Oleh : HHalem
Azizan Di Hantui Bayang-Bayang Jin Jembalang Tanah UUM
Datuk Azizan telah lama merancang bagaimana hendak mendapat duit dari Kerajaan Persekutuan secara paksa untuk membantu membiayai Kolej Insaniah (KUIN) yang di pengerusikan oleh beliau sendiri. Idea untuk ‘kebas’ atau ‘curi’ duit dari Kerajaan Persekutuan ini muncul semenjak KUIN parah menghadapi masalah kewangan.
Mark 00:00 ke 00:41
Datuk Azizan tidak berpuas hati kerana beliau mendakwa segala hasil didalam Negeri Kedah diambil oleh Kerajaan Pusat. Perkara ini memang tidak benar kerana hanya sebahagian peratus sahaja hasil ke Pusat dan baki adalah terpulang kepada negeri. Beliau mendakwa lagi Negeri Kedah hanya memperolehi hasil tanah, hutan, mineral dan air.
Mark 01:30
Datuk Azizan mengatur rompakan terancang ini cuma dengan satu alasan sahaja iaitu Kerajaan Pusat mampu membayar segala-galanya.
Mark 02:18 ke 02:37
Datuk Azizan mengugut Kerajaan Pusat, melalui Pajabat Tanah & Galian, bahawa mereka boleh merampas tanah UUM kerana kerugian RM 1.6 juta setahun. Ini merupakan satu ugutan yang amat kotor oleh Datuk Azizan.
Ugutan ini akan semakin kuat dan ia akan tinggal ungutan kerana Datuk Azizan memang telah terdesak dan memerlukan wang hasil denda untuk membaik pulih pentadbiran Kolej Insaniah dibawah beliau sebagai Pengerusi.
Mark 02:13
Terang-terangan Datuk Azizan mempergunakan nama Pejabat Tanah & Galian sebagai chop rasmi untuk menghalalkan segala tindakan dan komplot beliau mengugut dan memerah wang dari Kerajaan Pusat.
Mark 02:50
Setiap 1hb June setiap tahun denda yang perlu dibayar ialah RM 91,000 sebagai penalty. Jika gagal membayar denda Datuk Azizan melalui PTG tidak akan merampas tanah UUM, tetapi disebaliknya akan ‘denda atas denda’. Begitu lah caranya Datuk Azizan mencari duit, selain dengan kaedah memerah kanak-kanak menjual Surah Yasin di sepanjang jalan dan taman-taman perumahan diperingkat awal perjuangan Pas dahulu.
Bagi pihak pentadbiran UUM pula, mereka akan cuba melengahkan bayaran denda dengan harapan kerajaan Kedah akan bertukar tangan kembali kepada BN selepas ini.
Kedah Negeri kebajikan??????
ReplyDeleteHoi MB Kedah, hasil pajakan tanah di KHTP tak masuk Kerajaan Pusat, tapi masuk balik KTPC di bawah PKNK, di bawah Kerajaan Negeri. Jangan dok mimpi ambil tanah UUM tu. Dan orang Kedah pun ada kerja dengan Kastam & Imigresen, jangan jadi MB yang tak reti nak jaga Kedah. Kalau tak boleh buat kerja, letak saja jawatan tu
ReplyDeletesaya x tau, xda sapa bgtau. kalau nk tau, pi la tanya depa....
ReplyDelete