HHalem
Ummi Di Sayangi – Cinta Pada Mu
Cerita Ummi Sempat Menyembur Wan Azizah Dalam Kapalterbang dan Kemudian Harungi Buaya telah di ceritakan didalam blog ini pada 22/04/2011 yang lalu >
.
Cerita tersebut diambil dari weblog Ummi Sri Kandi 7.
Pada kali ini Ummi menceritakan nya sendiri didalam bentuk video dan didalam ceramah beliau yang di videokan oleh
Minaq Jinggo.
Di tengah-tengah Ummi meng-haram-jadah-kan Anwar Pandi Kutty dan Wan Azizah; dan ditengah mengharungi sungai yang penuh buaya di Sarawak; rupa-rupanya ada seorang wira jaguhan dan bloger terkenal telah betul-betul jatuh hati dengan Ummi Hafilda.
Beliau menyatakan bahawa beliau dan Ummi adalah pasangan ideal dan beliau ingin melindungi Ummi dari segala ancaman bahaya dan buaya.
Beliau sangat mencintai Ummi dengan sepenuh hati.
Siapakah beliau?
Sebelum ke laman web beliau, penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau kerana berjaya mengilai dan
menambatkan hati beliau
kepada Ummi Hafilda dan
terus memeriahkan lagi dunia blogging yang penuh tension disebabkan Anwar Pandi PandiKutty.
Lagu puji-pujian dari Blogger yang mencintai Ummi. Cukup sesuai.
Lawati beliau disini >>>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Gambar-gambar Family Hannah Yeoh Yang Celaru Biru. Dakyah Komunis DAP Menghapuskan Bangsa Dalam Proses.
Oleh : HHalem 1- Perkembangan yang amat menarik telah berlaku apabila pasangan ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramacha...
Video:- Ucapan Terakhir KJ Sebelum Masuk Lokap
Oleh : HHalem.
Surat Ancaman Bunuh Najib oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam. "PM Patut Letak Jawatan."
Oleh : HHalem. Bakal Pengancam Dan Kemusnahan Negara. 1- Susulan daripada tindakan, seperti biasa, tidak panjang akal AMK Pkr, d...
Dr Asri Buat Kecelakaan Dan Kecoh Lagi Dengan SMS Beliau.
Oleh : HHalem. Dr Asri Memang Gemar Dan Kaki Perhimpunan – Patut la Beliau Bersuara Lantang Kebebasan Hak B...
Video:- Ketok Ketampi Bogel (Nude Squat). Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Seorang Pemilik Dadah.
Oleh : HHalem. Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Di Tangkap pada 2005 kerana Trafiking/Miliki Dadah. 1- Pada 29 Ogos ...
Demo Haram – KEMATIAN PERTAMA
Oleh : HHalem. Pertama Kematian yang pertama dilaporkan oleh Pkr. Suami kepada Ketua Wanita Cabang KEADILAN Setiawangsa, meninggal...
Tabiat Rosmah Membantu Menjatuhkan DS Najib
Oleh: HHalem. . ...Petikan Bernama... Najib Checks On Final 2012 Budget Preparations. PUTRAJAYA, Oct 6 (Bernama) -- Prime Minister...
Video: Azmin Ali Dan Pemimpin PAS Sedang Beraksi Menunjuk Samdol.
Oleh: HHalem. Mark 01:25 “Polis Saudi Arabia boleh jaga sampai 3 juta orang dalam masa Haji..tak kan Polis PDRM tak bol...
Video Amoi MCA: “MCA Consume The Ladies”
Oleh: HHalem. Amoi-amoi Panas MCA semasa perhimpunan. Apa maksud 'MCA comsume' the ladies? Apa maksud 'MCA ...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm