Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

22/08/2011

Koleksi LIVE:- Bicara Liwat-2 Anwar. Mahkamah Jalan Duta 22/08/2011

Oleh : HHalem.

Mahkamah  bermula kira-kira jam 9.22 pagi.

1- Anwar Ibrahim memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).
-         Mkini


2-  Turut hadir Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
Pada 16 Mei lalu, hakim Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bercakap benar dan saksi berwibawa. - KeadilanDaily

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya Saya mahu mengatakan dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful ” – MInsider

“Dakwaan dia Saiful adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan ia akan dibuktikan demikian"

“Dalam hal ini biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun tetapi ambil kata-kata saya mereka tidak boleh menakutkan saya ” – Anwar MInsider.

3- Jam 10:47 - Anwar berkata Saiful membuat fitnah dan perjumpaan dengan PM dan Rodwan merupakan konspirasi. Menyatakan kenyataan Dr Siah dan Nor Idora dari Jabatan Kimia boleh dipertikaikan kesahihannya dan mempunyai perancangan tertentu terhadapnya. – The Unspinner>

4- Jam 10:52 - Anwar minta tangguh kerana penat bercakap.
Sambung jam 11.15.

Anwar duduk dbarisan kedua peguambela memandangkan dalam dock tiada ada microfon. Tetapi hakim setuju utk mengandaikan dalam rekod bahawa Anwar duduk dalam dock. - The Unspinner>

5- Anwar beri keterangan bela diri.

“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk”

“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks ” kata Anwar.

Anwar menambah apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah ”

“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam ” kata Anwar



Anwar menambah Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.

“Malah di peringkat ini pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk"

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar dari kondominimum tetapi dia tidak melakukannya ” kata Awar.

“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan ” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta ”

Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri

“Dan di sini saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa


“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya ” kata Anwar

Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan Anwar berkata ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya .

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan ”


“Bagaimanapun sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan Selepas hubungan seks yang didakwa berlaku dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya”

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari Pada sebelah petang dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal malah trauma ” kata Anwar lagi

“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari ”

Malah kata Anwar sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof bekas ketua polis Melaka di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif Hakim memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar ” kata Anwar MInsider

6- Jam 11:47 - Anwar selesai beri keterangan bela diri.



7- Jam 11:48 - Karpal minta statement Anwar sebagai ditender. Dato Yusof minta masa untuk kaji keterangan berunsur politik Anwar di luar kandang (saksi). 

Karpal juga mohon sapina untuk panggil saksi. Hakim nyatakan kes sambung esok jam 9 untuk pakar forensik dan DNA dari luar oleh pihak pembelaan. The Unspinner>

Comments / Pandangan Melalui Facebook

7 comments:

  1. Tanyalah anuar bagaimana air mani dia ada dalam dubur saiful. Di bulan yang mulia ini sama-sama lah kita berdoa Moga Allah memberi kemenangan kepada orang-orang yang berkata benar dan melaknatkan kepada mereka yang berkata tidak benar (pembohong).

    ReplyDelete
  2. hanya guna satu elemen je utk bela diri? hanya menyatakan saiful lebih kuat dari segi fizikal utk lawan dia. bagaimana jika dikatakan bahawa sesiapa yg pernah berurusan dgn anwar akan rasa 'gerun' dgn 'kuasa' yg dia ada? bagaimana utk menafikan dna dari sperma anda ada dlm rektum saiful? kantoi!!!

    ReplyDelete
  3. doktor tu pn boleh caye ke.. tggu je la keputusannya..

    ReplyDelete
  4. Apa istimewanya Biawak ni sampai tak duduk dalam kandang OKT. Setakat tak da mikrofon tak de hal punya. Ini kerana kalau berceramah dia boleh menjerit.

    ReplyDelete
  5. mana ada manusia yg ngaku berak atas jalan....lembu pun tak ngaku........pemimpin imej islam akhir zaman.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan ...

    After 3 years of court drama ... and being defended by nearly a dozen of prominent and snake oil lawyers ... Anwar was only able to read text from primary school essay about himself entitled ... Me Is The One ... Anugerah Tuhan.

    Saiful has been even more brave ... he had the guts to face merciless Karpal ... shame on you Anwar ...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive