Jangan Ikut Prinsip Anwar - Rembat-Balun-Sebat-Tutuh Kesemua
1 – Pada 9hb di Jalan Kebun dan pada hari Ahad 13hb February 2011 di Taman Setia Johan Setia, Ummi Hafilda berjaya membakar semangat pendengar mengenai kisah Anwar Banduan.
2 – Tahniah dan semoga berjaya usaha-usaha murni untuk menyelamat rakyat Malaysia.
3 - Didalam entri terbaru blog Sri Kandi 7>, Ummi Hafilda ada menyebut hendak menyaman TV Selangor dan Siti Aisah Shaikh Ismail kerana memfitnah Ummi.
4 – Sebelum dari itu Ummi juga ada menyebut hendak menyaman beberapa bloggers dan surat khabar. Termasuk Tukar Tiub, Tranungkite, Media Rakyat dan Harakahdaily
5 – Terdahulu usaha sedang dilakukan untuk menyaman Anwar Banduan, Azmin, Azizah dan Karpal Singh.
6 – Nampak gayanya satu Malaysia atau satu benua hendak di saman oleh Ummi. Silap-silap HHalem pun hendak disebat juga.
7 – Jika Ummi katakan “Anjing pun kalau nak dot dot dot, cari anjing betina, tapi Anwar perempuan dia sebat, laki2 pun dia rembat”. Ini satu pengajaran amat berguna.
8 – Jadi saya nasihatkan Ummi, “jikalau hendak menyaman tu pilihlah dot dot, jangan rembat, sebat dan balun ikut sempat satu Malaysia” Orang Kedah kata, ‘tutuh kesemua”
9 – Tumpu lah perhatian, tenaga, batin, mental dan sumber kewangan untuk menghapuskan Karpal Singh, Anwar Banduan dan Azmin.
10 – Terkangkang mampus team lawyer (Mohd Khairul Azam Abdul Aziz) yang Ummi ada sekarang disebabkan tidak cukup tenaga, kepakaran dan sumber-sumber lain. Ummi pun pernah mengeloh dan mengungkit bahawa peristiwa 13 tahun dahulu berulang kembali. Itu tanda-tanda keletehan mental dan tenaga.
11 – Terjatuhnya Karpal dan Anwar Banduan nanti, maka dengan tersendirinya seperti ‘domino effect’ akan gugur lah yang lain-lain bertempiran lari cari lubang. Mungkin ada yang datang melutut pada Ummi.
12 - Tumpulah tenaga dan sumber menjatuhkan KAAA, yang lain-lain akan jatuh dengan sendiri.
13 - Jatuhnya Anwar dalam tangan Ummi, Ummi akan dinobatkan dan dijulang oleh rakyat sebagai,
'WIRAWATI SRI KANDI 7'
No comments:
Post a Comment