Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Papa Gomo. Show all posts
Showing posts with label Papa Gomo. Show all posts

20/07/2012

Papagomo Akan Beri Tamparan Maut Pada Nurul Izzah.


Oleh: HHalem.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.

Sankara Nair berkata,

"Kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai. Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," – di petik Sinar Harian>

Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog Papagomo bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata,

"Sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."

"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia”

"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?"

PapaGomo juga menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.

"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tamparan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/06/2012

Esok Anwar Akan Saman Datuk Eskay di Mahkamah Jalan Duta. Betui ka !


Oleh: HHalem.

Sekali baca berita dari blog PapaGomo, bagai nak percaya dengan tidak, berbelah bahagi. Sebab utamanya, kes Datuk Eskay ini telah lama dipendam oleh Anwar dan beliau tidak berani bersuara untuk menyaman Datuk T walau sekelumit pun kerana bimbangkan banyak lagi rahsia-rahsia akan terbocor.

Baca petikan dari PapaGomo dibawah;

“Gomo dapat sms dari rakan media yang mana mesej tersebut dihantar dari ibu pejabat PKR yang menyatakan didalam kandungan mesej tersebut:

"Salam tuan puan rakan media sekalian, kami menjemput untuk membuat liputan media pada 20 Jun Rabu ini di Mahkamah jalan Duta. D.S.A.I. akan menfailkan saman keatas Trio Dato T dalang video lucah yang dikaitkan dengan D.S.A.I. Pohon diwar-warkan liputan ini. Tq."

Kemudian keraguan berita diatas mulai hilang setelah membaca bahawa PapaGomo sendiri bertanyakan perkara tersebut kepada Datuk Eskay.

“Gomo selepas dapat tahu berita tersebut menghubungi Eskay yang kini berada diluar negara dan Eskay sendiri mengesahkan bahawa beliau ada mendengar ura ura yang Anwar Ibrahim akan menfailkan saman terhadap beliau dan beliau sememangnya mengharapkan agar Anwar Ibrahim menyegerakan saman tersebut.” – PapaGomo >

Jangan lupa besok 20hb Jun, Rabu di Mahkamah Jalan Duta.

Silap haribulan, semua akan terpedaya dan hampa kerana ini mungkin tipu muslihat pengikut-pengikut Anwar.

Apa faedah yang akan Anwar perolehi dari semua ini sebelum PRU13? 

Sudah tentu tidak banyak faedah kerana fail meng-fail sahaja sudah makan berbulan-bulan dan akan menjangkau melepasi PRU 13.

Mungkin sedikit sebanyak untuk menyakinkan pengikut-pengikut beliau yang “Anwar berani kerana benar”. Ramai yang Samdol akan percaya dan berkata bahawa, "tengok, Anwar berani saman Eskay, sudah tentu dia betul dan berani".

Selain itu ia hanya untuk menumpukan semua perhatian-mata-dan-fikiran kepada Anwar-Pakatan kerana ini adalah salah satu strategi yang cukup dan paling berkesan dari segi teknik pemasaran semasa kempen PRU13.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/12/2011

PANAS: Guan Eng Membantah Papa Gomo Menyelam Bersama Beliau. LGE Muntah-Muntah.


Oleh: HHalem.

1- Pada 9 December, Zahid telah mengatur lawatan menaiki kapal selam Kapal Selam KD Tun Razak untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy (kedua-dua timbalan LGE) – telah dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene bersama-sama wartawan TV3 dan Bernama.

2- Apa yang menarik disini ialah Papa Gomo (PGomo) sepatutnya turut serta berada didalam pasukan menyelam tersebut, tetapi dibantah keras oleh Lim Guan Eng. Guan Eng mahu PGomo dikeluarkan serta merta dari senarai.

Harakah menulis, “beliau (LGE) tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya”

“Saya tidak pernah berjumpa Papa Gomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama,"  - Guan Eng dipetik Harakah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

07/12/2011

Video Laporan Polis: Amin Iskandar Bertempelak Dengan Papa Gomo. Bergaduh Sakan.


Oleh: HHalem.


1- Papa Gomo pada Sabtu, 26 November 2011 menulis tajuk diblog beliau yang cukup kontrovasi;

“Amin Iskandar Penulis The Malaysian Insider Akui Dicabul Anwar Ibrahim” 
Cerita sambungan di sini >

Ia di tulis berikutan respond satu article yang ditulis oleh Amin di laman MInsider bertajuk;

“Razali Ibrahim, janganlah bersikap seperti anak kecil’. 
Cerita sambungan di sini >

Razali ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Razali memaklumkan Anwar lah penyebab semua angkara kerana memfitnah Malaysia semasa beliau di Indonesia sehingga rakyat Indonesia membenci Malaysia dan berlaku tindakan liar penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia ketika Sukan SEA bulan lepas.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive