Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

26/07/2011

Racun Dr Asri Cukup Power Kali Ini. Ramai Yang Telah Mati Terdengar Racun.

Oleh : HHalem.
Boleh Mati Kojol Kalau Dengar Hasutan Tiga Sekawan Ini.
Dengar Racun Pun Boleh Mati 


1- Hari ini seperti yang kita jangkakan orang yang pertama dan kedua yang akan melindungi Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin setelah beliau disenaraikan sebagai orang yang ‘mengancam ketenteraman awam’ oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), ialah dua orang sahabat karib dan member sehaluan beliau iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin (KJ) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.

2- Memang telah dijangka, tiga kawan serangkai ini akan membawa masalah kepada pentadbiran DS Najib apabila terang-terang mereka menganggu keputusan yang telah dibuat oleh pentadbiran Najib.

3- Kita lihat apa kata KJ dan Saifuddin dibawah.

"Pada pendapat saya sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima,  apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas ” kata KJ.

“Pada masa yang sama saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah ” kata KJ menerusi blognya

4- Kita lihat pula apa kata Saifuddin

 “Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris ...Langkah melabelkan ini hanya memecah  belahkan umat Islam... dalam Islam ada adab berbeza pendapat,  tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris ” kata Saifuddin kepada portal kesayangan beliau Minsider.

5- Kita cukup faham kecelupuran KJ dan yang menjadi kemuskilan ketahap memalukan pentadbiran Najib ialah si Saifuddin ini. Ada kah beliau bercakap sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau Ahli Majlis Tertinggi atau pendapat peribadi beliau. Apa pun masyarakat akan berpersepsikan KJ bercakap bagi pihak Pemuda dan Saifuddin sebagai Menteri. Ini cukup mengaibkan Najib.

6- KJ dan Saifuddin dan pengikut fahaman mereka berdua harus sedar mengenai motif dari sudut kebaikan kepada umum dan bukan hanya kebaikan kepada diri Dr Asri semata-mata. Perkara ini telah dihalusi oleh MKN begitu rapi sebelum keputusan mengecop dahi Dr Asri sebagai penghasut. Ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum terus bangun bersilat-silat ikut rentak mereka bertiga.

“Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.” Cerita lama di sini >

7- Dr Asri di katogarikan  sebagai, “boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara.”

8- Mungkin pembaca terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa kah benda itu. Apakah benda Dr Asri lakukan sehingga beliau dianggap ‘pemangkin’. Lihat corak dan paten beliau menghasut sehingga menganggu gugat ketenteraman semua orang. Kali ini beliau cuba kucar kacirkan Umno di saat-saat PRU 13 menjelang. Porak peranda jika hasutan beliau di ikuti. Hayati hasutan terkini Dr Asri yang cukup mahir memutarbelitkan kata supaya memihak kepada beliau.
  
“Saya tahu mereka ini (40 ulama muda)  bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah,  tetapi mereka dilabelkan macam ini”

“Jadi,  saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti Umno sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno ”

“(Kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas... parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas...sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik.. ”.

9- Lihat racun yang Dr Asri tabur dan menyerap ke minda-minda pembaca yang kurang kuat ilmu pertahanan mereka. Jikalau 40 orang alim-ulama itu termakan rasukan dan racun Dr Asri, mahu porak perandanya dalaman Umno. Tiada siapa pun mengatakan Kerajaan Arab Saudi,  ulama Arab dan lulusan Madinah penganas. Itu hanya putaran beliau. Lihat racun berbisa dan halus Dr Asri.

10- Jikalau macam ini punya power hasutan Dr Asri, semua bloggers Umno-BN mahu bungkus dan termakan racun dan mati kojol. Ini akan menjadi satu kemenagan kepada Pkr-Pas-Dap dan bloggers pembangkang akan senyum lebar sampai ke telinga.

Itu lah kerja professional Dr Asri dimana orang seperti beliau ini boleh menjatuhkan sesebuah negara.


Sumber racun-racun dari Minsider
Comments / Pandangan Melalui Facebook

15 comments:

  1. sijil pun tipu ...banyak pula cakap..
    http://al-hanief.blogspot.com/2011/07/kes-ustaz-zamihan-balas-saman-asri.html

    ReplyDelete
  2. HH,
    3 stooges ni memang kita dah maklum. Jangkaan saya semalam tepat. Tapi lagi 1 ni jangan lupa....si Zamihan, dia adalah punca perlagaan agamawan, suka mencari dan mencipta perbezaan melalui publisiti media. Zamihan ni diluar arus politik perdana tetapi targetnya adalah politician. Orang begini juga kena MKN siasat motifnya.

    ReplyDelete
  3. Sijil tipu ni pun saya teragak2 juga nak tulis, sebab x tau baca Arab:-)

    ReplyDelete
  4. Tuan TS:-)

    Zamihan ni kecik la pulak, tak nampak:-)
    Terlepas pandang Tuan.

    Dok nampak 3 sekawan ni saja.
    Sebab depa ni boleh peningkan Najib.
    Dah la dekat PRU 13.

    ReplyDelete
  5. Kepada saudaraku Melayu Islam, "carilah dan hayatilah KEBENARAN". Jangan mencari yang betul sahaja.Yang Benar semestinya betul. Yang Betul belum tentu Benar.

    ReplyDelete
  6. Fahaman WAHABI Bukan Sesat: Dr Mashitah

    Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

    ReplyDelete
  7. Makluman.
    Tulisan di atas tidak menyentoh fahaman Wahabi. Yang sebok-sebok sebut Wahabi ialah KJ, Saifudin, hasil hasutan Malaysiakini dan MInsider.

    Nampak gayanya hasutan Malaysiakini dan MInsider telah berjaya keliru fikiran rakyat.

    MKN hanya menyentoh Arahan MKN # 21 sahaja iaitu penghasut dan pencetus dan pengacam ke amanan negara.

    Dr Asri bersama malaysiakini dn Minsider terus memutar isu Wahabi.

    ReplyDelete
  8. salam bang.asri ni mmg diminati dan dipuja oleh budak2 muda dlm negara dlm luar negara.masa dia cuti sebatikal di uk dulu,dia buat tour ceramah seluruh eropah.byk2 buudak2 muda suka sbb padangan dia agak liberal mudah.mereka yg xde basic ugama mcm saifuddin kj ni mmg suka.asri mana nk ngaku dia wahabi.kunun dia reformis ikut Quran dan Sunnah.dan dia ckp dia sorang yg bukan bermazhab.fine tp heran bila dia berhujah rujuk pulak hujah ulama wahabi.dia tolak pandangan ulama lama.byk lagi rahsia asri dgn geng yg saya tahu.org berak tgh jalan mana nk ngaku.tulah perumpaaan kunun dia bukan wahabi,tp sebenarnya he is.

    ReplyDelete
  9. anon 19:41 sila buat kajian apa pandangan akidah puak2 wahabi.nanti anda akan dpt jawapan adakah wahabi sesat atau tidak

    ReplyDelete
  10. Tuan Mat Din:-)

    Asri tour Continental sana. Bila tahun eehh?

    Tuan Mat Din buat laa blog satu. Khusus untuk dedahkan Asri saja.
    Mat Din kat Europe tahun bila?

    Mat Din ikut ceramah dia ker?
    Maknanya Mat Din pun Wahabi juga ker?

    Jangan marah Tuan. Saja tanya-tanya dan cucuk2.

    Dedahkan lagi hal Asri.
    Buat karangan bersiri, saya poskan di sini.

    Selamat mencuba Tuan:-)

    ReplyDelete
  11. elok lah kalau MKN dah sedar. Yang lain-lain perosak agama dan mengancam perpecahan melayu juga mesti di ambil tindakan serius.

    bila dan terantuk baru mengadah bukan kah satu perbuatan yang merugikan...PM Najib perlu segera mencatur permainan politik nya.UMNO mesti di lihat berwibawa semula dalam menterjemah perspektif dan tindakan.Demi Tanah Melayu jua...

    ReplyDelete
  12. bro dia buat sebatical leave lps dia tamat kontrak mufti awal thn 2009 kalau xsilap saya.dan dia ade di uk dr 2009 hingga awal 2010.masa tula gerakan tajdid dia dibuat dilkalangan student kita di uk and eropah.

    saya xikot bro sbb saya bkn geng2 anak pak wahab.saya ada di europe sejak tahun 2000 hingga sekarang.psl buat blog tu saya xminatla.cuma saya tahu apa asri buat masa dia di uk dulu.

    ReplyDelete
  13. kontrak mufti dia habis dlm okt 2008 lepas tu dia terus buat cutiu sebatikal di uk

    ReplyDelete
  14. Mat Din Bro:-)

    Bro kat europe semenjak 2000? Awat lama sangat Bro? Dah keje kat sana atau masih belajoo Bro?
    Klu dah keje kat sana, tahniah Bro. Mudah-mudahan Bro jadi satu lagi TonyFernandez in-the-making.

    Bab anak PakWahab ni, bagus jgn ikut klu masih study lagi. PakJangoat Tabliq kat Bradford tu pun jgn ikut.

    Klu dah keje, ikut lah apa pun, kecuali jgn ikut Pas dn Pkr.

    Selamat berjuang Bro klu dah keje.
    Selamat study klu Bro klu masih belajoo.

    ReplyDelete
  15. siapa yang mengangkat dan iktiraf Asri sebagai ilmuan dan cdnekiawan Islam????. Kitab karangan beliau menjadi rujukan ulama dan masyarakat Islam antarabangsa ka?...Adakah beliau setara Imam Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali??? Maka jelas Asri sama juga seperti orang lain seorang oportunis dan gila glamour, jika gentleman, letak jawatan kerajaan, masuk ke gelanggang politik sebenar, jangan berselindung disebalik jawatan pensyarah, namun dalam hati terkinja-kinja dan tergila gila nak glamour atas pentas politik..Ada berani ka Dr Asri????

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive