Oleh: HHalem.
Video dari Jiwa Paradox.
Jelas Pistol di acu pada seorang pemuda.
Dengan pengakuan seorang pemuda dipetik dari BeritaHarian dibawah, jelas lah pengawal Anwar mengacu pistol pada orang awam. Malahan mengacu pada seorang pemuda.
Pemuda terbabit adalah sebagai saksi utama polis. Sudah semestinya ada ramai lagi yang belum tampil dan rela memberi keterangan.
...........................
Ikuti petikan berita diringkas dari Berita Harian.
Polis menahan pengawal Anwar selepas mengacukan pistol kepada seorang pemuda yang lari bertempiaran pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim, Jasin Melaka.
Peritiwa berlaku jam 3.15 petang itu. Lelaki berusia 37 tahun yang menaiki kereta Toyota Camry, nampak berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol kepada seorang pemuda.
Marah dengan perbuatan pengawal tersebut, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.
Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.
“Siasatan mendapati senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pengawal terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas. Kita menahan pengawal itu dan turut merampas senjata apinya untuk siasatan.
"Kita menyiasat dari pelbagai aspek sama ada dia mengacukan pistol ke arah orang ramai atau hanya mengeluarkan senjata dan memegangnya di celah baju,”
Pengakuan Cuba Menembak.
Sementara itu, pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.
“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah”
"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).”
"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar,"
.....................................
Pihak polis merampas senjata api daripada pengawal Anwar setelah mengacukan pistol kepada orang ramai. Gambar dari Mkini.
sumabat dia dlm penjara..ingat ni negara koboi ke..
ReplyDeletetakdak yang fobia pun cuma Rakyat Malaysia sudah muak dengan kelentong nuar brehim and the gang..
ReplyDeletenuar semakin tertekan dan semakin tersepit kerana kelentongnya semakin terserlah.
ReplyDeleteMuka saksi pun macam samseng jugak, no?
ReplyDelete