Oleh : HHalem
1- Perkembangan yang cukup menarik telah
berlaku mengenai perhimpunan haram Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan.
Setelah berlaku cabar mencabar antara Mat Sabu Pas dan Ibrahim Ali Perkasa,
kini muncul pula Ketua Pemuda Umno yang turut mencabar dan tidak mahu
ketinggalan didalam perlumbaan.
2- Timbalan Ketua Polis Negara, DS Khalid Abu Bakar, telah memberi amaran akan membuat tangkapan pencegahan sebelum
dan semasa perhimpunan BERSIH 2.0, tidak kira dari Perkasa, NGO atau Pas-Pkr-Dap,
kerana ia akan mengganggu keamanan dan mencetuskan kekacauan. Permit
perhimpunan tidak akan dikeluarkan sama sekali kepada mana-mana pihak sekali
pun.
“Kita akan buat tangkapan pencegahan sebelum dan ketika
perhimpunan itu jika mereka ingkar arahan polis (dan) meneruskan rancangan itu”
“Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman
awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran
daripada perhimpunan itu...Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku
pertembungan antara dua kumpulan,” Malaysiakini>
3- TPM Muhyidin turut memberi amaran berikut;
“Bersih adalah satu perhimpunan haram dan
bertentangan dengan undang-undang”
4- Yang tengah menjadi hangat sekarang ialah
Khairi Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno yang nampaknya degil dan ingin menjadi
juara dan bintang. Ini lah satu-satu nya peluang yang tinggal untuk beliau menyinar
sebelum PRU 13. Kedegilan KJ untuk menyinar menyerlah sekali apabila beliau
berkata;
“Kita
sanggup menerima apa saja tindakan daripada pihak berkuasa, kita
bertanggungjawab, kita tahu sekiranya tidak dapat permit tapi semua Pemuda UMNO
hari ini kata kita nak buat, kita akan buatlah”
“Kalau tak ada permit maka kita terimalah apa saja
tindakan daripada polis, kita berfikiran matang jangan pula kita kena tindakan
kita kata kita tak tahu, kita tahu dan kita buat,” Agenda Daily >
5- Seolah-olah tidak cukup dengan itu, Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein turut memberi amaran keras kepada
Khairi.
“Tak kira sama ada saya (Hisham) bekas ketua pemuda atau
tidak, Pemuda mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika
menjadi ketua Pemuda,...Kerana ia menyalahi undang-undang.”
6- KJ terus menjawap beriya-iya dengan
angkuh-berani-sombong;
“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu.
Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh
perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,”
7- Penulis berpandangan, biar lah KJ teruskan
hajat beliau, jika beliau berdegil dan hendakan-sangat, supaya pentas sandiwara tidak berhenti begitu
sahaja tanpa ada apa-apa tangkapan dilakukan. Nampak gaya nya pentas sandiwara
di monopoli oleh KJ sekarang dan tenggelam perwatakan Ambiga, Mat Sabu dan
Ibrahim Ali.
8- Biarlah KJ menjadi umpan memprovokasi supaya
Mat Sabu dan Ambiga ditangkap dan di ISA-kan. Lain-lain penghasut utama seperti
Anwar dan Kitsiang terus menikus dan melihat dari jauh bagaimana Melayu dengan
Melayu bertempor sesama sendiri.
8- Silap haribulan KJ juga turut di ISA-kan
dan itu lah yang beliau kehendaki sebelum PRU 13. Tetapi amaran Ketua Polis,
Muhyidin Yasin dan Hisham hanya kepada perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja, tidak
pada perarakan menyokong SPR. Mungkin KJ akan terlepas dengan amaran ringan dan
KJ terus akan di julang dan menjadi wira dan hero bangsa kerana keberanian
beliau. Beliau akan bertanding sekali lagi pada PRU 13, menang dan mesti
dilantik menjadi Timbalan Menteri. Mungkin dilantik sebagai Menteri Amaran mengantikan Hisham.
Salam buat tuan.
ReplyDeleteBiar apapun yang di perkatakan namun arah tuju demontrasi yang sedang dirancangkan oleh pihak PAKATAN atau sanggahan demo dari PEMUDA UMNO nanti mempunyai agenda yang tersendiri. Cuma puak-puak ni yang lebih tahu.Siapa betul siapa salah tak penting bila dua keadaan yang berbeza pendapat maka jalan keluar adalah mengadu kekuatan ..itulah yang akan berlaku nanti.Agaknya inilah cara demokrasi moden....?
Dan ramalan tepat tentunya menyusahkan semua orang dan perjalanan harian umun terganggu seperti peniaga,budak sekolah, pejabat dan sebagainya.
Bila kerugian lebih banyak dari untung maka nyatalah bahawa tindakan yang dibuat nanti adalah satu perkara yang perlu difikirkan bersama.
Cetusan demo kearah kerosakan biar apa fatwa sekalipun tentunya membawa keburukan.Maka kalau demo ini dibuat dari mana-mana parti politik maka tentunya ia adalah merupakan satu hasutan yang tentunya memberi lampu hijau kepada pihak keselamatn untuk bertindak. Jangan salahkan polis atau tentera jika itu yang tuan-tuan kehendaki.
Pakcu pernah mengalami MAGERAN di Kelantan dan tahu kesan baik buruk selapas demo.
Kalau tuan-tuan nak cuba juga terserahlah.....walahualam.
Kawan sokong KJ dan Ambiga di ISAkan. Tetapi sebelum tu simpan dua orang ni dalam satu bilik lokap yang sama untuk 2-3 hari. Amacam?
ReplyDeletePatut KJ desak Hisham tangkap dan ISAkan orang-orang yang nak buat perhimpunan tu, ni dia pulak nak ajak Pemuda UMNO jadi badut sarkis dia.
KJ...lu patut pencen la, jadi dreber Pak Lah aje.
Terima kasih Pakcu.:-)
ReplyDeletePandangan Pakcu yg sungguh bernas yg membenci rusuhan/demo/perarakan/serah memo.
Penulis dibesarkan dgn pelbagai rusuhan. Tiada satu pun yg berfaedah.
Tuan Enal,:-)
ReplyDeleteBenci benoo kamu dgn KJ.
Selama ini aku cukup meluat dgn KJ tatapi hari ini sebagai org lama Umno aku cukup berbangga dgn keberanian & semangatnya, ayuh KJ kalau pembangkang sudah menjual apa kita tunggulagi,dah lama dah orang Umno bersabar,tunjuk dkt depa kitapun ada teloq juga.
ReplyDeleteHH,
ReplyDeleteBukan benci...patut dia cari jalan macam mana supaya perhimpunan tu digagalkan diperingkat promosi lagi. Nanti kalau dah berlaku pertembungan tu yang bertembung Ahmad A dengan Ahmad B, Halem dengan Halim, kan ke sedih.
itu sifat berani pemuda umno..
ReplyDeletesikap ini akan menjadi dalam lipatan sejarah jika kj dipenjarakan...
teruskan berjuang melayu...
kita dari zaman british pantang di cabar...
Patutnya Menteri Amaran ni jangan tunjuk pondan sangat la. Sehari sebelum 9 Julai nanti, pi la tangkap sumbat bawah ISA semua yang akan sertai Bersih yang kotor bergelumang najis tu.
ReplyDeletebro
ReplyDeletesebagai ketua pemuda......kene berani la....pemuda pon ada telor jugak.....sayap depan umno mesti berani......nak takut ape dgn isa...... duduk jail je kan......lead the group... make sure all pemuda bersikap cool je....
kj will be fine......
Bila lagi Pemuda UMNO nak beraksi kalau bukan sbb isu ni? Kalau tak bertindak, nanti org kata KJ tak ada telurlah, kecutlah.
ReplyDeleteNak demo sanggah pun salah jugak..eh eh eh eh takdak yg kena langsung.
For the first time aku sokong KJ. Sepatutnya demo sanggah ni nak kena selalu buat ikut mana puak2 PR buat.
Apa tujuan KJ sebenarnya? Nak membela & menyebelahi perjuangan Anu ke? Nak mess around with problem juga, your leader dah kata JANGAN, JANGAN lah!!! Banyak pencegahan cara lain boleh buat pe, prevention action is best!!! U cannot hide your hidden agenda KJ, looking very obvious lately on PRO-ANU. Turning your self sooo unfofular lah!!
ReplyDeleteMelayu memang selalu dikudakan oleh cindia.....
ReplyDelete