Oleh : HHalem.
1-
Persepsi rakyat dan dilihat bahawa Pas
dan Pakatan suka menimbulkan huru-hara jalanan dan sedang merancang pengambil alihan
kuasa untuk menakluki Putrajaya secara tidak sah ala-ala Timur Tengah, dengan
menganjurkan pergaduhan rusuhan kaum berbaju merah-kuning ala Bangkok; telah
memaksa Nik Aziz memberi jaminan kepada KDYMM Agong bahawa PAS bukan lah
seperti yang di jangkakan.
2-
Apa yang tersirat didalam surat Nik Aziz cukup menarik. Nik Aziz berpendirian
bahawa dengan “sistem
pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti
yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu
Thailand”.
3-
Di sebalik jaminan Nik Aziz dan pendirian beliau kepada KDYMM Agong, rata-rata dan
hampir keseluruhan penganut Pas telah di doktrinkan bahawa pilihanraya adalah
tidak bersih. Disebabkan segala keputusan Pas adalah atas dasar
muafakat ramai, maka persepsi pilihanraya tidak adil itu diterima pakai. Perkataan 'Bersih' itu adalah sesuatu yang relatif dan perbandingan, maka tidak akan ada jalan penyelesaian yang 100% muktamat.
4-
Dengan itu matlamat dan agenda untuk menghuru-harakan negara akan tetap di
hidupkan. Itu
lah sebenarnya amaran halus dan tajam Nik Aziz kepada DS Najib yang disampaikan kepada KDYMM Agong.
.....Surat Nik Aziz kepada DYMM YDP Agong....
Mengadap
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir
Rahmanir Rahim.
Sukalah
patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah
Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan
akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik
di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi
keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik
mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan
menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang
lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik
juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak
mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup
seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu
ketenteraman awam.
Justeru,
patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM
Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi
yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah
patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan
negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali
seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara
jiran iaitu Thailand.
Sekali
lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan
Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang
menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya
KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai
kefahaman politik mengadu keluh kesah.
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa
semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik
yang menjunjung kasih,
YANG
AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul
Am
Parti
Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh
: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M
Sumber Harakah
Malaysia: Benteng Terakhir Khalifah... UMNO akan berkubur...
ReplyDeletehehehe
ReplyDeleteyup..
dgn budaya caci maki ularmak yg x sedar diri..
dia je yg betul, pandai
kenapa tidak ada satu perkataan pun yg keluar dari mulut nik ajis sebelum ini....kononnya nak tunjuk baiklah.... sudah2lah berlakun....pergi umrah balik 10 julai harap2 balik terus ke putra jaya dgn anuarlah konon....ha ha ha
ReplyDelete..benteng terakhir Khalifah ??? bila UMNO terkubur akan diganti oleh Khalifah Lim Kit Siang bapa kepada Khalifah Lim Guang Eng..
ReplyDelete..Thailand dan Jepun tidak sama dgn Malaysia. Mereka boleh bertukar parti memerintah 12 kali setahun kerana rakyat pribumi mereka adalah 90% dari jumlah penduduk. Inilah akibatnya punya pemimpin yg paling cerdik dalam PAS. Bercakap berdasarkan hasad dengki dan dendam yg tak kunjung padam kepada UMNO.
..apa lagi yg PAS nak perjuangkan, Negara Islam dan Hudud ??? Hj Hadi selaku Presiden PAS sendiri sudah tolak Negara Islam dan Hudud, ambil Negara Berkebajikan bersama DAP yg anti Islam/Melayu..cukuplah, jangan jadi ulama munafik pula. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain dan peralatkan Islam.
Nik Ajis ni buta. Dah lima negeri bertukar pemerintah melalui pilihanraya, mana ada huru hara. Yang menjadikannya huru hara ialah PAS sendiri yang bila dah menang tak sabar nak duduk kerusi menteri besar sebagaimana di Trengganu dahulu.
ReplyDeletePM baru Mat Liwat. TPM baru Mat Khalwat. bahagianya Malaysia di bawah Pakatan
ReplyDelete