Oleh : HHalem
1- Apakah
muslihat sebenar Datuk Azizan didalam isu Tanah UUM? Beliau sebelum ini berkeras dan
bermati-matian akan meminta Pengarah Tanah Galian Kedah mendenda pihak UUM
kerana gagal membayar hasil tanah bermula pada 1hb June nanti, jika tidak tanah
UUM akan dirampas.
2- Berita terbaru
hari ini pula menunjukan Datuk Azizan tiba-tiba berubah arah dengan menyatakan,
“Kerajaan negeri akan
menimbang semula rayuan itu tapi kita minta ia dibuat terus oleh kementerian
Pengajian Tinggi kerana kementerian itu bertanggungjawab mentadbir UUM secara
langsung”
3- Ini berlaku
setelah Badan Perhubungan UMNO Kedah melalui Biro Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz Sheikh Fadzir datang berjumpa
untuk menyerahkan rayuan pengekalan
rebat cukai tanah UUM.
4- Apakah muslihat
Datuk Azizan sebenarnya? Dengan sekali
pandang nampaknya beliau telah bertukar corak. Adakah ini benar? Sebagai orang tua yang tengah dan sedang berfikiran
waras, terdapat beberapa kemungkinan di atas tindakan beliau itu.
a- Pertamanya, beliau secara
halus menyatakan kepada Dato Abdul Aziz supaya berambus dan Dato Aziz tidak
layak berjumpa beliau kerana Dato Aziz orang ‘kecil dan kerdil’. Beliau mahu
menteri Pengajian Tinggi sendiri datang menyembah dan merayu-rayu kepada beliau.
b- Keduanya, beliau ingin
menunjukan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang lain bahawa beliau dapat
menundukan kerajaan pusat dengan isu Tanah UUM. Beliau mudah di bawa berunding, kononnya lah.
c- Ketiganya, beliau ingin
menjadikan Tanah UUM ini sebagai ‘bargaining power’ atau kuasa tawar menawar
dengan kerajaan pusat mengenai beberapa isu yang mungkin akan membawa pulangan
lebih lumayan kepada Kedah melalui beberapa projek yang memerlukan kelulusan
pusat. Di antaranya ialah projek penapisan petrokimia SULIHH bernilai RM35
billion usahasama Merapoh Resources Corporations, Hong Kong Beijing Star Ltd
dan Winson Invesment Ltd. Pulangan setahun kepada Kedah dijangkakan RM400 juta.
d- Keempatnya, beliau sedar tentang
kritikan amat pedas oleh rakyat Kedah bahawa orang tua macam beliau memang
tidak mementingkan pendidikan anak-anak dan langsung tidak berkebajikan seperti
yang di laung-laungkan selama ini. Memang lumrah bahawa ada juga Pak JanGoat
tidak mementingkan pendidikan anak-anak.
e- Kelimanya, jika Menteri Pengajian
Tinggi tidak memberi respond bermakna beliau telah berjaya dari segi
perang saikologi.
“Apa pun, kita lihat jembalang tanah Datuk Azizan seterusnya”
Tolong siasat tanah kolej Insaniah Alor Star...kene byr full ke dapat rebet
ReplyDelete