Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Titah Sultan. Show all posts
Showing posts with label Titah Sultan. Show all posts

23/08/2011

JAIS-Gereja. Edmund Bon Mengakui 12 Melayu Murtad Dan Ada Hak. Bukti Kukuh Khalid Merancang Menyelamatkan Gereja.

Oleh : HHalem.

1- Kes Jais-Gereja hangat diperkatakan semenjak seminggu lepas dimana pihak Pas tidak tentu haruan kedudukan mereka pada peringkat awalnya disebabkan Pas mengimbangi kedudukan politik mereka.

2- Malah kedudukan 12 individu Melayu yang terlibat sehingga kini masih menjadi tandatanya dan dirasakan ia akan berlalu begitu sahaja dengan pihak Gereja terlepas dari segala kesalahan dimana Hak Asasi dan Kebebasan ciptaan manusia mengatasi dan mengalahkan undang-undang Islam.

3- Dengan kehendak dan arahan Baginda Sultan Selangor, seperti yang dijaja oleh MB Khalid, maka di tubuhkan Majlis Syura  — yang dianggotai MB Khalid Ibrahim sendiri, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar, untuk menyelesaikan kes kemelut Jais-Gereja.

4- Perkembangan menarik disini ialah Peguam Hak Asasi, Edmund Bon Tai Soon pada 4 Ogos 2011, yang mewakili 10 daripada 12 individu Melayu terbabit, telah membuat pengakuan yang amat jelas iaitu Melayu tadi mempunyai hak dan kebebasan memeluk kepercayaan Kristian. Lihat dengan jelas tweet beliau. Terdapat 3 isu/tajuk utama disitu.

5- Malah pengakuan Edmund Bon menjadi lebih kukuh apabila beliau cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menghalang hak untuk meninggalkan agama Islam. Memang kerajaan Selangor (siapa?) mengetahui bahawa 12 Melayu terbabit telah murtad hasil maklumat dan perbincangan dengan Edmund Bon. Siapa kah wakil kerajaan Selangor tersebut yang berbincang dengan Edmund?

6- Dengan pengakuan peguam yang mewakili mereka, jelas 12 Melayu tadi memang berhasrat atau telah pun meninggalkan Islam. Samada Jais/Mais dibawah State Exco atau tidak, ia adalah tajuk berasingan yang cukup menarik dibincang.

7- Majlis Syura yang amat kontrovesi ketika ini, jika berhasil dilaksanakan, perlu lah mengambil kira pengakuan Edmund Bon kepada kerajaan Selangor didalam siasatan mereka. Majlis Syura perlu membuat keputusan bukan sahaja kepada 12 Melayu terbabit, malah kedudukan Geraja juga kerana kita tidak mahu Gereja terlepas begitu sahaja dari sebarang kesalahan.

8- Jika Khalid Gagap waras beliau tidak akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik semata-mata kerana keputusan kes ini akan menjadi batu pengukur kepada kes-kes akan datang dan supaya ia dijadikan penghindar kepada Gereja yang cuba memesong aqidah anak-anak Melayu disebalik bantuan kemanusian yang mereka berikan.
Sumber charta dan tweet di perolehi dari The Unspinners>

Edmund Bon Tai Soon
Chairperson, Human Rights Committee,Bar Council
........................................

9- Siapa kah diantara Exco Selangor yang pernah berunding dan tawaran dibuat oleh Edmund Bon dan mereka mengetahui Melayu terbabit telah murtad seperti yang dimaklumkan oleh Edmund didalam tweet beliau?

10- Di sini nampak dengan jelas Khalid membuat satu perancangan teliti supaya setiap keputusan pertelingkahan diantara Jais-Gereja akan diletakkan dibahu Majlis Syura. Dan Majlis Syura telah dihebohkan oleh Khalid diiktiraf oleh Baginda Sultan. Siapakah yang akan mempertikaikan keputusan Baginda Sultan sebagai ketua agama negeri?

11- Permainan taktik kotor Khalid ini membuat kita merumuskan bahawa Khalid akan membuat keputusan politik yang akan memihak kepada Gereja Methodist dan dilepaskan begitu sahaja tanpa salah. Kesalahan akan diletakkan dibahu 12 Melayu tadi yang dikatakan murtad. Khalid memang merancang untuk menyelamatkan pihak Gereja atas desakan Dap dan manusia-manusia seperti Edmund Bon dan Khalid Samad Gereja.

12- Dengan kekecohan Majlis Syura hari ini, dimana dikatakan MB Khalid berjaya membuat Baginda Sultan murka, kedudukan Khalid amat terancam. Beliau amat terdesak dan tersepit sekarang sehingga berani menjual nama Baginda Sultan di sini>. Khalid perlu memberi penjelasan segera besuk kerana ia akan menjadi perbualan pada cuti Hari Raya nanti jika beliau gagal berbuat demikian.

13 – Kes ini sahaja akan boleh meruntuhkan kerajaan Pakatan di Selangor seperti mana keruntuhan kerajaan BN dibawah kes penyapu Khir Toyo.

14- Kepada penganut-penganut Pas dan pentaksub Pkr, adakah ini yang anda mahu dan sesuai dengan jiwa dan naluri anda? Ini kah keputusan yang anda mahu mereka lakukan, kerana apa yang wakil anda lakukan melambangkan jiwa naluri anda? Kerana mereka adalah wakil anda.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Majlis Syura. Khalid Gagap Jual Nama & Menipu Baginda Sultan.

Oleh : HHalem.

1- Berikut laporan Mkini mengenai Baginda Sultan Selangor menafikan beliau menitah penubuhan Majlis Syura.

2- Ini dah kes berat ni, apa dah jadi dengan Khalid Gagap? Khalid perlu beri penjelasan segera.

....Petikan Mkini...

Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Setiausaha Sulit Baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan tidak menghalang hasrat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memanggil gereja bersama mufti membincangkannya, tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

"Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan. - Mkini

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku”- MInsider


“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu ” - MInsider.



3- Khalid dah tersepit. Hendak bertikam lidah dengan pihak Istana mengundang padah.

4- Hendak mengaku yang beliau membuat kesilapan, menampakan kelemahan pentadbiran beliau. Ini lagi serious.

5- Jalan yang mungkin selamat ia lah bagi Khalid menyatakan terdapat sedikit kesilapan. Kecuian pihak Istana dan pihak beliau. Apa pun Khalid memang telah tersepit didalam isu Majlis Syura ini.

6- Atau berhati-hati kerana Malaysiakini/Minsider juga terkenal dengan sembelit didalam laporan mereka yang suka memecahbelah orang-orang Melayu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

18/08/2011

Baginda Sultan Selangor Murka Dan Menempelak Pas-Pkr-Dap. Kerajaan Selangor Di Bantai Hidup-Hidup.

Oleh : HHalem.
Sultan Selangor adalah ketua agama Islam bagi negeri
mengikut Perlembagaan Persekutuan and Negeri.

1- Kemurkaan baginda terhadap tindak tanduk Pas-Pkr-Dap yang mempertikaikan tindakan Jais telah disampaikan oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib, kepada mereka-mereka yang engkar.

2- Mohd Adzib Isa berkata mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri. Ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais”

“Jais adalah badan bebas tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran ”

2- Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada”

“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini ”

3- Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam”

“Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor ”  

“Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais”

4- Semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham. Kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu

“Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk ”

5- Lambat pulak Mohd Adzib mengeluarkan statement dari Istana kerana rakyat telah berperang kerana buta-kayunya pemimpin Pas-Pkr yang dirasuk oleh Komunis Dap.

6- Kepada penganut taksub yang belum terbuka minda diharap ia dapat membuka sedikit ruang kefahaman.

Sumber utama Minsider.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive